Ada Apa Dengan Dunia

Aku dah setahun menganggur. Apply kerja sana sini. Kilang pun aku apply.

Biasa panggil interview tapi lepas dari tu senyap je takde update. Ada yang aku call untuk follow up tapi dah ada orang.

Entah lah. Aku rasa macam aku gagal sangat dalam hidup ni.

Aku tahu ramai lagi dekat luar sana yang lagi teruk dari aku. Setakat benda ni apa lah sangat.

Tapi aku pun manusia. Lama-lama aku overwhelmed juga.

Akhir-akhir ni aku banyak fikir nak gantung je diri ni.

Aku muda lagi. Baru 24. I thought masa kecil aku selalu susah, bila besar mudahlah jalannya but no. Sikit pun tak.

Aku sedih sangat. Hati aku hancur sangat. Sakit dia lagi sakit dari putus cinta.

Banyak benda yang aku nak buat untuk mak aku tapi aku tak rasa aku mampu.

Aku hidup lagi ni pun sebab aku ada hutang ptptn yang belum selesai. Aku tak nak bebankan mak aku dengan hutang aku ni kalau aku pergi.

Yang suruh aku solat apa semua, aku solat.

Aku tahu bunuh diri tu haram. Aku tahu nanti dekat akhirat, orang-orang yang bunuh diri ni dia akan buat benda tu berulang-ulang kali macam kaset rosak.

Aku tahu semua tu tapi betapa aku rasa sangat loser dalam dunia ni.

Aku penat dah dengan dunia. Aku penat tengok ragam orang.

Aku penat dengan semua benda. Aku dah tak rasa ada manis dah.

– Entah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dulu saya pun macam awak, banyak tukar tempat kerja. Boss tak serasi dengan saya, tapi sejak saya amalkan selawat tafrijiyah everyday, dan saya pun usaha tawakkal Alhamdulilah, saya dapat juga kerja. Sekarang bertahan 4 tahun kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *