RM500

Aku merupakan pelajar tajaan mara dari kolej swasta. Apa yang aku nak kongsikan ni bukan utk mengaibkan, tetapi untuk langkah berjaga-jaga..seperti biasa, mara akan masukkan duit yuran untuk semester baru.kononnya nak bayar lepas naik cuti hujung minggu(isnin)..

Setelah aku check baki akaun, aku mendapati balance duit dalam akaun aku kurang rm500..memang berderau darah masa tu,aku check lagi dan lagi setiap bank yg ada kt situ..aku berfikir panjang dan membuat kira2 balik berapa jumlah duit yg aku dah gunakan..aku sangat yakin aku tak keluarkan duit sebanyak itu sbb da bajet2 untuk bayar yuran..haish! Sampai tak tidur malam tau..aku fikir tak nak susahkan ayah utk topapkan balik duit yg short tu..

Aku pn mengambil keputusan utk balik ke kampung untuk selesaikan masalah ni..aku terus pergi ke bank utk semak penyata keluar masuk duit akaun aku ni..memang terkejut la, ada orang keluarkan duit rm500 tu masa aku tengah ada program kt kolej..pekerja bank tu bg suggestion utk aku tanya kwn2 aku elok2 supaya diorang mengaku sebelum buat report polis..jantung aku berdebar debar Allah je tahu..aku takut kawan rapat aku yg buat kerja tp confirm2 la diorang tak mengaku..

Malam tu jugak aku post moment kt wechat dan fb psl kejadian ni dan siap aku ugut nak report polis..aku mmg tak tenang terus buat solat hajat..tiba2 kwn rapat aku call dia suruh aku bertenang,dia nak cakap something..ingat aku boleh bertenang?? Then, kwn aku ckp ada org mesej dia tapi tak tahu siap, tetapi budak yg mesej tu mengaku dia yg ambil duit aku..aku automatik rasa nk mengamuk sebab budak tu tak straight mengaku kt aku..mungkin dia takut aku marah dia..aku sruh kwn aku ni mesej budak tu suruh dia call aku pagi esok kalau tak, aku terus report polis..aku tak pernah hati kering mcm ni..first time!

Baru la aku rasa lega sbb kiranya dah ada org mengaku..so, aku tunggu budak tu call..byk alasan dia mak dia sakit la apala..aku pn kesian la jadi aku bagi la dia peluang call malam pulak..selagi tak settle selagi tu tak tenteran otak aku asyik fikir je..so malam tu dia call aku tapi aku dengar suara esakkan je lepas tu dia tutup call tu..agaknya dia takut sangat kot..aku siap pujuk dia tau..haa memangla kesian tapi aku terpaksa bertegas mcm tu..ok then dia call lagi lepas tu tutup, aku naik bengang la..hahahaha

Jap lagi dia kata kredit dia habis..aku terpaksa call dia paksa dia cakap reason dia curi duit aku, dia kata mak dia sakit..and dot dot dot..dia menangis sampai tersedu2 aku kesian kt dia..hmm aku pn bagi la nasihat utk dia..tapi yg penting nasib dia pulangkan duit aku tu balik..

Kalau lambat mengaku tu, aku rasa dia dah duduk lokap agaknya..dia tahu psword aku pn sbb salah aku jugak..psword ckp kuat2 smpai org boleh dengar..alahai..ya Allah aku tak sangka perkara ni boleh jadi kt aku..semoga ia nya menjadi iktibar utk kita semua..

– dayang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *