Sihir Pengasih

Assalamualaikum. Saya kat sini nak cerita pasal sihir pengasih.

Saya dulu selalu dengar orang cerita pastu tengok citer kat tv je. So saya anggap macam tak real sangat. Tapi tak sangka kena batang hidung saya.

Mula-mula ada sorang makcik ni rekeman jodoh kat saya. Entahlah saya pun masa tu silap juga ikut cakap makcik ni sebab saya memang kenal makcik tu. So kitaorang jumpalah kat restoran.

So lepas saya empat mata dengan laki tu, saya rasa tak boleh get along lah. So saya decided saya memang tak boleh nak kahwin dengan dia.

Tapi makcik tu dah bagi no telefon saya kat dia. Hari hari memang dia kacau saya.

Saya balas pun acuh tak acuh je dan saya pun terus terang cakap saya tak boleh nak bercinta dengan dia.

Tapi dia tak paham bahasa. Ada juga dia ajak saya keluar tapi kami tak pernah keluar pun.

Salah satu sebab saya tolak, dia ni tak educated dan saya rasa kami tidak sekufu. Saya pernah tukar no telefon tapi dia datang kat tempat kerja saya pula. Stress betul.

Tiba satu malam ni dia datang rumah saya hantar buah rambutan. Masa tu saya penat sangat, so saya tak cakap banyak saya ambik je buah tu. And then saya masuk bilik terus baring.

Masa tu saya perasan tiba-tiba ada bau wangi. Saya cari juga punca bau tu. Pastu tak lama adik saya tanya kenapa buah rambutan ni bau bedak.

Pastu baru saya perasan tangan saya penuh minyak macam minyak atar. Rupanya kat pemegang plastic buah tu penuh dengan minyak wangi.

Risau gak saya napa pula macam ni. Saya cepat-cepat basuh tangan. Saya pun pikir tkde apa2 lah ni kot.

Masa tu saya baru balik kerja dan nampak mamat tu ada tunggu kat luar. Saya benci betul tengok. Saya pergi kat dia dan saya cakap jelaskan yang sebenar saya takde hati dengan dia.

Petang tu macam pukul 5 lebih tu saya dah rasa abnormal. Dada saya rasa sempit susah nak nafas. Macam orang sakit asma pulak. Dada sempit ni berterusan sampai malam.

Tepat pukul 12 malam something horror berlaku. Rumah saya masa tu dah tutup lampu dah. Saya rasa resah gelisah dah dan tertido.

Bila saya tido mamat tu datang r*gol saya. Saya macam kaku tak boleh bergerak.

Saya terjaga ingat mimpi la. Tapi lepas tu bukan asal saya tido, tapi asal saya pejam mata dia datang muka sebijik mamat tu dan dia r*gol saya.

Saya melawan juga tapi saya macam dah takde kudrat. Lepas tu saya takut dah nak pejam mata. Mata ngantuk tapi saya takut nak tido.

Saya pindah tempat tido kat ruang tamu ngan adik lelaki saya tapi jauh lah jarak kami. Pun sama asal pejam mata mamat tu datang juga.

Saya menangis sampai lah adik saya sedar. Entahlah masa tu saya dah meracau dan tiba-tiba saya cakap saya nak kahwin dengan mamat tu.

Malam tu saya dah nak buka pintu nak pergi rumah dia. Nasib adik saya halang.

Saya melawan juga mulut saya cakap saya nak kahwin, tapi lepastu saya cakap balik saya tak nak kahwin dengan awak, then macam ada yang buat saya cakap nak, nak, nak.

So lepastu saya tahu dah ada something kat badan saya ni yang force saya ni. Saya dah tergila-gila kat mamat tu. Saya nak kahwin dengan dia.

Macam orang gila dah saya masa tu. Dengan penat mengantuk. Adik lelaki saya call abang saya tengah malam tu.

Masa tu saya dah kat depan pintu dan nak keluar sangat dah. Then abang saya sampai.

Tapi serius wei masa abang saya sampai tu muka abang saya tukar jadi muka mamat tu. Saya ingat mamat tu yang sampai tapi bukan sebenarnya tu abang saya.

Lepas tu abang saya bawa saya jumpa sorang pakcik ni. Pakcik ni ubat lah saya. Pakcik tu bawa air pastu dia ada baca ayat Al-Quran dia suruh saya minum, saya tak mahu.

Saya tenung je muka pakcik tu. Lepas tu pakcik tu paksa saya minum, masa tu saya cekik pakcik tu. Pastu saya pun tak ingat apa pakcik buat kat saya sedar-sedar dah terbaring dah.

Bila dah sedar pakcik tu suruh saya sebut nama saya, mengucap dan baca ayat Kursi. Pakcik tu cakap saya ni kena bomoh orang asli.

Bila dah balik rumah ingat dah ok. Pun sama asal saya pejam mata dia datang sampailah waktu siang dah.

Saya penat giler mata mengantuk tapi saya takut nak tido nanti mamat tu datang nak r*gol.

Adik saya taburlah garam kasar di sekitar rumah saya, only then baru takde gangguan dah. Baru boleh tido selepas seharian tak tidur.

Ini lah pengalaman saya kena sihir. Tapi pakcik yang merawat saya tu cakap tak payah lah nak balas apa-apa dekat penyihir tu. Biarlah Allah yang balas.

Lepas dari tu mamat tu tak pernah kacau saya. Kalau jumpa saya pun dia macam dah segan-segan dah dia yang mengelak dari saya.

Lama dah pun kisah ni tahun 2014 dulu. Sekarang saya pun dah berkahwin dengan pilihan hati saya tak yah guna bomoh. Saya jeling-jeling, intai-intai je. Hihi. Alhamdulillah terus ke jinjang pelamin..

– Rosalinda aymor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *