Depressed Dengan Orang Sekeliling

Assalamualaikum. Perkenalkan aku Mawar. Dah berkahwin dan stay bersama ibu mertua dan cucu ibu mertua.

Ceritanya dulu yang stay rumah ni aku. Suami dan ibu mertua. Rumah ni rumah mertua.

Suami aku mewakili adik beradik untuk menjaga ibunya. Cucu ibu mertua menumpang sementara (entah sampai bila aku pun tak tahu) menunggu mendapat kerja tetap dan berpindah (entah ye entah tak). 

Duduk di rumah ibu bukanlah mudah. Segala masalah tempat yang terakhir adalah rumah ibu. Yang kena tempias adalah orang yang menjaga ibu.

Straightforward. Seriously aku terlalu depressed dengan keadaan sekeliling aku.

Dengan anak buah (cucu mertua ku) yang berat tangan dan berat mulut dan berat perbuatan. Orang tua kata (pemalas) nasib baju pandai basuh sendiri. Kalau tak, bertambah depressed aku.

Aku terlalu bersabar dengan karenah kehidupan sekeliling aku. Sehingga kan kesabaran aku memakan diri aku.

(Aku pernah nak makan ubat tidur. Semata mata aku ingin rehat. Aku pernah terbayang nampak darah menitik nitik. Aku kelar tangan aku. Biar aku masuk hospital).

Aku nak rehat dari orang sekeliling aku yang menyakitkan hati. Aku tak nak mengadap semua yang membeban kan emosi dan mental aku. Serious aku penat dan tenat.

Tapi aku tak boleh buat benda bodoh hanya kerana orang bodoh. Hanya kerana orang yang tak ada common sense dalam hidup. 

Suami aku selalu nasihatkan aku. Supaya berfikiran positive. Ye memang kena positif. Tapi sampai bila.

Dah beberapa tahun aku mengharap benda yang sama. Sampai bila bebanan emosi n mentally aku harus hadapi. Aku ni ikutkan hati nak je sembur orang orang yang tak ada common sense ni.

Tapi hanya kerana hormat suami. Aku sabar walau sabar aku buat aku depressed. Aku terlalu stress sehingga kan sakit dada yang terlalu sakit.

Memikirkan sampai bila mereka disini. Kewangan kami suami isteri masih belum stabil. Dengan tambahan tanggungan perbelanjaan dapur, semuanya atas bahu suami aku.

Bebanan semua di tanggung di atas bahu kami suami isteri. Memasak, mengemas, membeli barang dapur. Semua atas bahu kami. Cucu mertua, bukan berumur 5 6 tahun. Kesemuanya hampir boleh kahwin dan dapat anak.

Bak kata ibu mertua (dah keluar darah, kahwin dah boleh keluar anak) lelaki dan perempuannya semua sama perangai. Ini bukan tanggungjawab suami aku nak tanggungan makan berak mereka.

Semua dah besar. Dah boleh kahwin. Boleh buat anak.

Aku korbankan kehendak dan kemahuan aku semata 2 tak nak suami bertambah terbeban dengan semua ni. Aku korbankan diri aku. Hingga aku terkorban jiwa dan perasaan aku.

Tapi mereka langsung tak memikirkannya. Tapi bila depan orang lain. Pang pung pang pung.

Kata berfikir lah tu la ni la. Tapi hasilnya. Tiada. Aku yang menanggung. Hanya indah di mulut. Tapi kenyataannya, dusta semata mata!

Orang luar nampak cantik je kami yang duduk 1 rumah. Tapi yang menanggung, aku, suami, mertua. Aku pun tak paham.

Entah kenapa mereka masih tidak bertindak. Katanya tahu, susah menumpang rumah orang. Tapi tak ada tindakan untuk cari kerja dan cari rumah sewa.

Katanya, kesian aku yang harus bertudung 24 jam. Tapi tiada tindakan.

Mungkin terlalu selesa dengan keadaan ibu mertua yang baik hati (padahal mak mertua pun panas hati) cuma mak mertua sabar. Terlalu selesa makan berak orang tolong sediakan. 

Kalau nak dicerita kan apa yang terjadi. Banyak. Tak berjimat aku nak huraikan. Tanyalah siapa yang pernah duduk dengan orang yang tak ada common sense ni.

Sakit jiwa. Makan hati. Kecil hati. Rasa nak pukul je orang macam ni. Dari pukul, baik angkat kaki kan.

Kita ni kalau boleh jangan buat masalah dengan sesama manusia. Jangan menyakitkan hati orang. Jangan cuba berbohong.

Sebab maaf mungkin mudah. Melupakan mungkin tak. Mulut kata ya. Tapi hati mungkin tak. Kalau kita buat salah dengan Allah. InsyaAllah. Bila2 masa kita boleh minta maaf. Taubat. 

Kadang terfikir, orang yang tak ada common sense ni memang macam ni ke. Hidup selalu menyusahkan orang sekeliling.

Dia tak sedar ke ape yang dia buat ni tak elok, salah. Ke orang yang tak ada common sense ni memang tak tahu. Atau pura pura tak tahu demi kepentingan diri sendiri.

Sampai sanggup sedapkan tekak sendiri lepas tu orang lain sakit. Aku tak boleh hidup dengan orang yang pura pura “Baik” depan ibu mertua. Pura pura buat kerja, pura pura rajin.

Tapi dengan aku, bagi taik. Ya Allah. Sabar nya aku.

Ye aku tahu ini ujian aku suami isteri. Aku jaga hubungan aku dengan orang. Tapi aku lupa jaga hubungan aku dengan Allah.

Aku cuba. Tapi aku tetap kecundang. Aku tak “Istiqamah.” Aku tak kuat lawan godaan syaitan.

Aku celup celup bab solat. Aku memang nak berubah. Nak sangat. Sebab tu Allah beri aku ujian berupa macam ni. Sebab Allah nak dengar aku merintih.

Allah nak aku balik semula pada dia. Hamparkan sejadah. Cerita la semua kesedihan aku pada dia.

Dia sudi mendengar. Tapi aku masih sombong. Aku bukan sombong.

Tapi aku masih memikirkan hal dunia yang sampah pada aku. (doa kan aku untuk taat padanya. Aku pun rindu nak kembali pada Allah.) Aku nak solat. Mengaji. Aku nak ada masa untuk Allah.

Tapi aku selalu habiskan masa dengan kerja rumah yang tak akan pernah habis. Doa kan aku kuat hadapi semua ini. Aku tak sanggup lalui.

Sakit. Perit. Doakan supaya mereka cepat dapat kerja. Cepat berdikari. Cepat sadar. Cepat cari rumah sewa. Pandai hidup berdikari. Tak seksa emosi dan mental aku. 

Terima kasih sudi membaca.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *