Salam korang! If korang ada baca post ni; “Lasik Surgery: Sakit Ke?” (https://iiumc.com/lasik-surgery-sakit-ke/). Ni sambungan dia untuk part recovery.
Haaa, know know da dua bulan lebih dah buat lasik surgery. Alhamdulillah so far so good.
So, macam saya tulis dalam post sebelum ni, recovery phase is not easy. Saya pecahkan ikut hari untuk first week and weekly for the rest, senang sikit nak explain.
HARI 1
Hari yang sama dengan hari surgery. Lepas keluar je klinik, memang berair je mata dan hidung (sama je dua ni. Masing² tak nak kalah. Huh!). Nak buka mata lama² pun tak boleh sebab asyik nak tertutup je. Rasa macam mata stim gitu. Huhu!
Sampai je kat kereta, baring kat belakang (iye, memang literally baring – conquer terus seat belakang tu) terus tidur sampai rumah. Tak selesa! Tidur pun pakai sunglass (alkisah bila kau tak selesa, semua benda tak kena). Huhu!
Sampai je kat rumah, terus cari katil baring tidur. Tapi satu benda yang saya perasan, kalau buka aircond and bilik gelap adalah jauh lebih selesa berbanding dengan buka kipas dan bilik terang. Maybe atas preference orang juga kot.
Mata memang tak leh buka lama², rasa ada la dalam 3 saat camtu before dia nak tertutup sendiri. Memang da paksa buka, tak boleh gaisss, tak bertahan lama. Tak termasuk dengan mata dan hidung berair.
Keadaan sekeliling masih blur blur, berbayang². Time ni, jangan haraplah dapat tengok phone – tak nampak tulisan, pastu rasa terang sangat; even dah guna dark mode. Huhu! Ada rasa nak demam, so ambil 1 biji paracetamol 650mg. Pastu sambung tidur.
HARI 2
Masih dengan mata dan hidung berair. Better daripada hari pertama, dah tak berair sangat cam nak banjir. Tapi masih sensitif kat cahaya. Keadaan low-light (bilik yang gelap) lebih selesa. Da boleh start fokus tanpa mata nak tertutup sendiri. Masih kabur².
Kalau nak tengok luar, masih silau. Overwhelming. Bibir da start merekah sebab kurang minum air (part ni memang salah sendiri). So pastikan korang cukup air, sediakan botol ready-to-go.
HARI 3
Da boleh berlegar² dalam rumah dengan normal/natural lighting. Da boleh siap basuh baju, masuk baju dalam dryer, lipat maju and kemas mana² yang patut.
Da boleh start reply whatsapp yang penting sendiri. Cuma agak susah sikit since mata tak leh baca properly; berbayang² and tulisan tu bertindih. Nak reply pendek² pun kena pejam celik pejam celik untuk reply satu mesej.
Dah boleh tahan silau lampu. Da boleh pandang luar sekejap², tapi tak leh lama² sebab rasa cam silau even though pakai sunglass. Mata dah tak berair. Da boleh tengok tapi masih tak sharp.
HARI 4
Da start keluar malam. Lampu² tu nampak cam bokeh. Mata dah tak berair mana kecuali time pakai eye drop. Tapi masih kabur² bila tengok tulisan printed dalam phone. Normal light oke.
HARI 5
1st follow-up lepas surgery. Prof cakap luka sembuh cantik. Takde merah², makanya proceed cabut contact bandage. Tulisan dalam phone is much better than previous days. Keadaan sekeliling tu masih tak clear sangat, and kabur² at a certain distance.
Signal D gear kat dashboard kereta tu pun saya ingatkan fog lamp punya logo. Bila jalan² time malam, lampu jalan and lampu kereta, semua nampak cam bentuk bunga. Dah macam built-in filter da wehh. Huhuhuhu!
Minggu Ke-2, Ke-3 & Ke-4
Masih kabur, tak clear mana. Tapi benda dekat² (dalam 1 meter) da clear sikit – macam hd gitu. Since last follow-up Prof tak inform power mata, so pergi kedai spek, cek mata percuma guna mesin tu.
Optometrist cakap power da turun dalam 70% dari power asal before operation. Da alang² tu, beli spek untuk blue light filter. Night light da boleh tengok, dia dah jadi tajam² instead of bokeh or bunga².
Minggu ni saya dah start kerja! Since kerja memang dengan laptop, makanya saya memang pakai blue light filter glasses.
Mula² start kerja, pandang screen mata ambil masa nak fokus. Kena kelip² baru clear sikit pastu bila pandang screen sebelah, ehh, out of focus lagi. So repeat kelip² until fokus. Then repeat focus-focus until habis kerja.
But towards the end of the day, focus tu lebih cepat even switch tengok screen lagi satu. Cuma yelah, masih kabur. Takde nampak crystal clear or crisp macam pakai spek dulu².
Tapi untuk statik objek jarak dekat (dalam 1-2 meter camtu), boleh nampak lebih jelas, dah tak berbayang. Cumanya, tulisan kat objek tu masih berbayang.
Da start tengok tv juga. Da clear banyak da. Cuma kalau benda jauh masih ambil masa nak focus. Masih kena kelip². Rasa macam kamera wehh. Haha!
Saya pun dah start bawa kereta time malam, sebab pagi terang sangat. Cuma tulisan kat signboard tu tak nampak sangat. Bila da dekat² tu baru nampak clear ha. Bila drive waktu pagi/petang, rasa mata tu cam penat sangat walaupun pakai sunglass.
Satu benda yang saya perasan, everytime bangun pagi, memang pakai eye-drop sebab mata rasa kering sangat. Before operation, oke je. Huhuhu!
Tapi ada je improvement day by day, cuma takdelah obvious. Small progress is still a progress. Tak gitu?
Bulan Pertama
Pergi second follow-up lepas sebulan operation. Doktor cakap mata belah kiri ada haze (macam kabus²), so minta saya continue balik ubat yang dorang provide. And doktor pesan suruh pakai sunglass bila keluar.
Time ni, power saya memang da 0, cuma silau pulak naik. Doktor kata, silau tu jadi sebab mata kering. Makanya, kena keep on pakai eye drop every now and then.
Time ni, vision memang dah start improve banyak da. Cuma masih tak boleh nak lawan vision time pakai spek. Bangun pagi pon mata dah tak kering sangat. Just kelip² gitu, da oke da even without eye drop.
Bulan Kedua
Last follow-up after dua bulan operate. Time ni, Doktor cek balik keadaan mata semua. Alhamdulillah semua oke, haze da hilang. Sekarang masih in-recovery, tapi bukan yang critical punya phase da. Slowly but surely. Gituhhh.
So, amacam? Onz ke tak nak buat lasik? Ni semua berdasarkan pengalaman saya, maybe recovery saya memang slow. Huhu! Apa pun keputusan korang, saya doakan dipermudahkan semuanya. Hehh! Kbai.
P/s: Memang awkward gila tak pakai spek. Kadang tu, saya pi tolak spek pastu cam, “Eh? Mana ada spek. Huhu!”
– Liana Ali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya pun baru buat yang promo, lusa nak pergi cabut bandage. masih kabur skit2. harap semuanya lancar ameen