Salam semua. Nama saya Dolly. Tujuan saya menulis di sini untuk luahkan beban yang saya tanggung selama ni.
Saya merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Semua perempuan. Kakak saya dah berkahwin, dan mempunyai 3 org anak-anak yang comel. Saya pula dah berkahwin dan alhamdulillah mempunyai seorang anak dan adik saya, Jolly pada masa tu belum pun berkahwin.
Masa terus berlalu, dan Jolly belum bertemu jodoh. Bercinta sekejap, putus, dan situasi ini berulang- ulang. Umur Jolly dah semakin meningkat, tetapi jodoh Jolly belum tiba.
Ibu dan bapa saya tidak putus berdoa semoga Allah ketemukan jodoh untuk Jolly sebab kasihankan Jolly yang betul- betul ingin berumah tangga. Jolly selalu bad mood, agak murung dan tertekan, mudah naik angin, dan mudah sensitif.
Sebenarnya kami telah banyak cuba memperkenalkan Jolly dengan lelaki yang bagi kami agak baik,
Tapi apa yang terjadi samada Jolly cuma nampak keburukan lelaki tersebut dan terus tak nak teruskan ataupun Jolly suka sangat, tetapi lelaki tersebut tak ada kesungguhan untuk meneruskan ke fasa seterusnya.
Tiba- tiba pada suatu hari, ibu mengkhabarkan kepada saya dan kakak, yang Jolly akan berkahwin dalam masa terdekat. Saya dan kakak sangat gembira, dan seperti biasa, kami mula bertanya latar belakang lelaki yang berjaya menambat hati Jolly.
Sungguh terkejutnya kami apabila ibu mengkhabarkan lelaki ni berkenalan dengan Jolly dari laman mencari jodoh luar negara, dan dia berasal dari Bangladesh.
“Bangladesh?? Seriously, but why? ” kami mula bertanya soalan bertalu- talu, seperti kerja apa, betul ke single, ke dah ada anak isteri di sana.. datang sebab cinta kan si adik atau sebab nak kerja di Malaysia dan sebagainya.
Soalan- soalan ini basic bagi kami, kakak- kakak yang prihatin dan sayangkan adik.
Dalam hati saya, kenapa laki Bangladesh ini dipilih, apa beza dengan lelaki tempatan yang kami cuba perkenalkan tapi ditolak mentah oleh adik saya. Apa kelebihan lelaki ini?
Bukan lah kami ni racist atau kisah dari mana asal nya dia, tapi kami cuma risau keikhlasan dan kejujuran dia untuk berkahwin dengan adik saya, risau adik dipergunakan.
Sebulan kemudian, ibu memaklumkan tarikh nikah sudahpun dibuat. Kami sangat terkejut kerana keputusan ni dibuat agak tergesa-gesa. Saya bertanya, ibu dan bapa dah buat background check?
Ibu cakap, adik dah suka, tak apalah, kita support saja. Saya risau, perkahwinan bukan untuk 2-3 bulan, tapi commitment sepanjang hidup. Dah pikir ke, mana nak tinggal, laki tu kerja kat mana nanti bila dah datang ke Malaysia, dan sebagainya.
Sebagai seorang kakak yang realistic dan bukan hidup dalam khayalan, saya kena pastikan ibu bapa dan Jolly sedar risiko dan consequences keputusan mereka. Sebenarnya, tiada background check dibuat. Semua adalah berdasarkan apa yang Jolly sampaikan sahaja.
Jolly mula menjadi defensive sehinggakan tidak bercakap dengan saya, begitu juga ibu bapa saya yang merasakan saya ‘menentang’ perkahwinan ini, sedangkan saya concern dan worried.
Setelah diberi cold treatment dari Jolly dan ibu bapa saya, saya malas nak masuk campur. Bagi saya ni keputusan mereka, Jolly pun dah 35 tahun, pandai lah dia uruskan semua.
Saya dan kakak cuma sama- sama meraikan adik saya dan adik ipar baru saya walaupun kami sedar banyak red flags.
Setelah Jolly berkahwin, Jolly berubah 360 deg. Jolly semakin jauh dari keluarga, dan duit dia 100% dipegang oleh suami nya (konon menjadi isteri yang penuh taat dengan suami).
Suami Jolly banyak berbelanja untuk dirinya, beli kasut, perfume, branded clothes semua menggunakan duit Jolly sebab dia tidak berkerja.
Jolly, berkerja siang malam untuk memenuhi kehendak suaminya, supaya terus disayang suami tercinta, walaupun Jolly tiada duit untuk diri sendiri.
Suami nya pula start pergi spa, facial untuk menghandsomekan diri, dan hari- hari pergi gym, bersocial, dan Jolly di pejabat kerja lebih masa setiap hari.
Pada suatu hari, terjadi perbalahan antara saya dan suami Jolly, kerana saya ternampak suami Jolly melakukan sesuatu yang mencurigakan. Saya cuma bertanya, tapi dia meninggikan suara, dan automatic provoke saya untuk tinggikan suara juga.
Tapi lelaki ni start buat fitnah macam- macam, tuduh saya tanpa asas seperti sengaja nak menaikkan kemarahan saya.
Hormat? Memang si Bangladesh ni tak pernah hormatkan saya sikit pun. Ibu dan ayah berada di tempat kejadian.
Ibu saya cuma mendiamkan diri bila si lelaki ini menghemburkan tuduhan-tuduhan palsu kepada saya, ayah saya pula yang sepatutnya mententeramkan keadaan, bangun dari tempat duduknya dan sama-sama menyokong menantu baru, menyalahkan saya.
Perbalahan asal berlaku kerana saya hendakkan penjelasan atas perbuatan di adik ipar yang mencurigakan.
Tetapi si adik ipar putar belit cerita, mengelak menjawab pertanyaan saya dan tiba-tiba menuduh saya cemburukan si adik, saya ni tidak ikhlas menerima dia, saya ni racist, dan sebagainya. Si ayah saya pulak sama-sama tinggikan suara, menyokong tuduhan menantu barunya.
Setelah saya diserang dua-dua belah pihak, si menantu baru ni tetiba nak pukul saya sambil halau saya keluar dari rumah nya, depan ibu dan bapa saya.
Alangkah sedihnya hati ini melihat bagaimana ibu dan ayah yang saya sayang selama ni, yang saya support selama ni, membiarkan menantu baru ni hampir memukul saya dan menghalau saya keluar dari rumah Jolly.
Saya balik dengan penuh kekecewaan, tertekan dan menangis sepanjang memandu balik ke rumah.
Dalam perjalanan, ibu menghubungi saya. Dalam hati saya ibu mesti kesal kenapa menantu baru halau saya, mesti ibu sedih. Tetapi sangkaan saya meleset..
Kata-kata ibu adalah, “Kenapa kamu biadap sangat dengan adik ipar? Kenapa kamu buat dia sedih?” Mendengar kata-kata ibu membuatkan saya bertambah sedih dan kecewa.
Saya jawab, “Dia beri tuduhan tak berasas, saya ni orang tua, dia patut hormat saya. Saya tanya soalan, dia tak menjawab, tiba-tiba saya dituduh dengkikan adik, racist, tak ikhlas..ibu tau semua tu tak betul kan?”
Ibu jawab, saya tak ada hak soal apa pun dia buat, dia suami adik kamu, kamu patut hormat dia!
Dari situ saya dah nampak, ketidak adilan ibu dan ayah. Suami adik saya kena hormat, tapi dia tinggikan suara, hendak memukul saya, menghalau keluar dari rumah semua tu tak salah.
Bukanlah niat hendak mengungkit, tapi selama ni yang menjaga ibu dan ayah adalah saya, yang menggembirakan, membawa mereka bercuti, beli barang-barang dapur, meraikan ulang tahun mereka, semua nya saya.
Mereka sedar suami Jolly mempergunakan Jolly untuk kesenangan dia, mereka sedar betapa Jolly terpaksa kerja lebih masa untuk bahagiakan si lelaki ini, mereka sedar laki ni datang tanpa duit sesen pun sehinggakan majlis kahwin, honeymoon semua saya yang tanggung.
Mereka sedar duit deposit rumah sewa Jolly yang hendak tinggal di condominium mewah untuk memenuhi selera si suami adalah duit saya..
Tapi, apabila lelaki ini kurang ajar dengan saya, mereka tidak nasihat lelaki ini, malah menyebelahi dia dengan alasan, saya tinggikan suara juga, saya patut senyap dan just minta maaf.
Sejak peristiwa itu, saya dah tak bercakap dengan ibu dan ayah, apatah lagi si Jolly.. Sebenarnya saya mengharap ibu dan ayah saya menelefon saya, tetapi mereka terus membuang saya, anak kandung mereka semata-mata untuk menyebelahi si suami Jolly.
Sangat pelik rasanya apabila ibu dan ayah tiada perasaan rindukan saya, padahal sebelum ni kami sangat rapat.. kalau salah saya pun sebab tinggikan suara bila si suami Jolly menjerit, meninggikan suara beri tuduhan palsu, tidak sepatutnya ibu dan ayah membuang saya terus.
Setahun sudah berlalu. Untuk saya menelefon ibu saya, saya belum cukup kuat lagi. Emosi saya masih lemah. Saya sangat sedih dan nampak jelas pilih kasih ibu dan ayah saya terhadap saya dan Jolly.
Kakak saya pula main perasan neutral, dan pandai bermuka- muka so dia ni terkecuali dalam konflik ini.
Suami saya pernah cuba selesaikan isu ini dengan ibu bapa saya, sebab bagi kami, Jolly dan suami nya tak penting.. yang penting hubungan dengan ibu dan bapa saya.
Tetapi hampa, sepanjang perbualan, ibu dan bapa saya asyik mengungkit isu saya tinggikan suara sampaikan si menantu baru mereka sangat sedih.
Punca sebenar konflik ini tidak disebut langsung, tetapi cuma saya tinggi kan suara itu disebut-sebut seolah olah itulah dosa paling tak dapat diampunkan..
Saya ada bertanya seorang ustaz, adakah saya dianggap anak derhaka. Ustaz cakap, tidak, kerana saya marahkan si adik ipar.. sikit pun tidak tinggikan suara ke ibu dan ayah. Tapi mereka pula menyisihkan saya sebab menantu mereka sedih, itu bukan salah saya.
Adalah juga orang cakap, entah2 ibu dan ayah saya termasuk Jolly telah diberi ubat sihir oleh si suami, sebab sangat pelik, benda tak serious tapi ibu bapa saya boleh membuang saya, seolah olah saya buat kesalahan yang sungguh besar.
Tambahan, sebelum datangnya si suami Jolly, kami sangat bahagia, tetapi lepas sebulan mereka kahwin, terus jadi macam ni.
Saya ada mendengar, kereta mewah ayah saya telah diserahkan kepada suami si Jolly.. Seronok si adik ipar bawa kawan-kawan Bangladesh nya meronda bandar dengan kereta pak mentua dia.
Saya juga dengar, sebab Jolly kerja siang dan malam, ayah dan ibu saya gigih ke rumah menantu untuk menghantar makan untuk menantu, takut dia lapar.. Dari sarapan sampailah ke makan malam.
Nak kata pelik, agak pelik lah juga. Tak tau apa yang mereka sayangkan sangat menantu ni sampai anak sendiri sanggup dipinggirkan.
Mungkin juga sebab menantu ni satu-satunya lelaki yang hendak berkahwin dengan Jolly, maka mereka rasakan ini adalah suami kiriman tuhan setelah bertahun-tahun siang dan malam mereka berdoa untuk Jolly bertemu jodoh. Tak tau lah.
Mengenai saya dan ibu dan ayah, saya pun tak tau solusi terbaik untuk kami. Memang saya boleh menelefon bertanya kabar, tapi dalam hati saya, apa saya buat sampaikan saya dibuang?
Kalau saya ni tiada makna bagi mereka, dan mereka gembira tanpa saya, tak apalah, ini mungkin yang terbaik. Kalau berbaik pun, nanti si menantu ni menuduh bukan-bukan, episod duka lara ni confirm berlaku lagi.
Apa perlu saya buat?
– Dolly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum Dolly.
Sekarang yang penting u rawat hati dan sayangi diri u terlebih dulu. U ada husband, kan. Luangkan lebih masa dgn husband dan anak-anak.
Cuma jangan putus doa utk parents u. Tak perlu u fikir tentang Jolly frog sbb dia dah ada suami si bangla frog juga.
Buat apa u overthinking. Dan u sakit sendiri. Buang masa.
Dah, gi bertenang, kejar bahagia u.