Kaunseling Itu Bukan Untuk Beri Nasihat

Assalammualaikum pembaca sekalian, terima kasih admin sebab approve luahan ini.

Bukanlah luahan sangat sebenarnya tapi lebih kepada nak share pengalaman ke kaunseling syariah memandangkan ramai yang kat sini mengadu masalah rumahtangga la, masalah keluarga lah dsb.

Pertama sekali, bila berdepan dengan masalah, check diri sendiri dahulu.

1. Apa yang aku boleh buat?

2. Apa yang bukan dalam kawalan aku?

3. Apa outcome yang aku nak daripada ni?

Saya share pengalaman saya ke kaunseling untuk cuba selamatkan rumahtangga saya. Saya tak tahu saya mengalami Major Depression Disorder (MDD) sehinggalah saya ke kaunseling.

Masa tu, keadaan saya sangat teruk. BFF saya ke rumah, tunggu depan pintu rumah sampai saya keluar dan suruh saya call kaunselor tanya untuk pergi sesi kaunseling,

Kebetulan ada sesi kaunseling dibatalkan jadi kaunselor kata, “datanglah sekarang kalau puan free.” 

Maka, time tu juga dengan tak mandi, cuma gosok gigi dan tukar baju.. Saya pergi. Mata dah kembang², anak² saya tinggalkan (saya PJJ dengan suami)..

Tiba kat kaunselor, saya ambil masa 15 minit menangis tak berhenti dan saya cakap, saya nak selamatkan rumahtangga saya.

Saya tak sanggup dah kena maki hamun, dimarah, disumpah macam² jadi macam mana saya nak hadap perangai suami yang begitu, tapi tetap nak selamatkan rumahtangga. 

Kaunselor buat ujian DASS dan saya direfer kepada psikiatri. Sah, laporan doktor saya mengalami MDD.

Sejak itu, BFF saya tunggu depan rumah untuk setiap sesi kaunseling dan psikiatri saya.

2-3 bulan, saya gagahkan diri untuk pergi sendiri. Jasa BFF saya, saya takkan lupakan sampai bila².

Setiap kali sesi, kaunselor cuma dengar, dan bertanya soalan demi soalan daripada luahan-luahan saya.

Sejak itu, saya pergi lagi kaunseling kali ke 2 dan ketiga. Saya nampak lebih jelas matlamat saya dan masalah saya.

Kali ke 3, kaunselor tanya, “Bolehkah saya libatkan suami Puan untuk sesi kaunseling?”, masa tu saya dah menggigil sebab saya kenal suami saya. 

Mesti dia akan marah saya pergi kaunseling tanpa kebenaran dan mesti saya disumpah macam² sebab keluar rumah tanpa izin walaupun rumah yang saya duduk, dia tak bayar 1 sen pun.

Sebab kaunselor kata, masalah rumahtangga bukan seorang sahaja kena hadap. So, saya izinkan.

Seperti jangkaan saya, saya bergaduh besar dengan suami sehingga ayat dia, “Kalau nak sangat cerai, pergilah daftar pejabat agama. Dah ada orang lain kan… abang tau. Ada kawan abang siasat..”

Sumpah masa itu, langsung tak ada lelaki lain dalam hidup saya tetapi rakan² sekerja, itu pun dah menghantui suami saya. 

Dan siapa kawan dia? Memang tak ada. Ibarat dia pasang spy dalam hidup saya tapi sebenarnya tak ada pun. Dia tak izinkan saya kerja, cukuplah 1000 sebulan dia beri.

Tuan Puan, cukupkah 1000 zaman ini dengan anak 2 orang dah bersekolah, duduk asing, dll dalam keadaan tak bekerja? 

Untuk saya, tidak cukup. Maka saya tolak. Padahal saya bekerja sejak sebelum kahwin lagi. Dan gaji saya 5k sebulan tak termasuk side income. Kalau Tuan Puan di tempat saya, resign kah?

Saya failkan pengesahan lafaz cerai, dia marah. Dia nafikan dan sumpah dengan nama Allah depan hakim kata tak ada niat. Maka, talaq tak jatuh.

Seterusnya, kali terakhir saya ke kaunseling, saya nekad. Saya kata pada kaunselor, saya penat dah nak selamatkan rumahtangga saya seorang diri tanpa ada effort dari seorang suami. Saya mohon cerai secara fasakh. 

Saya hire peguam, dia pun mengamuk, dia hire peguam untuk fasakh sekali dia failkan untuk hadhanah anak.

Awal², saya sangat down. Banyak kali saya contemplate untuk tarik balik fasakh kenangkan anak², tapi ni dah 2 tahun naik turun mahkamah. Saya masih nekad. 

Sehinggakan dia failkan hadhanah interim, saya tetap fight. Betullah bila perempuan dah nekad, dia dah tak toleh.

Saya pun begitu nekad, lebih² lagi saya dapat sokongan keluarga sepenuhnya yang dah tak tahan lihat saya dimaki hamun dan disumpah seranah.

Bila saya dah tak layan dia, dia boleh sampai tahap maki hamun mak ayah saya. Cukuplah, that’s it!

Kesimpulannya, kaunseling sangat membantu memberi pencerahan dalam hidup saya, apa sebenarnya saya nak dan masalah yang saya hadapi.

Ada masalah, dalam kawalan kita. Ada masalah, kita kena let go dan biar Allah selesaikan.

Sekarang saya hanya guna pendekatan psikoterapi untuk MDD, dan saya dekatkan diri dengan Allah dan saya jaga persekitaran saya.

Biarlah circle kecil tetapi berhasil. Hasil yang positif dan memberi manfaat pada yang lain.

Bagi yang ada masalah di IIUMC ni, pergilah kaunseling. Ambillah apa² sahaja effort untuk dapatkan bantuan.

Seek help bukan hanya meluah di IIUMC ini tanpa hasil. Kena proaktif, sebab masalah kita tak ada orang lain dapat selesaikan. Kita sendiri kena keluarkan effort tu.

Akhir sekali, doakan perjalanan kes fasakh, hadhanah dan interim hadhanah saya di mahkamah dipermudahkan, rezeki saya diperluaskan dan hidup saya lebih tenang. Saya pun doakan Tuan Puan juga.

Aamiinn..

– Bukan Kaunselor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *