Penghilang Masa Lapang

Saya seorang ibu tunggal, anak perempuan saya hampir 10 tahun dan sudah berpisah dengan bekas suami 8 tahun yang lalu. Berusia pertengahan 30an dan bekerja dengan syarikat GLC terkemuka hampir 12 tahun.

Disebabkan status masih tidak berkahwin lagi, ramai rakan sekerja merasakan saya masih trauma atas kegagalan perkahwinan yang lepas.

Sedangkan hidup seorang perempuan yang ketiadaan lelaki di sisi tapi membesarkan anak seorang diri sangatlah menguji tetapi saya terus lalui jua.

Sehinggalah rakan baik sendiri di tempat kerja mengenalkan seseorang. Katanya ada ciri-ciri lelaki yang selama ini yang saya cari.

Lelaki itu bekerja di bawah organisasi yang sama tetapi berlainan jabatan dan lokasi pejabat.

Di awal perkenalan lelaki ini saya namakan Mr F setuju untuk berhubung tetapi oh ya sedikit intro, masih bujang dan berjawatan pengurus di syarikat, berasal dari utara tetapi menetap seorang diri di ibu kota. Dan hampir menginjak ke usia 40an.

Selepas beberapa masa berkenal, Mr F mula mengajak saya keluar berjumpa dan kali pertama kami lunch date, kereta beliau disaman majlis perbandaran.

Ya seperti jalan cerita drama petang pukul 7, berkawan kenal tengok wayang jalan2 dan makan2. Kemudian hubungan semakin rapat dan hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah pada musim raya puasa yang lepas.

Bila Mr F terlepas cakap yang mama dia sendiri harap biarlah kalau nak kahwin nanti status bujang bukan lah pernah berkahwin macam saya.

Kami berselisih faham agak lama masa tuh dan Mr F kerap terus menghubungi saya lagi. Ironi kan alasan dia, saya yang perlu dibantu.

Bantu apa? Bantu bagi harapan palsu? Tolong bantu keluar dari hidup saya pun dah cukup.

Selepas itu, sepatutnya kami lebih sedar dan tidak semakin rapat tetapi lelaki introvert macam beliau tak pernah declare atau clarify apa hubungan yang ada antara kami berdua.

So saya anggap sebagai penghilang masa lapang, since both of us tiada pasangan dan untuk berjumpa dengan lelaki di umur begini yang masih tidak dimiliki sesiapa amat sukar.

Sehinggalah bila anak perempuan saya yang sebelum ini tidak pernah suka akan kawan lelaki ibu nya boleh bergaul dengan baik bersama Mr F.

Dan kami bertiga pernah pergi aktiviti perkelahan oleh pejabat cawangan saya bekerja as a real family, tak nampak macam bawa kawan lelaki. And Mr F sendiri panggil anak saya untuk sama-sama ambil gambar keluarga. Sangat happily ever after kan.

Cuma sejak confessions Dr kereta dan Dr KK tuh saya banyak berfikir perkara berbeza atau jurang yang kami ada, pasal sekufu dan sebagainya.

Dan pernah saya tanyakan pada Mr F, kalau saya tiba tiba hilang macam mana. Jawapan dia, mestilah saya cari awak dan nak tau apa berlaku dengan awak.

So saya sambung lagi, kalau all the communication ended, no phone wasap etc. Dia kata akan cari anak saya sebab pasti tau apa berlaku dengan ibu dia. Saya keliru dengan beliau dan tak pasti kemana akhirnya semua ini.

Adakah jodoh atau ujian saja sebab selepas mengenali hampir setahun ini, hati saya dah mula menerima dan terbiasa dia ada.

Adakah saya perlu menjauhkan diri utk menjaga hati saya supaya tidak terluka lagi atau saya teruskan seolah tidak ada apa berlaku, sedangkan segala tindak tanduk beliau seolah menyukai saya. Atau adakah saya sekadar penghilang masa lapang?

Dan bila dia berjumpa dengan seseorang yang dia inginkan dan mama dia restu, akan lupakan saya yang selalu ada menemani selama ni?

Saya masih seorang perempuan yang mengharapkan cinta dan ingin dihargai oleh seorang lelaki dewasa tetapi saya sedar status saya dengan Mr F yang bujang, bekerjaya dan stabil mungkin dia banyak pilihan yang lebih baik lagi.

Semoga saya boleh lupakan dia dan teruskan kehidupan walaupun saya tahu tak mudah utk beliau pergi tanpa tahu kenapa kami harus buat hal masing-masing.

– Iryss (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *