Depression Mendekati Exam SPM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, hai saya sebagai pelajar SPM yang akan menduduki exam terbesar dalam pendidikan Malaysia.

Sebelum itu, saya berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi mendengar luahan remaja ini walaupun perkara ini hanya perkara remeh sahaja.

Bermulanya saya di diagnosis MDD dekat hospital, adalah daripada kisah kecil saya (childhood trauma).

Dulu, masa saya kecil saya selalu kena marah oleh ibu bapa saya sebab saya ni nakal orangnya.

Ketika saya tadika, saya jarang dihantar ke sekolah walaupun jarak rumah ke tadika adalah sedikit jauh. Saya sentiasa ke sekolah tadika dengan jiran saya, kerana ibu saya terlalu banyak anak sampaikan saya jarang dihantar.

Setelah itu, waktu hujan ibu bapa saya pun tidak mengambil saya dari tadika kerana mungkin mereka sibuk sangat. Saya sering dimarahi, dibandingkan dan saya sering menangis diam diam sewaktu ibu marah saya sangat sangat.

Sewaktu saya sekolah rendah pun ibu bapa saya jarang ambil atau hantar saya ke sekolah kerana mereka tahu saya sering pergi ke sekolah bersama rakan rakan saya.

Saya nak jugak dapat perhatian ibu bapa saya, kalau ibu saya oke sikit walaupun sering dimarahi tetapi ayah saya tidak pernah mengambil kisah pasal kami.

Ayah saya hanya bawa kami jalan jalan pun langsung tidak pernah. Mereka mengatakan bahawa “tidak cukup duit”.

Tapi, kenapa ibu bapa yang tak mampu pun berusaha bawa anaknya makan di restoran. Saya dari kecil tidak pernah dibawa makan walaupun KFC. Saya tidak pernah disambutkan hari jadi.

Saya rasa kecewa dan tertanya tanya adakah ibu bapa terlalu segan untuk menyayangi anaknya ataupun mereka tidak mengambil kisah pun pasal anaknya.

Ketika saya menjadi pelajar sekolah menengah bawah, saya seorang yang pendiam. Dulu saya seorang yang ceria, happy, bising tak bertempat tetapi sewaktu darjah 4 saya sering dibuli oleh lelaki.

Dari situlah saya menjadi seorang pendiam tetapi hati saya lebih memendam ketika saya dipulaukan oleh kawan rakan sekelas saya sewaktu darjah 6.

Tingkatan 2 saya seorang pendiam dan peramah (ni pun orang kata jelah). Dulu, saya sering menyiapkan kerja sekolah, hormat guru, selalu bantu guru guru yang lain.

Sewaktu itu adalah PKP dan kami sentiasa hadir dalam online. Saya selalu tekanan bahawa saya tiada handphone, laptop pun nak hampir rosak jer. Bukan tak bersyukur tetapi saya selalu lewat kelas akibat masalah laptop saya.

Tapi saya menjadi sangat tertekan kerana saya sering kelas sambil menyiapkan kerja kerja yang berada di rumah. Bertambah lagi kerja rumah yang banyak walaupun kelas online. Saya sering disuruh oleh ibu saya kerana kakak saya sibuk belajar.

Semasa saya tingkatan 3 bermulalah simptom depression saya mula muncul, sewaktu itu saya bertahan belajar walaupun kami tidak mengambil PT3 tetapi tekanan nak belajar pun susah nak hadap.

Saya sering menangis menanggung keperitan dalam bilik. Bilik adalah tempat dimana saya sorokkan perasaan saya kepada orang lain.

Kawan kawan saya layan saya tetapi seperti nak tak nak jer. Saya selalu dipaksakan oleh guru untuk menyenangkan kerja dia sebagai guru. Saya ni hanya diguna gunakan jer oleh cikgu makan gaji tu.

Sewaktu saya tingkatan 4, saya dah rasa depression saya dah teruk tapi tak teruk manapun macam ala kadar jer. Saya masih pendiam dan ramai nak kawan jer dengan saya tapi saya pemalu orangnya.

Saya pernah bertegur 3 orang pelajar baharu di kelas yang lain kerana saya mahu mereka menjadi kawan baik saya.

Mereka pun senang dan happy sama saya. Saya juga selalu rapat dengan rakan saya ini kerana dia supporting dan selalu happykan saya.

