Lasik Surgery: Sakit Ke?

Salam korang! Haaa, korang mesti pernah dengar pasal lasik kan? Especially yang memang pakai cermin mata ni.

So, saya nak share sikit pengalaman dari sudut pandang saya; sorang manusia yang penakut; tak pernah pakai contact lens, tak pernah pakai mekap eyeliner – eyeshadow bagai – semua sebab takut tercucuk biji mata tu ha. Huhu!

Owh! Kenapa share kat sini? Bukan kat blog ke (iye gaiss, saya masih pakai blogspot), kat fb ke, kat ig ke? Haaa, sebab saya nak share dengan seramai yang mungkin. Kotla memberi manfaat, boleh jadi ladang pahala gituh. Hehhh!

Nak dijadikan cerita, mak saya share promo bebas rabun RM2,500 satu mata. Disebabkan saya ni rabun dua2 belah mata, makanya RM5,000. Lepas fikir2, macam not bad, sebab last time survey paling murah pun dalam RM7,000 ke atas.

Makanya, bermulalah episod pergi roger2 klinik tu dulu. Tanya betul ke RM5,000 all in takde hidden charge semua? Lepas da konfem RM5,000 tu termasuk surgery, 3x follow-up, ubat2 semua, terus set appointment buat eye check-up.

Tapi eye check-up ni taktermasuk dalam RM5,000 tu, kena bayar asing – RM660. Sebab kalau lepas check-up tu, eh taksesuai rupanya, jadi takperlu teruskan or proceed ngan RM5,000 tu. Haa, saya letak details based on hari, senang sikit kalau korang nak refer.

EYE CHECK-UP (RM660 + RM2,000 | 3h30m)

First sekali, lepas korang da roger2 klinik tu, set terus appointment bila korang available. Time korang datang tu, pastikan korang bawa peneman.

Kenapa kena bawa peneman? Sebab nanti time dia check-up tu, dia ada dilate mata korang – makanya pandangan korang tu cam kabur2 sikit gituh. Saya ambil masa 2h untuk fully recover back.

Time check-up ni dia buat full eye check-up; dari ke vision check, ketebalan kornea, saraf mata, mata kering takkering, segala2nya la. Siap jumpa optometrist cam kat kedai cermin mata tu and lastly akan dapat consultation ngan Prof/Dr.

Time ni dorang akan assess results check-up tu tengok sesuai ke tak nak proceed ngan surgery tu. If semua oke, korang boleh proceed ke kaunter bayaran untuk bayar deposit surgery RM2,000.

Actually, dia ada banyak pakej lain2. Depends kat budget korang. Haa, apa beza antara pakej2 tu? So far, saya tahu ada 3 pakej bebas rabun yang paling popular. Beza dia dari segi teknik, downtime (tempoh sembuh) and of course harga dia. Hehh!

Flapless-t: RM5,000 | Downtime: ~7 hari

Flap: RM8,000 – RM9,000 | Downtime: <7 hari (kena cek balik)

Flapless-s: RM13,000 | Downtime: 1 hari

HARI SURGERY (RM3,000 | 2h)

Dah pun tiba hari yang dinanti. Wehhhh, nebes!

Klinik akan hantar reminder jangan pakai mekap and alcohol based product (perfume, deoderan, etc) and bawa cermin mata hitam. If time check-up tu korang degil takbawa peneman, pastikan kali ni korang bawa peneman. Serius.

Bila korang sampai tu, dorang akan buat final check before korang boleh proceed bayar balance RM3,000. Lepas bayar tu, dia akan bagi korang ubat2. Sementara tunggu surgery, akan ada staff explain macam mana nak pakai ubat ngan do’s and don’ts after surgery.

Dorang akan bagi korang MC untuk 7 hari (8 hari termasuk hari operation). Dalam 15-30 minit before surgery, staff dia akan bagi paracetamol 500mg 2 biji untuk dimakan.

Know know, dorang akan panggil nama korang untuk surgery. Dorang akan pakaikan korang baju biru ngan topi biru before masuk dalam operation room. Pastu dorang akan suruh baring and selimutkan korang.

Sementara tunggu Prof sampai, menyempat ye dorang pakaikan mic sebab nak ambil footage. Bila Prof sampai, dorang start buat patient’s review before proceed ngan surgery.

Owh, btw, lasik ni takde ubat bius ye, memang kena 100% sedar and takleh tidur.

Being Prof and islamic culture of the clinic, dorang start operation ngan Al-Fatihah. Time ni rasa syahdu ye. Macam kena talkin pon ye juga.

Huhu! Time tu Prof maybe da perasan kot saya da kecut perut rasa cam lari, so Prof starts to initiate small talks to calm me down. Kan dasar penakut. Huhu!

Prof cakap, “Sayang, takde doktor nak patient dia rasa sakit. Kalau sakit, saya takkan letak mic kat situ. Betul tak?”.

So, bertenanglah saya kat situ sambil Prof bersihkan mata dan prep untuk laser. Memang tak rasa apa pun time Prof bersihkan and during surgery. Tak sakit pon. Tak tipu.

Cumanya, challenging sikit masa nak laser sebab sepanjang2 proces tu, nak kena fokus pandang titik hijau tu. Tu belum termasuk rasa nak tidur, mata tak beri kerjasama, nak tutup je manjang.

Thank you Prof sebab bersabar je sambil cakap, “Well done, Sayang! You did well.”. Ehh, cair iollsss kat situ.

Lepas da setel laser, Prof bersihkan lagi sekali before pakaikan contact lens (contact bandage) supaya mata tak pedih and takyah pakai eye-shield cam kamen rider tu ha. Haha!

So lepas setel belah kanan, Prof proceed ngan belah kiri pulak. Belah kiri cepat sikit sebab da taktakut sangat cam mula2 tu.

Alhamdulillah, setel semua. Prof suruh duduk and baca apa yang tertulis kat board. Syukur sangat wehh sebab da boleh baca! Walaupun cam biasa, mata takbagi kerjasama.

Dok keluar air mata je macam takde hari esok. Lepas tu, Prof cek mata lagi sekali before keluar operation room. Alhamdulillah semua okey!

Pastu keluar terus cari parents, ambil and pakai sunglass. Dengan mata berair, pakai sunglass, da sebiji rupa rockstar kena tinggal. Pakej sekali air hidung pon keluar sama2. Huhu!

Parents being parents, kita dengan muka sememeh tu, still excited suruh berdiri kat sebelah water filter betul2 luar operation room tu sebab nak tangkap gambar. Apooo! Serius hasil dia sebiji gambar tipikal ayah2 tangkap gambar anak yang muka terpaksa tu. Kelakar wehh.

Adududududuuuu.

MasyaAllah, panjang pulak sharing. Sebenarnya, saya masih dalam recovery lagi ni. So pendek kata, lasik surgery tu sendiri tak sakit pon, can barely feel.

Tapi the recovery phase is the toughest and challenging one so far. Time ni memang betul2 kena kuat semangat, especially for the first day.

InsyaAllah if everything went well, saya share recovery phase pulak. Doakan saya! Semoga doa yang baik2 berbalik kat korang jugak. Aamiin!

P/s: Yang tukang teman tu sambil tunggu2, ada staff tanya if korang nak kopi/ teh and nak roti jem/ sandwich. Nak pergi berjalan2 kat Pavilion Bukit Jalil pon dekat je, belakang tu je.

– Liana Ali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam dik..akk br 4 hr buat flapless..mara kura betul2 clear slps buka contact lebbs je😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *