Untuk part I, (https://iiumc.com/jodoh-sementara/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/jodoh-sementara-ii/).
Selama 3 bulan lebih kami berkawan, dah lama sangat dia tak ulang perkataan ‘Jangan berharap’. Last dia sebut perkataan tu, bila hari aku buat taaruf pertama aku tu (malam keberanian membabi buta aku datang).
Sebab, lepas tu… dia memang tak sebut perkataan tu sampailah esoknya lepas balik dari birthday party manager aku, dia ingatkan aku semula pesan dia.
Jujurlah, aku pernah je suka orang, walhal di tempat kerja sekalipun, tapi aku tak pernah rasa nak taaruf. Keyakinan tu belum datang.
Usik dan doa Kak B (berharap supaya aku percayakan Daus – gembirakan hati Daus) serta keluarga aku (tempat aku meluah) pasal Daus ni nampak gaya macam suka aku, diorang bagi sokongan supaya aku cuba untuk kenal dengan Daus.
Last-last, aku cuba approach dia nak taaruf selepas istikharah tu.
Ya, sebab aku kasihan pada dia. Tapi, simpati yang aku rasa bukan dipaksakan. Perasaan tu memang datang sendiri.
Tambah pulak, aku gadis yang mementingkan akademik, sebaris dengan top students (Alhamdulillah) dan aku perempuan yang sayang diri sendiri.
Segalanya tentang aku adalah keputusan yang dipandu oleh diriku sendiri. Daus tahu, bagaimana dia memberi dorongan pada aku.
Ada hari aku masuk kerja lewat, sebab attend interview untuk kursus undang-undang dekat UIA, semua orang dekat kantin tu tahu keupayaan aku dan selalu support saja keputusan aku untuk belajar. Aku ada cita-cita nak jadi peguam syariah, Daus bagi dorongan dan semangat.
Daus adalah lelaki pendengar. Semua aku cerita pada dia – bila aku sorang saja yang attend iv undang-undang tu pakai baju kurung, tu takpe lagi.
Masalahnya, aku sorang je pakai baju kurung warna kuning ada corak bunga kecik-kecik dengan tudung sarung 2 lapis warna hitam.
Dan, betapa kerdilnya dan aliennya aku di situ adalah – semua orang datang kemas gila siap berkot hitam, baju set putih atas sampai bawah (memang nampak sangat calon peguam). Aku sorang je sesat, macam datang untuk course lain je budak ni.
Semua aku cerita. Dan macam mana aku masuk bilik interview, dan dipandang atas bawah oleh professors kat situ. HAHAHHA LAWAK WEH TIME TU.
Dan, aku balik dalam keadaan happy sebab aku dan team aku (ada 2 grup iaitu kerajaan dan pembangkang) diberi satu topik untuk berdebat dengan prof tu (ada 3 orang interviewer), dan aku berjaya untuk cakap banyak.
Aku tahu, bila interview bidang law ni mesti dia nak tengok kepetahan kita. Alhamdulillah Allah mudahkan dan buka ikatan lidah aku ni supaya fasih berbahasa Inggeris.
Banyak yang aku debatkan… sebab kami kena ulas pasal (Hak Asasi Manusia VS Undang-undang Syariah, adakah undang-undang syariah bertepatan dengan hak manusia?).
Aku ulas bab LGBT (Macam mana LGBT boleh nak pengiktirafan untuk jantina dan pernah isu nak kongsi tandas – benda tu mesti akan gugat keselesaan dan keselamatan orang ramai sama ada Muslim atau non-muslim sekalipun).
Semuanya aku cerita sampailah part paling lawak adalah – aku tengok jam dah nak pukul 5 petang. Aku minta masuk lambat sikit kerja dalam pukul 6 ptg (kantin sekolah asrama ya, faham-fahamlah).
Masalahnya, interviu pun belum habis lagi. Nanti nak kena hadap jam, orang balik kerja – sepatutnya interviu kena habis cepat.
Aku buat taik. Aku jawablah satu soalan yang ditanya prof tu, “Apa solusi untuk halang LGBT daripada berleluasa?” Aku translate bagi lah ya.
Aku jawab dulu baik-baik. Counselling approach bole, medical assistance boleh, public awareness bole. Prof tanya balik, “Kalau semua tu tak menjadi, apa bole buat?”
Ni la aku buat taik tu sebab aku malas panjangkan iv lagi nanti aku lambat masuk kerja nanti asrama perempuan siapa nak serve? Pekerja perempuan dah nak balik yang shift pagi.
Aku jawablah, “Macam mana kalau kita bagi je pengecualian dekat diorang.” HAHA Masalahnya, kau beria bagi pandangan yang bernas tadi nampak benar tak support LGBT, tup tup bagi pengecualian jelah. Gelak semua interviewer kat situ. HAHAHA.
Semua aku cerita dan dia suka benar dgr aku cerita. Kadang, datang loklak dia, dia kata nak dengar aku cerita – cerita jelah pape. Aku tanya dia pernah kena ganggu tak sepanjang kerja kat situ. Dia kata tak pernah.
Pastu, aku bagi tahu dia yang mak guard dkt situ pernah bagitahu aku yang dia selalu seram sejuk bila lalu dewan makan time malam-malam dia kena round. Pastu aku kata, “Ha! Dah cerita. So boleh tido…” Ha, pastu dia hantar emoji macam menyampah dan kata dah tido.
Satu lagi benda yang aku sangat sure, Daus suka aku sebab aku banyak mulut. Dia kata dia agak kagum dengan cara percakapan aku dan bilamana aku buka mulut, nampak benar aku perempuan bijak dan pandai nasihat.
HAHA sebab apa? Sebab dulu, Kak B pernah cerita tentang seorang anak angkat dia yang bermasalah dari segi attitude, jadi aku bagilah pandangan aku memandangkan aku memang suka baca bab pengurusan emosi dan psikologi kehidupan ni.
HAHAHA… Aku yang ketawa dengar Daus cakap macam tu sebab aku bagitahu pandangan aku je. Bukannya nasihat pun…
Tambah lagi, aku ni mula-mula datang macam perempuan mithali (banyak buat hal sendiri).
Tapi, sekarang dah makin selesa – gelak pun satu dapur dengar, orang duk luar dapur pun boleh dengar tau. Tu kadang-kadang, Daus berdehem dkt aku suruh aku cover la sikit konon. Tapi, aku buat dek aje….
Aku pernah bagitahu dia yang aku sangat sayangkan diri aku dan aku tak mungkin akan berubah identiti aku sebab orang.
Alhamdulillah Tuhan beri aku kesyukuran dengan titipkan aku keyakinan pada diri aku sendiri walaupun aku ni dari segi penampilan dengan rupa agak hauk la katakan (ni pandangan masyarakat ya, aku memang kata diri aku cantik tersendiri)
Tapi Tuhan bagi aku keyakinan untuk bawa diri ke mana saja aku pergi. Ada orang kata, aku ni peramah juga. HAHAHA adalah tu…
Hahaha, Daus pernah perli aku suatu hari aku gagap sebab aku nak suruh dia bagitahu masalah dia dekat aku je. Aku rasa kekok mula-mula, kau faham lah kan.
Siap sebut nama panjang aku, pastu kata Umi mana pernah gagap. Kenapa tiba-tiba? Nampak sangat aku ni memang mulutnya laju aje melepas.
Daus pun pernah cakap macam tu tapi dia kata ok je takde masalahpun. Dia suka dengar aku cakap banyak, ya aku memang suka bercakap.
Tapi, sedihnya adalah… kenapalah aku tak kahwin lagi dengan dia…? Aku selalu bagitahu dia pandangan aku tentang maksud perkahwinan sekali pakej hadis dan penjelasan yang aku kutip daripada kitab-kitab/ ceramah/ tadabbur tentang perkahwinan.
Daus, kadang suka tanya aku soalan cepu mas. Kenapa aku nak kahwin? Apa kriteria yang ada pada dia bila aku cakap aku dah boleh baca karakter dia bila iftar hari tu? Macam-macam.
Ada hari dia tanya aku dah makan ke? Aku selalu cakap aku tak suka soalan tu. Tak best nak jawab? Cubalah tanya apa yang boleh dikongsi hari ni? Baca buku apa hari ni?
Lama-lama, Daus boleh baca aku perempuan macam mana. Dan, dia hormat aku sebab memang aku selalu suruh dia jaga jarak dengan aku, tak boleh sayang-sayang, kena jaga lisan baik-baik (kalau terlepas, aku dengar dia istighfar HAHAHA).
Dan, sebab itu – dia tak pernah ajak aku keluar, aku pernahlah ajak dia jumpa adik beradik aku dulu sebab setiap sabtu kami adik beradik pergi taman. Pastu, dia datang – sempat borak kejap je. Nampak dia segan sangat, tak banyak cakap.
Time tu aku buat manisan bagi dia makan, dia kata sedap tapi manis. Aku menjawab lah, “Dah manisan memang la manis, bukan tawaran ke, masinan ke” HAHHAHA.
Aku? Kadang, aku tanya perangai aku ni molek ke? Sebab aku selalu tersalah cakap ngan dia. Pastu, aku ni memang jujur. Kalau aku rasa macam dia over pulak, aku tegurlah jangan macam tu tak elok. Belum kahwin… pastu dia ok, minta maaf.
Tapi, tang dia? Dia banyak diam aje macam ada benda yang tak best pasal side aku, dia macam lebih pada nak jaga hati.
Tapi, dia pernah cakap yang dia memang mungkin banyak simpan kot kalau benda kecil/tak penting tu.
Pastu, aku bagitahu yang aku ni dewasa, faham yang dalam apa hubungan akan ada konflik dan perlukan perbincangan hati ke hati. Dia faham, dan cuba untuk jelaskan dan cerita hari-hari dia andai ada masalah.
Daus, lelaki penyibuk juga. Selalu panggil aku tengok baju-baju kurung dalam henfon dia, dan tanya aku nak yang mana? Dia belikan.
Aku kadang geram dengan dia, kenapa lah dia sibuk sangat nak beli itu ini bagi aku, aku jujur jelah dengan dia tak perlu beli semua tu. Baik kumpul duit kahwin je…
Kadang aku pelik, tapi lama-lama aku ikutkan jelah hati dan perangai penyibuk dia tu. Keseriusan Daus juga terserlah bila dia bagi hint psal kami dekat bos aka pakcik dia yang dia akan ikut bos dia tu pergi mana je asal dalam Selangor je. Tender kantin akan habis hujung tahun.
Time tu tengah mesyuarat sebab penyelia kami berhenti. Aku bersyukur sangat, sebab sebelum ni pangkat Daus setakat kru dapur dan leader bhgian stok barang tapi sekarang dia dapat jadi tukang masak.
Di situlah bermula, bila dia bagitahu memang dia nak kerja Selangor je sebab orang rumah dia ada dekat sini.
Semua orang pandang dia. Tertanya-tanya, muka masing-masing. Kak B time tu bole meneka.
Dia jujur. Ya, dia sedang berkawan dengan Umi. Ha, bos kau! Siap bos tahu. Malu aku weh, itupun Kak B yang cerita sebab aku sibuk potong sayur dekat dapur. Aku geram juga, tapi aku suka sebab gelaran ‘orang rumah’ tu ada makna yang besar tau.
Aku happy. Aku rasa macam Allah makbulkan doa aku sebab aku selalu doa supaya Daus dilimpahkan rezeki. Tup tup… jadi tukang masak! Gaji pun naik la.
Banyak benda yang terjadi sebenarnya – yang menampakkan keikhlasan dan kelembutan dia. Dia jaga aku sebaiknya – takde ajak aku keluar, minta gambar pun takde. Aku faham sangat dekat situ dia hormat aku.
Tapi… aku sedih, aku terlalu jadi diri sendiri sampai semua benda aku cerita kat dia. Benda merepek dah basi aku cerita jugak! Dan, aku rasa dia terima aku seadaanya. Sebab tu, aku ok je bila aku bagitahu yang dulu aku tak overthinking, hidup aku tenang je…
Sekarang aku rasa takut kalau hilang Daus. HAHAHA overthinking betul! Dia kata overthinking tu normal. Dia pun takut sangat hilang aku.
Sampailah… kesedihan aku menjadi-jadi sebab aku dah rasa macam aku betul-betul tak jaga batas pergaulan aku dah di alam maya @ dunia nyata. Dan, disitulah bermula harapan aku kepada Daus mungkin melebihi sepatutnya aku letakkan.
Apabila dia ingatkan pesan itu semula pada aku, aku sedih dan aku cakap, ada benda ni yang Daus pendam. Betul-betul lepas kami bincang pasal kewangan.
Tuhan jentik hati aku semula bila aku dapat tahu yang 2 bulan lagi baru masuk u sebenarnya, aku salah tengok timeline UPU. Dan, plan aku untuk menganggur terpaksa aku batal bila kakak aku diberhentikan kerja.
Aku bukan keluarga senang. Adik beradik 8 orang. Jadi, aku memang kena kerja kalau tak duit dapur, api, air, siapa yang nak bayar?
Ya, kami memang buat pembahagian jadi jangan ditanya ya mana kakak@abang yang lain, termasuk ayah. Sebab tu, aku kerja dari SPM lagi untuk tampung belanja harian dan yuran serta buku-buku rujukan sampailah STPM.
Makanya, aku kerja semula di kantin tu. Aku dengan Daus mula-mula macam ok, lama-lama kami tak bermesej dan di tempat kerja pun, dia tengok kanan aku tengok kiri.
Dan, lama-kelamaan, aku dapat tahu walau dia keluarga kaya sekalipun, dia perlu tanggung hutang moto dia, kereta Honda mak dia, 2 buah rumah sewa lagi. Aduhaiii… aku dah pikir jauh.
Mungkin sebab tu dia triggered bila aku bincang kewangan? Ya, aku tahu time dulu-dulu dia kata mungkin dia tak kahwin kot. Susah!
Aku lupa, dia abang sulong. Pernah dia kata macam tu. Komitmen dia besar sebenarnya.
Lama-lama, kami betul-betul jauh walau kami dekat. Tiberrr. Aku cuba ws dia, tanya dia yang kita patut berbincang. Dia pulak kata, dia perlu masa dan ruang. Dia kata, dia tak tinggalkan aku pun. Aku time tu dapatlah bernafas lega.
Tapi, tak ada apa yang beza. Aku dengan dia – masih keadaan sama. Diam membisu. Tapi, ketenangan kami diragut bilamana orang sekeliling termasuk pekerja lain dan Kak B bertanya, kenapa kami tidak semesra dulu dah? Gaduh ke?
Dan, Kak B dapat kesan aku sudah kurang ceria. HAHHAHA aku cover line, aku cakap aku ok sedangkan hati aku dan otak aku masih berpusing dek memikirkan sebab kenapa dia berkelakuan macam ni.
Tapi, dia masih Daus yang sama – tetap tolong aku bila aku sorang dekat dapur sebab yang lain handle kantin perempuan, tetap tolong aku potong sayur, bersihkan kawah, cuci pinggan mangkuk dan macam-macam lagi. TANPA DISURUH @ MINTA TOLONG SEKALIPUN.
Layanan dia masih sama. Cuma mungkin… dia yang sembunyikan sesuatu? Aku tak tahu. Sehinggalah, dia ws aku pada suatu hari. Dan, aku anggap Allah jawab doa aku bila aku minta Allah berikan aku petunjuk tentang hubungan ini. Tunjukkanlah kebenarannya.
Dia bagitahu, “Dia tak kuat bila orang kecam dia bagi harapan pada aku selama ni sebab sekarang orang lihat kami tak macam dulu.”
Aku bagitahu dia yang dia kuat. Aku cuba memotivasikan dia. Dan, aku jujur yang aku cuba untuk tunggu Daus kalau itu yang Daus perlukan – ruang dan masa.
Sebelum ni pernah saja aku buat ayat dekat status (Aku memang puitis orangnya) tapi aku hide. Aku bagi dia je tengok. Aku akan pilih risiko untuk tunggu dia. Aku bagi dia ruang dan masa.
Lepas tu, aku anggap itu cara dia membalas status aku, dia buat status dalam bentuk video pula yang kita sebagai hamba kena sabar, percaya pada rencana Allah. Pasti indah akhirnya. Dah la, background music video tu lagu Maher Zain, For the rest of my life. Gilak kali dia!
Namun, dia ingatkan pada aku lagi. Jangan berharap. Cakap dia:
“Jangan simpan hati pada Daus lagi. Kecewa tu sakit sangat. Aus taknak Umi rasa.”
Dan, aku cuba jujur lagi yang kita kena sama-sama kuat. Mungkin yang datang itu keraguan – bole jadi ia ujian.
Dia kata, “Umi, Aus ada hati yang perlu dijaga.”
Ya. Aku buat-buat blur. Dan, dia bagitahu dia ada orang lain. Aku kecewa baca whatsapp dia, aku kata macam ni.
“Daus, niat yang kita sama-sama pasang Daus kuburkan macam tu saja?” Setepek nyah.
Dia kata dia taknak aku kecewa di kemudian hari. Hati manusia boleh berubah.
Aku tulis ayat panjang lebar, hati aku kecewa tapi aku lembutkan hati bahawa Allah benar-benar tidak memberkati hubungan kami sebab aku tahu Tuhan lindungi aku. Aku minta dia bagi petunjuk.
Aku minta dia pandu aku semula supaya aku bole jaga batas. Semuanya akan dapat dimulakan hanya dengan – perpisahan antara dua hati.
Aku akhiri semuanya dengan memutuskan semua hubungan hati. Aku takdela nak minta break sebab memang kami kawan je pun.
Kata aku, aku minta ikhlaskan apa yang jadi antara kami dan anggap ia pengajaran. Moga dia jumpa ketenangan dan kebahagian serta aku doakan dia supaya dia teruskan hubungan dengan orang baru tu. Moga dia jumpa cinta sampai syurga.
Dan pesan aku pada dia, perjuangkanlah rasa cinta itu andai ia benar. Dan, aku cakap terima kasih padanya. Tentang sesuatu yang tak pernah aku bagitahu – bahawa kerana Daus, Umi yang selalu memandang masak ni sebagai tanggungjawab saja dan tiada apa yang istimewa,
Tapi hadirnya Daus buatkan Umi pelbagaikan resepi bila masak untuk keluarga, dengan kasih sayang tak macam dulu yang anggap masak itu sebagai rutin.
Aku terima kasih pada dia kerana dia inspirasi aku – Daus perantaraan Tuhan pada aku sebab dia juga, aku lama-lama jadi bole tumpahkan sayang pada budak.
Selama ni, aku jenis takdelah suka layan budak. Daripada Daus aku belajar kasih sayang dalam melayani budak-budak. Dan kerana Daus juga, aku mulai membentuk gaya aku sendiri bila keluar namun tetap menutup aurat dan sederhana hendaknya.
Kau tahu tak kenapa aku yang minta putuskan semua hubungan hati?
Sebab aku taknak kami berdosa. Bayangkan keluarga semua dah tahu pasal Daus ni?
Mana taknya, lauk Daus masak selalu aku bawa balik termasuklah masakan dia yang main-main tu semua aku bawa balik jamu kan kat keluarga besar, semua tahu Daus akan datang rumah. Semua dah kenal Daus.
Tunggu hari saja nak bertemu empat mata. Semua kata tak sabar, sebab Daus ni memang masak sedap.
Dan, mak dia dah tahu pasal kami. Jadinya, pertunangan ini yang sah dari sisi Islam, dan haram bagi pinangan ke atas pinangan orang – maka aku putuskan semuanya. Aku tak nak dia berdosa atas perlakuan dia pada aku. Maka, aku putuskan demi ketenangan kami berdua.
Mulai hari tu, nampak benar kami betul-betul asing. Jadi, a total stranger. Tapi, aku kesian pada dia… mukanya nampak makin lama makin kurang ceria, dulu dia kurangkan dah merokok, sekarang mmmm selalu nampak dia merokok. Banyak perbezaan dia dah.
Asal pasang lagu kat speaker je, semua lagu broken. Adeh… paling legend, dok ulang-ulang lagu Kenangan Terindah by Samsons tu. Kadang, dia letak lagu kitorang.
Ngok ngek la mamat ni. Nak kata gila talak belum kahwin. HAHAHA taklah aku bermaksud macam tu… tapi lebih kepada pelik dan tak faham situasi dia. Minta kongsi, tak mau.
Lagu kitorang ya, memang ada lagu yang dia khaskan untuk kami. Dia letak lagu tu. Taiklah! Pastu aku ni peminat cite tamil @ hindustan.
Sekarang, lagi galak dia pasang lagu hindustan. Dulu, tak pernah pun. Sejak tahu aku suka lagu hindustan, dia pasang juga sampai sekarang.
Aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan dekat aku. Tapi, pernahlah pekerja dekat situ gak, aku rapat dengan Kak C ni, kadang-kadang cara dia macam ada sesuatu nak cakap. Tapi tak cakap-cakap. Ini Kak C yang bagitahu aku.
Dan, aku balik rumah cuba kuatkan hati. Nampak muka dia dekat kantin – Ya Allah, kuatkan aku.
Doa aku dah lain.
“Satukan hati kami dalam perdamaian takdirMu. Bantulah dia supaya dia dilimpahi rezeki, dibebaskan daripada belenggu hutang.
Pimpinlah tangannya supaya dia benar-benar menjaga solatnya, puasanya, lisannya, tidak lagi membinasakan badannya (vape@rokok), dan menjaga pergaulan dan pandangannya.
Bantulah dia supaya dia mampu menjadi khalifah di bumi ini kepada isteri dan anaknya kelak.
Aku mohon, ya Allah temukanlah kami semula dalam keadaan akulah orang paling bahagia bila mana aku lihat dia sudah mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan yang aku terus-menerus doakan. Bantulah dia agar dia jumpa dengan cinta sampai syurga miliknya…”
Hakikatnya, kepergian Daus membuatkan aku menangisi tingkahku selama ini yang gagal menjadi perempuan yang solehah. Pemergian Daus mengajar aku tentang penyerahan sepenuhnya pada Allah.
Dan, sebuah buku yang tertulis nama Daus serta kata-kata semangat baginya serta pengharapanku yang ingin Tuhan gantikan dengan kebahagian dunia akhirat – seisi langit dan bumi…
Dengan ijab kabul yang luhur malah sederhana – hanya hadiah yang tidak mampu aku berikan pada dia kerana hadiah itu ingin aku beri bila dia datang rumah aku nanti untuk jumpa mak dan ayah.
Penat aku cari resepi… Dah terfikir nak buat lauk stail keturunan aku (kemboja)… Guna daun bawang letak minyak dan perasakan. Sedap weh.. aku nak hidang dengan ayam.
Lepas tu, nak masak pajeri terung gak (sebab aku nak jimat duit, taknak beli nanas). Dah siapkan surat nak bagi, beserta hadiah buku tu dan kain pelikat (jangan kecam ya). HAHHAHA
Begitulah. Demi ketenangan kami, aku decide untuk berhenti padahal sepatutnya aku kena teruskan sebab…. lepas jatuh ditimpa tangga pulak.
Disebabkan aku bukan bumiputera, semua universiti yang offer law reject aku bulat-bulat termasuk UIA, my dream universitiy. Dan, aku meneruskan perancangan untuk kerja sebab tak boleh further study thn ni. Aku redha. Ada hikmahnya….
Daus, begitulah. Sama-sama jauh. Dulu, dia sangat pedulikan hal akademik aku. Tanya pasal paper setiap kali habis exam. Alhamdulillah dia happy bila dapat tahu aku dapat pointer 3.75 untuk STPM aku.
Alhamdulillah… dia tak berani langsung untuk bertanya apa-apa dah. Bila mana dia dengar Kak B yang cerita tentang aku yang tak diterima untuk law, dia bagi aku cadangan supaya ambil mak angkat. Boleh jamin aku sebab mak ayah IC merah…
Tapi, dia tak cakap dekat aku pun. Orang lain yang sampaikan…
Kadang aku pelik, Daus tipu aku ke pasal dia ada perempuan lain? Sebab dia – takdepun sengih sorang-sorang ke, keriangan macam dulu ke,
Dulu nampak benar kadang balik rumah sibuk nak bagi mini love, intai aku basuh pinggan ikut tingkap la.. – sekarang tak nampak langsung lagak orang bercinta. Zero.
Aku malas pikir dan aku cuba belajar ikhlaskan dia. Walhal, balik rumah je kadang nak nangis. Bukak henfon – baca semua kata-kata dia dulu.
Tapi, akhirnya aku buang semua mesej dia. Nombor tak boleh lagi sebab aku masih bekerja dengan dia. Nanti nampak sangat tak professional!
Ye, gadis macam aku memang akan meluah melalui tulisan. Panjang berjela surat aku buat. Namun hanya ada nama penerima tapi tak mungkin akan sampai pada dia.
Aku panjatkan kesyukuran bahawa Tuhan melindungi aku dan mengangkat martabatku sebagai wanita asbab pengorbanan rasa cinta aku ni.
Aku siap buat puisi hantar dekat majalah dbp lagi siap ada gambar ramai-ramai kru dkt iftar haritu untuk mengabadikan kenangan. Khas buat Firdaus! HUHU
Okaylah. Sebenarnya, ada penipuan yang berlaku. Dan hakikatnya, dia tipu. Dia tak bercinta dengan mana-mana perempuan pun.
Aku dapat tahu secara kebetulan kot tapi tulah, aku tak mungkin akan melakukan apa-apa. Sebab Umi yang sekarang adalah perempuan yang melibatkan Allah dalam semua urusannya.
“Lepaskanlah cinta itu pergi. Andai ia milikmu, maka ia akan kembali. Jika tidak, ikhlaskan ia agar ketenangan itu kau tawani.”
Maka, aku percaya pada pimpinan Allah padaku. Aku dah pun ikhlaskan dia. Aku cuma berharap agar Allah benar-benar menariknya semula agar kembali kepada Dia. Aku nak sangat dia berubah. Itu saja doaku. Ya, aku masih sayang.
“Cinta itu doa. Maka, apabila kau mendoakan maka cinta itu boleh memberikan kebaikan di hadapan Allah kelak.”
Hari-hari, aku doa dia berubah dan dia makin tenang, makin dekat dengan Allah. Healing dengan Allah.
Ya, aku terfikir. Mungkin dia insecure dengan tahap kewangan dia sebab itu dia taknak aku kecewa bila mana kami tak dapat kawin dalam masa 5 tahun? Mungkin juga trauma dia datang semula – sebab cinta pertamanya yang bakal ustazah itu mungkin?
Sebab perempuan itu juga mulai berubah hati bila sambung belajar dan menemui kekasih lain. Mungkin juga, dia rasa semuanya benar-benar cepat?
Mungkin juga cinta dia terlalu besar sampai taknak aku kecewa andai takdir memisahkan? Mungkin juga dia sebenarnya tidak benar-benar ikhlas dalam mencintai aku?
Namun, semuanya takku perlu jawapannya sekarang. Doakanlah aku, wahai pembaca sekalian, agar aku dipertemukan dengannya dan aku diperdengarkan semua jawapan pada soalanku.
Ya, hubungan ini tergantung kerana tiada jawapan yang terlerai. Aku terubat sedikit bila aku tahu dia sengaja menipu aku tentang memulakan hubungan baru supaya aku berusaha untuk padam perasaan aku. Namun, ada sesuatu yang lebih besar yang dia tanggung sendirian.
Daus, Umi serahkan semuanya pada Allah. Teruskan langkahmu, Daus. Dengan Mengingati Allah, Maka Hati akan tenang. Fazkuruni Azkurkum.
Ketahuilah, Daus… Umi tak pernah salah anggap atau membenci atau marah sekalipun. Umi tahu ada perkara yang tak Daus ceritakan. Umi faham. Orang yang sayang kita akan cuba memahami kita walau tanpa penjelasan.
Andai suatu masa kelak, Daus jumpa confession ni, dan tahu Umi pernah meletakkan Daus dalam hati – ketahuilah Daus, Umi benar-benar ikhlas.
Ya, semua orang akan cakap pada Umi yang Daus ni biasa saja, tiada yang istimewa. Tapi, bagi Umi – Daus memiliki kesabaran yang besar. Daus mengajar Umi erti kesabaran yang besar.
Umi doakan kejayaan Daus. Daus nak bawa mak pergi umrah dulu kan baru kahwin? Semoga hajat Daus tercapai. Semoga kau ditakdirkan menemui sayap kirimu, Daus. Seperti lagu Ya Rabb, Muhajir tu nyanyi… pasti kan kau temui cinta sampai syurga.
Amiin. Doakan aku ya, agar impianku untuk menjadi peguam syariah dimudahkan. Dilimpahkan rezeki dan dikurniakan ketenangan dan keringanan dalam beribadah dan berbakti kepada orang tua aku.
Doaku jua, agar ketenanganku ini bertemu dengan ketenangannya sehingga akhirnya kami mampu berdamai pada namanya ketentuan.
Aku tidak tahu, sama ada Daus ni jodoh betul ke jodoh sementara. Mana tahu, Tuhan jadikan kami versi terbaik lalu berjumpa dalam ikatan yang halal. HAHHAHA Hanya Tuhan Yang Mengetahui Keterbaikan Hambanya.
Amiin Ya Mujib.
– Umi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kisah yang menarik. Semoga yang baik baik sahaja untuk kalian berdua.
adehh buat penat je baca dari part 1-3, kesimpulannya umi ni syok sendiri. tk habis2 puji diri sendiri adoiii. awak tu budak lg belajar jela jgn gatal nak kawin panjang lg perjalanan ko dik