Masuk bulan 5 macam tu, kami jadi terasing kerana mereka dah bertegur dengan seorang rakan saya namanya Syafika.

Dia dah ambil rakan saya dan mereka jadikan saya sebagai umpan agar mereka rapat dengannya. Syafika selalu benci saya tanpa sebab. Saya ingat dia baik malah dia adalah manipulative terbesar yang aku pernah jumpa.

Dia mengambil rakan saya dan rakan saya mula tidak menyukai saya. Bukan itu sahaja, malah saya tidak disukai oleh rakan sekelas saya. Mereka selalu mengejek saya tanpa sebab.

Dah setahun saya fikir benda yang common sense ni selama setahun. Hati saya ni dah macam nak meletup dah dari dulu sering dipinggirkan.

Saya rasa tiada orang layan saya dengan bagus, semua orang marah saya tanpa sebab dan saya jadi tempias lepaskan kemarahan orang. Saya dah dibenci satu kelas saya.

Sewaktu saya dah nak mula mengambil SPM pada bulan 5, saya dah tak tahan nak hadap benda yang buat saya sering sakit.

Dah bertahun tahun saya pakai topeng tapi dibilik saya lemah, saya pendam, saya tiada tempat luahan. Saya makin dibenci oleh rakan saya.

Syafika membenci saya kerana dia cemburu terhadap saya akibat crush yang dia suka tu fikir saya pick me dengan crushnya. Ihh! Budak budak punya fikiran sedangkan saya cuma berkata dengannya bila ada perlu.

Rupanya crush dia tu mula mula dah sukakan dekat saya dan Syafika syak yang saya mengambil perhatian crushnya sampaikan dia manipulatifkan, burukkan nama saya dengan semua orang kelas saya.

Adakah sebab itu saya tiada kawan di sekolah? Normal lah perempuan nak bertanya sikit, ini dah macam boy dia larang perempuan cakap dengan dia.

Dia jeles lah tu muka hauk macam dia jeles dengan kecantikan kita huhuhu. Dasar backstabber!!!

Tapi mental saya diuji kerana saya ada cubaan bunuh diri selepas ujian 1 kerana saya boleh mendengar suara yang ingin membunuh saya.

Saya di bawa ke wad kecemasan kerana berjuang sendiri ingin membuat dast test tanpa ibu dan bapa kerana mereka langsung tidak mengambil hati anak mereka.

Saya lebih stress kerana keputusan F4 saya tidak memuaskan dan gred saya semakin hari semakin rendah kerana mental saya dah celaru sangat

Ibu saya terkejut saya ada penyakit kemurungan dan mereka tidak percaya saya hadap benda ni. Benda ni dah jadi satu penyakit buat saya kerana saya terlalu banyak memendam sedangkan saya takut untuk berbicara kerana semua orang ada masalah sendiri.

Saya sering pengsan kerana dada saya sangat sakit dan penat diperlakukan seperti bukan manusia lebih lebih lagi kawan saya suka mengejek saya depan muka saya sendiri.

Saya dah buat treatment selama 4 bulan dan saya hadapi fasa fasa trial Benda yang saya dengar adalah jauh lebih kuat sebelumnya kerana saya terdesak untuk gantung diri saya sedangkan tali ada kat tangan saya.

Guru saya selalu mengambil berat tentang apa saya hadapi dan sering bertanya khabar adakah saya ok ke tidak.

Guru itu seperti layanan seorang ibu. saya terharu kerana saya jarang diperlakukan oleh ibu saya sendiri. Sebabkan tali yang saya hadap tu saya dimasukkan ke dalam wad psikiatri.

Saya dimasukkan dalam 4 hari dan saya selalu toreh tangan dan benda ni masih lagi saya pendam.

Korang, terima kasih mendengar luahan remaja yang malang ini. Saya minta maaf sekiranya saya terlalu sangat sensitif tetapi hati saya memang camtu.

Terima kasih sangat sangat jika saya boleh hadap SPM tahun ini doakan saya boleh hadap dan result yang elok

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Deknon. Puncanya satu jah. Kau ASYIK FIKIR DAN LAYAN DIRI SENDIRI SEBAGAI MANGSA.

    Ramai orang luar sana mak pak tak layan hidup ala kadar miskin tegar tapi berjaya diknon.

    Baru di expose dengan mental health dah rasa diri sendiri terpaling depression.

    Kau tuh muda lagi deknon. Patutnya fikir nak jawab apa ka benda SPM nanti. Ini fikir si Syafika jeles kau cantik tegur crush dia. Apooooo? Kau hengat cantik boleh selesaikan depression kau?

    Ramai perempuan cantik jelita umur 30 40 am hidup aman damai tenang success Hot stuff career ladies luar sana deknon tapi tak DELULU delusional diri terpaling cantik bodohkan diri fikir kawan jeles semata mata.

    Hidup kena ada wamwamsan! Bukan BERANGAN. Wawasan pahe dok!???????

    Kau nak menua sebagai perempuan hodoh sendu tak laku tak bahagia atau nak tua sebagai perempuan hot maintain muka gorgeous sentiasa nampak muda remaja, kaya, senang berduit, bekerja? Pilihan di tangan kau deknon.

    Kalau bodoh, muka cantik jelita pon akan pudar tanpa duit untuk beli skincare dan ke spa. Nak beli beauty gajet pon tak mampu.
    Tak sempat nak mengorat jantan kaya tahu tahu muka kau menua dulu sebelum usia. Belum 30an dah nampak macam 38 tahun macam mana tu deknon?

    Kawan kawan 25 tahun semua dah selamat kahwin dah selamat kerja kau muka tua sebelum usia akibat fikir depression macam kau hidup kena tanggung mak pak padahal kau masih di bawah tanggungjawab mak pak.

    Ada MULUT TEGUR CRUSH SYAFIKA TAPI TAKDAK MULUT MINTA BANTUAN GURU ATAU CARI RAKAN SAHABAT BARU YANG BAIK UNTUK TUMPANG GUNA LAPTOP????????

    LAPTOP BAWAH RM200 PON ADA DEKNON. TULIS CONFESSION DALAM IIUM BERJELA JELA MAMPHUUUU.

    Takkan beli laptop atau minta bantuan zakat ka, bantuan PIBG ka untuk dapatkan laptop tak pandai??????

    Hidup kena pandai jaga diri deknon. JANGAN BERANGAN MUKA LAWA NAK KELUARGA DAN SEMUA ORANG LAYAN KAU PRINCESS SYNDROME SANGAT.

    Perempuan yang orang layan bagai princess tuh perempuan level ada education, cantik, bijak serba serbi rajin.

    BEAUTY PRIVILEGE MUST BE EARN NOT ANYBODY CAN SIMPLY DESERVE IT!

    Ingat dunia nih keras tak adil. Bukan dunia khayalan dalam filem tv semua nun!

    Masyarakat layan baik orang yang baik kepada dirinya sendiri.

    Mungkin sebab itulah kau disokong oleh kawan kawan Syafika untuk dibenci bersama. Sebab kau annoying deknon. Tegur jantan pandai, minta pertolongan untuk belajar bengap.

    Annoying pick me girl with princess syndrome! Ada hati nak dapat pretty beauty privileges? LAMBARTTTTTTTTTTTTT lagi.

    • Hahaha komen yang membina sangat. Nampak macam kasar tapi itula kenyataan. Dik kalau kau makin depression bila baca komen ni mmg masalah tu dtg dari ko. Renung2 kan :D

  2. Agak keras kakak deknon Tu, tapi mmg ada benarnya. Jgn lembek sangat dek, panjang lg jalan hidup mu. Nnti akan ada ujian lg getir dari yg adek lalui ni. Cari ilmu Dulu, bila adek dah berjaya c syafika tu akan lebih sakit hati. Ini je jalan yg paling bermanfaat untuk dirimu. Ini cabaran zaman remaja, mereka mempunyai cabaran mereka memasing. Kadang diluar diorang nampak seperti bahagia, tapi dlm hati siapa tahu. Sabar, fokus pada pelajaran, jgn cari alasan yg tak penting untuk depression awak Tu. Akhirnya awak yg akan jadi loser. Masa untuk cari ilmu terlalu singkat, gunakan sebaik mungkin. Dekatkan dirimu dng tuhan, kerana tuhan tidak akan tinggalkan kamu macam manusia tinggalkan kamu. Zaman remaja makcik pon macam adek juga, tapi alhamdulillah bila sabar dan fokus sesiapa pon boleh jadi gemilang
    Makcik doakan adek tabah Dan dilindungi tuhan dari fikiran negative. Ingat, kita ni takder makna apa2 selagi kita sendiri tak memberi makna pada diri kita sendiri. Selain nya serah pada tuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *