Ini bukan pasal Alif T* atau mana-mana artis. Aku nak luah pasal hasad dengki dan penyakit ain yang aku hadap and rasa.
Aku Raya (bukan nama sebenar), berusia 20-an bujang tetapi dalam hubungan dengan seorang jejaka, kita namakan dia H.
Aku penggemar sosial media seperti Gen Z yang lain tetapi aku suka menjadi anonymous. Macam dalam confession ni tiada siapa tahu identiti aku tapi aku ingin di lihat, didengar, dan di ikuti.
Aku dulu mempunyai Instagram tetapi aku deactivate setelah aku distalk oleh ex aku dan lelaki-lelaki yang menyukai aku walaupun cuma satu dua post sahaja yang nampak muka aku.
Facebook aku pun tiada gambar muka aku dan kalau aku di tag, aku akan remove tag itu. Twitter jauh sekali hanya account dump di mana aku mencari-cari meme atau thread yang menarik.
Di TikTok aku mempunyai akaun anonymous yang aku post tentang hal-hal yang berkaitan dengan hidup secara am seperti drama, komik, cerita yang aku minat. video kucing dsb.
Penyakit ain yang aku perasan pada diriku ialah apabila si H dia jarang post gambar-gambar aku. Tetapi sekali dia post tidak lama selepas itu pasti kami akan gaduh.
Kadang-kadang tiada angin tiada ribut kami tetap akan gaduh daripada seremeh-remeh punca sehinggalah menjadi besar.
Aku menasihatinya jika dia ingin post gambar-gambar bersama, letaklah sticker untuk menutup separuh atau seluruh mukaku, dan nasihatku berjaya.
Apabila dia buat sedemikian, kami tidak bergaduh dan menjalani hidup seperti biasa. Cukup sekadar memberitahu kami dalam hubungan dan sama-sama berusaha untuk menjadi halal.
Sejujurnya, aku juga mempunyai perasaan hasad dengki apabila melihat post rakan-rakanku dan juga ahli keluargaku di status. Tidak kira di mana-mana platform media sosial.
Apabila aku lapar dan kekurangan duit, mereka post gambar makanan, aku sedih dan kadang-kadang hatiku terlintas perkara-perkara yang tidak baik mengenai mereka.
Apabila mereka post gambar berjalan-jalan bersama-sama keluarga di mana aku tidak dapat berjalan, aku rasa sakit hati. Aku akan perlekehkan mereka dalam hati.
Sebagai contoh aku akan terlintas depan-depan tunjuk bahagia belakang-belakang tunggang-langgang.
Dan seperti lintasan hati aku yang dengki ini, perkara itu terjadi.
Kadang-kadang mereka memesejku mengatakan rezeki mereka berkurang atau dia bergaduh dalam keluarga sehingga melibatkan keganasan rumah tangga. Aku cuma mampu bersimpati dan menasihati.
Tapi bagaimana puas aku menasihatinya, tetap mereka tidak dengar. Aku hanya mampu biarkan kerana aku belum berkahwin dan belum mempunyai anak-anak lagi, jadi mungkin aku tidak faham situasi mereka.
Baru aku sedar bahayanya hasad dengki dan penyakit ain ini tetapi aku juga tidak menyalahkan mereka dan menyalahkan diriku dahulu kerana aku dengki dan busuk hati kepada orang lain.
Walau bagaimanpun aku cuba, lintasan hati yang dengki itu tetap ada.
Aku mengambil cara dengan mute semua status dan post rakan-rakanku dan hanya fokus kepada post seperti isu-isu semasa, resepi, meme, movie, dan kata-kata motivasi.
Kalau aku lihat post mereka berjalan-jalan, bersama keluarga, atau makanan, aku cepat-cepat skip dan lihat kepada post mereka yang lain.
Selain itu, mungkin aku juga menjadi kera sumbang dan hanya bertanyakan khabar keluarga dan rakan-rakanku sekali sekala untuk mengelakkan aku daripada perasaan hasad dengki dan sakit hati.
Cukup sekadar contact dan bertegur sapa bersembang kosong.
Apa aku perlu buat lagi ya?
Aku seorang manusia yang jahat betul-betul jahat kerana busuk hati dan dengki dengan orang lain.
– Raya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Make it simple, sis. Tiap kali tengok orang bahagia, ajar hati cepat2 sebut Alhamdulillah, masyaAllah. Pastu, selit doa untuk kita sekali ‘Moga kebahagiaan itu menular padaku.’ Then, sis senyum. Otot2 pipi yang melengkung itu akan merembeskan hormon bahagia. Mula2 buat memang susah sbb syaitan tak suka kita jadi baik tapi lama2 senang. Kita sbg manusia memang ada nafsu. Nafsu ni makhluk Allah paling degil. Jadi, kita kena bertegas dan ajar dia betul2 ikut landasan Islam. Bila datang je lintasan hati buruk tentang kawan2, sis terus ubah dengan ucap istighfar dan selit doa moga mereka dan aku juga sama-sama bahagia ya Allah.