Salam alaykum
Saya merupakan salah seorang pelajar antarabangsa di iium.. Dan saya boleh berbicara bahasa malaysia..
Saya ingin meluahkan masalah yang sering kami lalui..
Pada pagi tadi, sewaktu saya menanti bas di pondok bas, ada dua orang pelajar melayu perempuan melalui hadapan saya dan rakan.. Mereka bercakap tentang saya dan rakan.. Jangan awak ingat semua foreigner tidak paham melayu..
Mereka cakap kami busuk.. Ya, mungkin ada bau pada kawan saya, tapi itu bukan asbab untuk awak mencaci kami..
Yang kedua, kami foreigner sering sukar mendapat kawan bagi groupwork di dalam kelas.. Ada masa kami terpaksa buat sendiri..
Tapi yang saya hayran, kenapa dengan foreigner kulit putih, kamu perempuan semua baik sahaja.. Kenapa susah sama kami kulit hitam?
Inikah sikap pelajar iium?
Kenapa kamu semua benci foreigner kulit hitam?
Terima kasih
– Foreigner