Trauma

Dah lama nak bercerita tapi tak terluah. Hanya mengarang dalam kepala. Kali ni lepas terbaca confession dari ‘Kakak – Trauma Gangguan Tak Senonoh’ (https://iiumc.com/trauma-gangguan-tak-senonoh/). Terus menulis di sini.

Aku sudah 40-an. Berkahwin tapi tidak direzekikan anak. Aku selalu fikir positif dan redha sambil niat dalam hati setiap yang terjadi adalah kasih sayang Allah kat aku. Ada hikmah atas sesuatu.

Betul kata ‘Kakak’. Rasanya ramai Wanita/ perempuan yang kena sexual abuse ni. Trauma sebab pemangsa adalah orang yang rapat and trusted person dalam family and kena pula waktu kecil dikala tak tahu maksud tindakan tersebut.

Ingatan aku kabur sebenarnya. Tak ingat pun bila benda ni jadi. Kadang rasa benda tu macam mimpi je. Pemangsa adalah datuk sendiri. Waktu tu tak faham apa tu s*ks.

Tidak lah sampai merogol (bila kahwin dah faham s*ks & dara tu apa and ye aku still ada dara tu). Aku boleh kata aku dicabul. Rasa diri kotor and takut mengandung. Sampai pernah waktu mandi aku hempas perut aku ke lantai sebab takut pregnant.

Tapi rasanya waktu tu aku tak period pun lagi sebab period aku lewat. Nampak tak naïve nya waktu tu.

Waktu tidur datuk aku tarik kaki aku dan buat benda tak senonoh kat aku. Aku cuma diamkan dan pura pura tidur.

Aku tak pernah ceritakan pada mak atau sesiapa pun sebab mak aku garang masa tu. Memang tak berani. Dan datuk tu ayah mak.

Pemangsa yang seterusnya adalah ayah aku sendiri. Waktu tidur dia raba aku punya private part. Aku macam ‘Kakak’ juga, betul ke tu ayah aku. Kadang aku nak pikir tu bukan ayah aku tapi hantu ayah aku.

Betapa aku rasa tak percaya ayah aku boleh buat macam ni kat aku. Sedih sangat rasa, aku tak ingat berapa kali ayah aku buat camtu. Tapi pernah aku keraskan badan bila dia nak raba dalam aku tidur tu.

Mak ayah aku berpisah few years after tu. Aku macam lega juga sebenarnya. Selama aku membesar, aku sentiasa pesan pada diri, aku tak salah. Maruah diri bukan lah pada dara tapi cara jaga maruah sendiri. Aku pegang kata kata ni. Sebab aku macam broken sangat.

Kalau ikut perasaan mungkin aku akan jadi remaja yang rebel dan akhirnya merosakkan diri sendiri. Tapi syukur sangat, Allah jaga aku. Dikelilingi kawan kawan yang sangat baik. Dan sentiasa di tempat orang yang baik.

Aku rasa aku ni mungkin lah dalam golongan orang teraniaya. Doa orang teraniaya ni kan makbul. Kadang aku rasa ada doa doa aku yang Allah izin.

Dan sebenarnya trauma tu masih ada. Sekarang ni bila ada family day and jumpa ayah, aku jadi tak boleh tidur walaupun suami ada kat sebelah.

Aku tak tau sama ada aku dah maafkan ayah atau tak. Biarla itu urusan dia dengan Allah nanti. Datuk pun dah meninggal lama dulu. Orang kata kena maafkan dosa dosa orang dengan kita tapi aku serah je semua pada Allah.

Macam ‘kakak’ juga, moga Allah naikkan darjat kita ye kerana sabar dengan ujian ini. Moga kita pulih dari trauma ni. Kita rasa kita kuat tapi sebenarnya trauma tu ada lagi dalam diri.

Aku tak ada anak. Sekurangnya aku tak risau untuk anak anak aku. Tak dapat bayang kalau aku ada anak perempuan. Mesti aku jadi teruk sebab trauma ni.

Untuk yang senasib. Jaga diri. Jangan rosakkan diri sendiri hanya kerana manusia lain yang menganiaya kita.

Matlamat hidup kita mati nanti nak mengadap Allah dan moga Allah ampunkan dosa dosa asbab sabar kita dengan ujian hidup ini.

Salam sayang,

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *