Isteri Dalam Dilema

Assalamualaikum semua. Ini kisahku, aku tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Harap netizen sudi memberikan pendapat kepadaku.

Namaku Rina, aku berumur 44 tahun, yang mempunyai 3 cahaya mata dan puteri sulungku telahpun melanjutkan pelajaran ke Universiti, puteri bongsu berusia 13 tahun.

Aku berkahwin dengan suamiku  hampir 19 tahun atas dasar suka sama suka.

Dia seorang suami yang baik tapi ada kekurangan di sebaliknya.

Suamiku penghidap diabetes hampir 8 tahun. Dahulunya kami bahagia walaupun dia pernah memukulku kerana stress.

Bila lelaki menghidap diabetes akan berlaku masalah lemah tenaga batin dan tiada nafsu.

Aku sebagai isteri tidak ada dapat menikmati hubungan sama seperti isteri-isteri lain.

Dah bertahun tidak berlaku perhubungan di antara kami, suami buat hal dia dan aku akan buat hal aku.

Bila tidur malam aku akan masuk bilik kami, suami akan tidur di sofa ruang tamu.

Aku tidak dibelai dan dimanja seperti wanita-wanita lain.

Kami kurang berkomunikasi melainkan ada hal-hal yang penting sahaja.

Aku bosan bila dirumah tiada interaksi, aku menguruskan kerja rumah tangga sorang diri tanpa pertolongan suami membantu. Suamiku lelaki yang tidak bersolat.

Sewaktu pagi aku menguruskan anak2 ke sekolah dengan sendiri berperang di dapur, kemudian menghantar anak2 ke sekolah, seterusnya ke tempat kerja.

Suami ada tidur di sofa meneruskan tidurnya tanpa memikirkan aku dan anak yang kelam kabut di pagi hari, suamiku berkerja shift.

Suamiku juga tidak boleh memandu kereta kerana kekurangan penglihatan akibat diabetes.

Aku akan memandu kereta kemana sahaja destinasi yang ingin kami tuju.

Sewaktu aku meluahkan perasaan disini, aku sebenarnya jatuh hati pada seorang duda yang berumur 37 tahun, muda daripadaku. Kenapa aku jatuh hati?

Aku sendiri tak pasti mungkin simpati sebab kesian tengok dia menguruskan anak tunggal nya keseorangan.

Kami semakin akrab dan aku sangat gembira bila dapat dapat bertemu dengannya, aku tak tahu perasaan dia macam mana pada aku.

Tak mungkin dia akan jatuh hati pada aku yang 7 tahun lebih tua dari usianya, tapi kami mula bercerita pasal kehidupan masing2 mengenali hati budi.

Aku tertarik dan simpati dengan kehidupannya.

Jujur kukatakan aku memang tidak mempunyai kasih dan sayang lagi pada suamiku dengan sikapnya yang tidak mengendahkanku lagi.

Aku inginkan seorang suami yang boleh menjadi imamku sebab aku tidak pernah diimamkan oleh suamiku kerana suamiku tidak bersolat.

Aku alhamdulillah menjaga solatku dan solat anak2ku yang sebenarnya tanggungjawab suami untuk mendidik kami ke jalan yang lurus.

Ingin sahaja aku ke Mahkamah untuk menuntut penceraian kerana hak batinku tidak ditunaikan, ditambah pula dengan hatiku telah berada pada orang lain?

Berdosakah aku sebagai isteri jatuh hati pada lelaki lain?

Aku tak kisah kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan daripada batin aku tersiksa, aku rela bersendirian.

Tapi anak2ku telahpun dewasa mereka mungkin tidak suka dengan tindakanku memilih penceraian.

Apakah yang boleh aku lakukan? Bantulah aku yang dalam kebingungan.

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *