Tak Ada Perasaan Selepas 5 Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum semua. Aku harap admin dapat siarkan cerita aku untuk aku minta pendapat dan pandangan.

Macam tajuk kat atas, suami aku whatsapp aku kat tempat kerja bagi tahu dia ada benda nak jujur dengan aku.

Dia bagi whatsapp panjang. Nak bagi tahu yang dia dah tak kuat nak teruskan perkahwinan ni.

Bulan 11 ni cukup 5 tahun kitorang kahwin. Dah kami ada anak sorang 3 tahun.

Kau bayangkan tiada ribut tiada angin tiba2 pasangan kau cakap dia rasa kami tak serasi.

Antara faktor2 yang buatkan dia tak ada feeling kat aku lagi sebab dia pendam2 rasa sakit, kecewa tu sampai makan rasa sayang dan cinta dia pada aku.

Sakit dan kecewa tu bila dia terpaksa hadap kelakuan sinis2 mak bapak aku.

Dia cakap mak bapak aku macam tak suka dia sebab yelah dia ni spm je.

Ni dah lima tahun kahwin aku rasa isu spm ni dah lama berlalu.

Dia tak dapat adapt dengan cara mak bapak aku.

Oh ya kami tinggal dengan mak bapak aku. Korang pun faham kan bila tinggal rumah orang.

Tinggal rumah orang ni mesti tuan rumah sedikit sebanyak letak expectation kat kita.

Aku tak rasa mak bapak aku jahat. Cuma dia banyak terasa dengan cara mak bapak aku, dia cakap ayah aku dah lama tak tegur dia.

Tapi kadang2 ada je dia berbual pasal bola aku tengok. Tak tegur tu pasal suami aku tu pendiam.

Pastu dia cakap mak bapak aku kadang2 tengok dia macam muka tak puas hati macam baru lepas kutuk dia.

Aku pun tak tahulah. Kutuk2 sikit kat belakang tu memang aku pasti adalah. Sebab mak bapak aku jenis lincah.

Suami aku jenis slow. Pastu dia cakap aku ni kasar. Dia lembut.

Dia ingat dia boleh kuat. Rupanya dia dah tak boleh.

Dia cakap aku kadang2 tengking dia depan mak bapak aku.

Aku mengaku memang banyak kekurangan aku. Salah satunya nak buang habit cakap kasar bila tak puas hati. Aku senang tertinggi suara.

Especially bila ada perselisihan paham.

Aku tak tahulah, dulu aku cuba ubah. Tapi aku takut kalau aku berubah, dia pijak kepala aku.

Actually dia pernah ada sejarah curang dengan aku ya tak sampai setahun kahwin. Dia chat2 wanita strangers.

Kantoi ada gambar screenshot dia video call dengan perempuan lain juga. Perempuan tu tunjuk dada kat dia ya. 

Alasan nya sama, sebab aku kasar sangat kat dia. Tapi dia pun tak nak salahkan aku sangat sebab dia sedar perbuatan dia memang teruk.

Lepastu takda kantoi lagi. Tapi trust tu dah berkurang dan benda tu effect on how aku nampak dia ni lagi penuh kekurangan.

That’s why kot kadang2 aku treat dia kasar2 kalau ingat balik.

Kasar ni boleh jadi macam2 faktor. Sebab expectation tinggi kat pasangan, kasar sebab culture family pun ya.

Sebab penat pun ya, jaga anak aktif, urus rumah, urus bisnes kecil kecilan.

Stress dengan kehidupan tak seperti yang dijangkakan.

Dia lembut, aku kasar. Aku progressive, dia passive.

Nak2 dia tinggal kat rumah mertua yang bukan jenis lembut punya. Pulak tu aku dah 4 tahun tak bekerja atas macam2 faktor lah. Yang pasti bukan sengaja.

Jadi life kami ketinggalan berbanding kawan2 kerja dia yang lain. Sebab yelah kawan2 yang lain mampu sewa dan beli rumah sebab ada financial support dari wife.

Aku tak taulah. Kehidupan aku sekarang terombang ambing.

Btw aku baru habis degree ya haritu. Nak dapat kerja bukan senang.

Mak aku pulak sekarang sakit. Perlukan orang untuk manage dia dan siapkan makan, kemas2 rumah.

Tiba2 husband aku cakap dia tak ada feeling kat aku. Dunia aku jadi gelap.

Tapi dia balik rumah tadi pun nangis juga dengan aku. Dia sendiri tak tahu.

Tapi dia cakap dia tak boleh tipu diri lagi. Tak boleh berpura2 ok lagi. Before things get worse baik dia jujur dengan aku.

Tapi aku ni belum ready lagi nak bercerai. Aku sedih sangat. Aku rasa macam mimpi.

Ada ke jalan untuk aku bersama dia lagi kalau seorang suami dah cakap macam tu?

Kalau aku berubah ikut expectation dia, suami aku pun nak berubah ke juga ikut expectation aku?

Aku tak tahu nak cerita kat siapa yang aku trust.

– Juwita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi sis, from my pov, sy rasa both pun ada kekurangan. Suami pun ada salah dia, kalau nak orang tua mesra dgn kita sepatutnya kita yg muda kena bljr cara nk ambik hati mereka, sng ckp perlu lebih bergaul. Utk sis pula, si suami SBG org luar dgn family kita mmg akan ada perasaan mcm tu, lebih2 lagi bila tggl dgn mertua, walhal jika situation terbalik sis pula yg tggl di rmh mertua mgkin sis juga akan rasa kurg selesa. Mungkin bagi sis semua okey dan bukan masalah yg besar sebab itu family kita, tapi lain pula bagi pasangan kita. Jadi sbg isteri kena bijak mainkan peranan, jadi org tgh antara suami dan ibubapa. Seeloknya bersusah menyewa di luar, daripada kita risikokan hubungan sesama keluarga. Barulah masing2 dapat environment yang sihat. Maaf andai terkasar bahasa sy sekadar beri pendapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *