Faa Dan Laa

Kami kembar dan kami adalah individu berbeza.

Aku Faa dan kembar aku Laa. Bukan nama betul.

Pernah tengok tak kembar seiras, satu uri yang tak ada twin-instinct dan asyik bergaduh?

Kisah ni bermula sejak kecil sampai besar. Partly maybe salah parents aku? Keluarga aku kira agak kaya jadi tak ada isu duit.

Kami memang kembar tapi minat kami lain2. Aku minat purple, Laa minat pink, aku minat sports, Laa minat indoor activities.

Tapi parents kami ambil mudah & paksa kami untuk acted like we are the same person hanya disebabkan kami kembar.

Kami di paksa untuk buat aktiviti sama walaupun minat lain2 sejak kecil.

Laa masuk jadi librarian di sekolah, aku pun kena paksa masuk walaupun aku lebih suka jadi pengawas. Aku masuk kelas renang pada hari weekend, mak paksa Laa masuk juga.

Baju raya, kasut, handbag, tudung kami pun terpaksa pilih yang sama walaupun kami dah sekolah menengah tapi kakak & adik kami yang lain boleh pula pilih tak sama. Kalau semua sedondon, tak ada masalah pun.

Benda ni nampak remeh tapi tak ye. Sebab aku tengok kakak dan adik aku dapat apa yang mereka nak, dapat buat aktiviti yang mereka minat tapi tidak untuk aku & Laa!

Kadang2 paksaan tu memihak ke minat Laa, dan kadang2 memihak ke minat aku. Benda ni buat kami berdua asyik bergaduh & tak puas hati antara satu sama lain.

Benda ni berlarutan sampai la habis degree, mak kami paksa untuk ambil kos sama. Cuma untuk degree ni, mak memihak ke minat aku dari Laa, which is science.

Awal 2020, aku dah kerja dalam bidang aku tapi Laa masih belum dapat kerja. Laa masih salahkan aku sebab aku minat sains sampai dia pun terpaksa ambil sains.

Actually aku pun 2×5 juga akan marah2 kalau mak paksa aku ikut minat Laa. Jadi, aku faham kenapa Laa marah aku tu.

Awal 2021, aku nak kahwin dengan pilihan hati aku. Mak aku pun rush Laa untuk cari jodoh juga walaupun financial Laa belum kukuh. Laa marah aku lagi sebab aku nak kahwin, dia pun kena paksa untuk kahwin juga.

Beberapa bulan lepas tu kami kahwin dengan pilihan hati masing2. Aku tak tahu mana Laa rembat lelaki tu. Ok gurau.

Lepas kahwin baru la aku dapat rasa jadi diri aku tanpa pedulikan twin aku.

Aku nak makan apa malam ni, aku tak perlu tanya kembar aku. Aku nak pergi mana weekend ni aku tak perlu tanya kembar aku. Husband aku sangat memahami masalah aku ni.

Laa pula? Suami dia tanggung ambil degree lagi sekali. Kali ni kos yang dia minat, animation. Instagram dia pun penuh dengan dia jadi diri dia.

Aku happy. Laa pun happy.

Awal 2023 ni kami pregnant sama2. Setiap kali aku alahan pagi, Laa pun sama. Ada sekali aku bleeding masa second trimester, (alhamdulillah takde apa2), Laa pun sama.

Kami saling share nasihat2 pregnancy & preparation nak jadi mak. Hubungan kami bertambah baik.

Kami juga banyak sesi luah hati & perasaan tentang childhood kami yang kami berdua setuju sangat broken & tak dapat layanan macam kakak & adik kami.

Awal Ogos tahun ni, aku dah terberanak awal. Alhamdulillah baby sihat sahaja. Memang tanpa diduga dan kurang 30mins lawan contraction, baby dah keluar. Tak sempat nak bagitahu parents dan family pun.

For the first time dalam hidup aku rasa twin-instinct terhadap Laa. Aku suruh husband aku call husband Laa. Rupanya betul.

Anak kami kembar tak? Eh tak. Haha. Kalau kembar, kami bertekad tak akan besarkan kembar sebagai 1 individu tapi 2 individu yang berlainan.

Terima kasih sudi baca luahan hati aku. Bagi aku tak salah nak besarkan twins dengan pakaian sama, nampak comel je kan,

Ttapi bila mereka dah development individually, please jangan paksa ikut kembar lagi satu, atau pilih kena ikut kembar yang mana satu.

Let us be us macam kakak2 & adik2 lain yang tak kembar.

– Luahan Hati Twins (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *