Kapel

Tajuk cliche.
Bosan kan cerita hantu je. Jadi aku nak meluah perasaan sikit. Boleh tak.
Aku ni ada pasangan. Kiteorang dah plan nak kawin apa semua. Masing2 berusaha belajar dan cari duit untuk kawin.

Okay. Aku takde masalah dengan pasangan pun. Cuma masalah aku sekarang, aku sakit hati bila baca tulisan2 kat FB yang perli pasangan kapel ni. Contoh : bercinta lama2, nanti kawin dengan orang lain. Atau bercinta lama2 nanti lepas kawin bosan lepas tu cerai. Or orang lain kenal 2 3 bulan terus kawin, ni yang bercinta lama2 bila nak kawin.

Bukan apa, aku dan pasangan ni kalau boleh memang nak kawin awal. Nak sangat. Tapi banyak benda lain nak kene dahulukan dulu. Jadi bila ayat2 macam tu ada yang ditulis oleh kawan2 aku sendiri, aku jadi terasa. Memang mungkin tak tuju kat aku pun. Haha.

Aku nak cakap sikit, kalau korang ada kenal mana-mana pasangan yang dah lama bercinta tapi masih belum berkawin, apa kata korang tukar perlian korang tu kepada doa. Doakan mereka yang bercinta ni dapat kawin awal and lepas kawin tak bercerai berai. Jangan la buruk sangka sangat yang mereka cuma nak berseronok dan jangan la dengki sangat sampai nak kata kawin nanti belum tentu bahagia.

Insyaallah dunia akan menjadi lebih indah sekiranya dipenuhi dengan kata-kata yang baik. Maafkan jika ada yang merasakan aku poyo tulis macam ni.

– Cherry

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *