Lelaki

Assalamualaikum. Saya disini ingin menceritakan tentang hidup saya yang diuji dengan lelaki. Saya seorang perempuan. Anak sulung.

Anak sulung ni, biasanya akan di expect tinggi oleh ahli keluarga. Begitulah saya.

Saya dilayan sedikit tegas berbanding adik-adik saya oleh ayah.

Ayah saya baik, kelakar dan ramah namun ketegasan yang tak setara antara kami sedikit sebanyak buat saya simpan dalam hati.

Ayah saya sangat berlembut dan tak pernah marah adik kedua saya. Kalau ada marah pun, ayah tak setegas seperti memarahi/tegur saya.

Mungkin kerana hal itu juga, saya membesar sebagai perempuan yang agak sedikit kasar, tegas, agak pemarah. Berbeza dengan adik saya.

Ayah pernah kata: “kakak elok masuk UPNM sebab kakak kasar. Elok dengan askar”.

Sejujurnya, saya sedih setiap kali ibu bapa melabel saya kasar lalu bandingkan dengan adik kedua saya yang jenis lembut itu.

Iya, salah saya kerana saya berperwatakan kasar dan agak rebel, kerana dengan watak itulah cara saya sembunyikan kecil hati terhadap ibu bapa.

Jika anda nak tahu, sesungguhnya, saya struggle sangat dengan diri saya sekarang ini untuk melembutkan diri dari segi komunikasi dan tingkah laku.

Walaupun saya rasa agak hipoktrit, tapi saya masih nak jadi anak dan perempuan terbaik dimata ibu bapa saya; seperti adik kedua saya.

Apabila saya masuk 20-an, saya dilayan double standard oleh adik lelaki saya.

Iya, mungkin kerana perwatakan saya yang kurang digemari berbanding adik perempuan kedua saya tadi yang lemah lembut.

Saya sebagai kakak sulung, sebagai seorang perempuan amat sedih. Tak mampu luahkan. Saya cuma cemburu.

Setiap masa, adik lelaki saya cuma perlukan adik kedua saya untuk bercerita, kemana-mana, tangkap gambar bersama, urusan-urusan sekolah dan lain-lain.

Saya rasa useless sebagai anak sulong. Bila situasi ini berlaku, saya dilabel pula sebagai tidak matang dan adik kedua saya lebih matang.

Betapa dahsyatnya tekanan ini dalam jiwa saya, sampai saya sensitif bila jumpa perkataan “matang”.

Sekarang saya sudah semakin dewasa, namun belum berkahwin. Saya ini jenis perempuan yang tidak couple dan bergaul bebas dengan lelaki kerana tahu keharamannya.

Namun, semenjak tiga tahun lepas, seorang lelaki di universiti datang & beri harapan untuk menjalin hubungan halal dengan saya nanti.

Saya setia menunggu. Lagipun cara lelaki itu benar-benar buat saya yakin dia berniat ambil saya sebagai isteri. Hujung tahun lepas, terbongkar bahawa dia rupanya mempermainkan saya (game).

Dia sudah bertunang dengan perempuan lain, namun masih contact saya dengan alasan dia tak boleh kawal nafsu melakukan tindakan curang itu. Tuhanku, kali ini saya diuji dengan lelaki lagi… Allahu Akbar. 

Apabila masuk kerja, saya ada rakan sekerja lelaki dan dia lebih muda dari saya. Saya anggap dia seperti adik saya.

Saya selalu beri dia makanan, bantu dia dalam hal kerja dan layan sebaiknya (layanan yang masih atas batas syari’ dan formal).

Mungkin layanan baik ini berlaku kerana naluri seorang kakak yang tersimpan, namun tidak dapat diberi kepada adik lelaki kandung.

Namun lama-kelamaan, rakan sekerja ini kurang menghormati saya dari segi percakapan dan gurauannya. Barangkali kerana sudah terlalu selesa. Hidupku ini serba tak kena.

Adakah saya yang tak bersyukur? Saya dah buat yang terbaik untuk seorang lelaki. Apabila saya mulai hargai dan beri perhatian sepenuhnya, saya ditinggalkan dan tidak dihormati.

Saya cuma ingin menjadi seorang perempuan seperti adik perempuan saya apabila melibatkan seorang lelaki: dilayan lembut, tidak disindir atau dilukakan ketika dimarahi, diperlukan. Cuma hal itu.

Demi Allah, saya cemburukan perempuan yang dilayan lembut, ditatang, dihormati luar dan perasaan oleh lelaki-lelaki dalam hidupnya.

Apapun, jika ini ujian yang Allah takdirkan untuk saya, saya reda.

Saya akan buat yang terbaik untuk deal dengan diri sendiri, agak menjadi perempuan terbaik perwatakannya suatu hari nanti. Perempuan yang lelaki sukai.

Mohon sedikit nasihat anda. Nasihat yang objektif. Terima kasih.

– Syafirah Aliya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *