House Chore for Working Wife/Mom

Assalamualaikum dan hai readers sekalian, 

Nama aku Sofea (bukan nama sebenar), kebelakangan nie ada beberapa confession dari working wife/mom berkenaan stress nak handle hal-hal pengurusan rumah terutamanya lepas balik kerja. 

Berbalik pada diri aku, aku working wife/mom, anak lelaki seorang (3 tahun).

Aku bekerja dari isnin-jumaat 9am-6pm, sabtu half day.

Anak aku pula aku hantar ke playschool dari rumah perjalanan dalam 15 min, hantar sebelum 8.30am dan ambil semula dalam pukul 6.20~6.30pm.

Kebiasaannya 6.40~6.50pm baru aku dan anak sampai di rumah. Suami aku selalu OT sampai rumah dalam 8.30~9pm. 

Cara pengurusan tugas rumah nie aku baru praktiskan dalam 3~5 bulan. Nampak berkesan pada diri aku tak tahu pada orang lain. 

1) Sampai rumah dah buka pintu semua aku angkat baju dekat ampaian + kumpul baju kotor + basuh baju + masak nasi + mandi + mandikan anak + sembahyang maghrib + lipat dan simpan pakaian + vacuum rumah.

2) Sementara buat tugasan nombor 1, baju dalam mesin basuh dah siap nasi pun dah masak. Continue sidai baju + sembahyang isyak + kemas beg sekolah anak + makan + bersihkan dapur.

3) Rehat dan lain2 aktiviti.

Biasanya suami aku akan sampai rumah lepas aku dah siap semua tugasan di atas, tak kisah penat sebab aku lagi prefer suami balik kerja dalam keadaan rumah dah kemas, bersih tinggal nak makan.

Kalau ada tugas lain pun tinggal sikit2 macam buang sampah, tukar pampers baju anak untuk tidur. 

Mana part memasak?

1) Listkan menu untuk memasak untuk dua minggu terus, dari menu dah boleh list barang dapur.

2) Hari Sabtu lepas kerja pergi beli barang dapur, balik kemas-kemas terus masak.

3) Bab potong ayam memang pass ke suami, preparation lain aku buat dah siap prep suami aku pulak memasak.

4) Walaupun list menu untuk 2 minggu tapi kita masak untuk seminggu dulu. 

Ahad-Khamis masak lauk, Jumaat masak yang simple-simple contoh nasi goreng cina, kuey tiow goreng. 

Sabtu sama ada tapau atau makan luar. 

Ahad rehat. 

Tapi ada masa aku adjust schedule nie ikut keadaan semasa. 

To the working wife/mom out there, do what you can do. Don’t push yourself. You don’t live to please others. 

Buat mana yang mampu. Tak semestinya kena masak mengemas setiap hari.

Please n please ask help from your husband. Both of you working then why this house chore part need to face it alone. 

Semoga cara aku boleh beri manfaat pada korang. 

Peace & Love,

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *