ini ERA kita SAVING

Assalamualaikum w.b.t kepada semua saudara dan saudari yang cantik lagi hensem..

Firstly, syukran kepada Allah kerana memberi saya peluang untuk saya berkongsi satu ilmu kepada anda semua dan terima kasih juga kepada confession kerana memberi saya ruang juga untuk menerbitkan satu perkongsian ilmu.

Ok baiklah..saya sebenarnya dah terbiasa dengan ayat ayat skema macam ni sebab pernah jadi cikgu untuk Bahasa Melayu. Jadi macam tak biasa nak ayat buat ayat-ayat yang ranggi. haha2. maaf ye semua.. Hmm..sebelum tu, saya bukanlah pelajar dari UIA..tapi hanyalah pelajar dari kolej swasta dan sudah berkerja.

Apa yang saya lihat di confession, ramai orang meluahkan masalah2 mereka yang mereka hadapi dalam hidup mereka. Bagus! Tapi..oppss..ada ‘tapi’..haha2 tapi..kita lupakan kejap segala masalah dan segala yang membuatkan anda runsing. Biasalah..tu semua ujian dari Allah..kita hadap sahaja..redha..dan banyakan berdoa.. Berdoa dalam hati pun tak mengapa.

Tujuan saya menulis ni..nak kongsi sedikit tentang tajuk mengenai kemampuan untuk melabur. Biasalah..zaman sekarang kita tengok nak melabur ni ramai yang buat ASB..Public Mutual..Fixed Deposit dan lain-lain lagi.. Bagi saya bagus..tapi keuntungan tu yang kita dapat kadang-kadang sedikit.. Ada juga yang melabur emas..ada juga yang join MLM..pun bagus..tapi berpada-pada.. hihi2 (harap korang faham). Dalam pelaburan yang saya nampak zaman sekarang ni, ada orang..ada duit..tapi tak tahu nak letak mana duit tu..ada orang tak ada duit..tapi nak melabur juga.. Bagus jikalau ada niat nak majukan diri dalam pelaburan..

Dekat sini..point yang saya nak kongsikan adalah melabur dalam membeli permainan atau barangan hobi. Biasalah..kadang2 pemikiran orang berfikir beli permainan ni seorang yang manja..ada orang fikir..beli mainan ni membazir..ada orang fikir..beli mainan ni buat semak je dalam rumah..ada orang fikir..”eh..abang ni asyik beli mainan je..tak nak kumpul duit kahwin ke?” ada orang fikir lagi.. “abang ni beli mainan je..bil-bil dah bayar ke belum..”

Baiklah..pemikiran tu biasa terganggu..saya faham..tapi pernahkah anda fikir disebalik apa yang membuatkan mereka minat untuk membeli mainan? ya..saya adalah seorang yang tegar membeli mainan. Kenapa jadi sampai macam tegar ni? adehh..haha2 sebenarnya saya pun tak pasti kenapa saya boleh terjebak. Tapi..sebelum saya cerita apa kebaikan membeli mainan ni..saya nak beritahu..yang saya bukan tak pernah join nak melabur kat ASB yang bayar bulan2 tu..saya bukan xpernah join beli emas yang tak nampak fizikal emas tu..dan saya bukan tak pernah kaji nak beli aset seperti rumah.

Semua saya dah cuba..sehinggakan pernah ditipu dalam membeli emas yang ada ETA bagai tu. Baiklah kesimpulannya..melabur dalam permainan adalah lebik baik dan mampu untuk semua golongan. Saya tak kata..melabur tempat lain tak bagus..tapi mengikut pengalaman saya, permainan adalah yang terbaik.

Kebaikan apa yang saya pernah dapat?
1) Membeli mainan ni pada mulanya adalah dasar minat pada reka bentuk dan warna..dan satu kepuasan

2) Setiap pelaburan memerlukan ilmu..jadi carilah ilmu tentang apa yang orang suka dan harga pasaran kerana keuntungan dalam melabur untuk mainan adalah 2 kali ganda tinggi dari ASB

3) Permainan juga ada banyak jenis..jadi jangan lah pulak melabur permainan yang sebarangan..melaburlah pada yang beri keuntungan maksima *kaji pasaran luar

3) Yang saya nampak kebanyakannya lelaki yang banyak join dalam dunia pelaburan mainan..sedangkan kepada golongan wanita pun sebenarnya boleh join..dan semua peringkat umur boleh join

4) Buang tanggapan orang yang beli mainan ni macam budak-budak..Come on..kalau korang nak rasai pelaburan baru..inilah peluang yang masih ada masa

5) Permainan ni korang juga senang nak dapat dari pasaraya2 dalam Malaysia..xsusah pun nak buru..atau hunting..contoh brand permainan kereta kecil saiz 1:64 iaitu Hotwheels dan Tomica.. kaji pasaran dan buru.. Terdapat juga permainan lain yang korang boleh buat research

6) Inilah satu2 pelaburan yang korang mampu..yang korang tak mampu beli tu jangan lah paksa diri..rileks..saya cuma nak tambahkan portfolio korang je selain korang simpan duit dalam bank..dekat emas..ASB..

Ok itu sahaja perkongsian saya..harap korang banyakkanlah memberi kritikan di komen dari memuji..haha2 atau pun berkongsi idea dalam dunia pelaburan ni..
Sebelum saya menamatkan penulisan saya, kepada semua golongan wanita dan lelaki..andai pasangan korang ni ada minat dalam hobi..selagi tak melanggar hukum syarak dan tidak melalaikan..maka..berilah mereka peluang..ok. hihi2 itu sahaja..Assalamualaikum.. ^^

– Mr.M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit