Terpaksa Introvert, Akhirnya Bebas

Hi semua. Aku Aleesya. 27 tahun. Aku sekadar nak meluah yang aku ni sangat penat bersosial sampai orang ingat aku ni introvert yang berjaya.

Aku jadi introvert tak pernah untuk diri aku. Mostly demi keluarga & kawan2 aku.

Aku ni jenis yang suka sorang2, aku recharge dengan duduk sorang. Tenung dinding pun aku dah boleh hilang penat asalkan sorang2.

First time aku kena paksa bersosial adalah zaman kanak2. Aku rasa ni normal la kot (?) kena paksa dengan mak ayah untuk bercakap dengan makcik, pakcik2 & sepupu2 kan.

Aku berjaya bercakap dengan mereka ni sampai mereka ni percaya yang aku ni budak yang ceria & petah bercakap. Malam tu aku penat sangat2.

Masa di universiti, aku bertekad nak jadi diri aku. Aku nak duduk sorang2. Eh lepastu sorang2 cop aku ni kawan rapat mereka.

Aku pun tak ingat sangat (or specifically ingat) apa aku buat sampai mereka ni cop aku ni bfffff mereka.

Aku rasa aku buat apa yang manusia normal buat sahaja bila berkawan.

Aku malas nak explain satu2, tapi bila aku dah pegang satu title rapat dalam hidup seseorang, aku macam akan diberi satu expectation untuk title tu.

Contoh; title kawan baik or bff. Bila aku tak capai expectation sebagai bff tu, aku juga yang salah kan?

So aku penat. Aku tak pernah minta untuk jadi orang yang special untuk siapa2 pun. Tak kira la keluarga atau kawan.

Benda nampak simple & aku boleh reject kan?

Pernah terdetik dalam fikiran aku untuk letgo semua ni & flip!!! Arrhh belah la korang. Contoh ayat dalam kepala aku.

Tapi aku tak berani lukakan hati siapa2. Maybe tu masalah aku??

Benda ni panjang sebenarnya. Banyak kes dengan sepupu aku, adik aku, kawan2 aku, junior aku, senior aku & makcik kantin pun ada.

Semua mereka ni anggap aku ni “baik” dan nak jadi kawan rapat or soulmate or bfff or adik angkat or kakak angkat or someone special to me sebab aku baik.

Masalah sekarang, apa yang baik tentang diri aku? Aku tak tahu!

Aku cuma jadi manusia yang taknak lukakan hati orang sahaja. Aku buat semua ni supaya hidup aku tenang, tak ada drama.

Sekarang ni aku dah kerja. Kerja aku software developer.

Aku dah tak terikat dengan sepupu aku sebab aku jarang balik rumah, aku dah tak terikat dengan kawan2 uni sebab dah tak sebilik/sekelas dan siapa2 pun.

Aku boleh keluar shopping bila2 masa aku nak tanpa orang cakap eh tak ajak. Aku boleh makan apa aku nak tanpa orang kata aku gemuk.

Aku boleh beli habib hari2 tanpa orang kata baik beli rumah. DAN PALING PENTING, aku boleh balik rumah bila2 masa aku nak tanpa fikirkan siapa2 pun.

Boss, teammates & office aku di Australia. Finally aku tenang.

Sekarang ni aku cuma ada Allah, aku & duit. Oh, kucing.

Pernah terfikir nanti tua macam mana? Maybe aku akan settle di Australia. Sana ada banyak retirement home untuk orang2 tua. Aku bayar.

So takde la istilah, aku tak boleh hidup sorang sebab nanti orang juga yang akan gali kubur aku.

Oh, sekarang ni aku masih introvert di mata mereka, cuma aku pandai2 menyorok dari mereka.

Adakah aku sombong hanya sebab aku nak hidup sorang2?

Aleesya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *