Siapa Itu Jaka?

Sedikit sambungan mengenai Jaka dan ahli keluarganya iaitu lelaki didalam kisah Aku, Jaka dan penyondol (https://iiumc.com/aku-jaka-dan-penyondol/).

Aku mengenali Jaka sejak sekolah menengah lagi. Seperti aku ceritakan dia seorang yang amat sederhana.

Rupa dia pun sederhana ada iras-iras Tom Selleck masa muda (aku tahu bila abah aku pernah tanya siapa kawan aku yang rupa Tom Selleck- jadi aku google lah siapalah Tom Selleck ni). Kulit Sawo matang tinggi sekitar 170 kot sebab aku 165 gitu.

Parent aku dan parent Jaka memang kenal tapi tak lah rapat yang aku tahu Jaka dan abang serta adik lelaki dia salu ikut ayah mereka ke masjid bersama. Jaka anak 4 dalam 6 adik beradik yang mana sulung Adalah perempuan dan yang lain semua lelaki.

Yang teramat lawak nya aku ni anak kelima dari 6 adik beradik juga cuma sulung lelaki dan yang lain perempuan. Ibu bapa Jaka sebenarnya kalau di kira golongan T20 tapi hidup ala-ala B40.

Bukan mereka kedekut tapi tak pernah tunjuk apa dorang ada. Kakak dan Abang Jaka masuk Universiti yang baik dan mereka berkerjaya yang amat lumayan.

Akak sulung dia kerja Pensyarah, Abang – Abang dia kerja oil and gas. Bila aku kata family Jaka ni hidup ala-ala B40 bukan sebab kedekut itu adalah kebenaran.

Rumah yang mereka tinggal adalah kawasan yang matured dan rumah teres biasa (tak jauh dari rumah aku juga). Pakai kenderaan yang biasa (proton waja dorang masih ada lagi) dan abang kakak dia pakai kereta biasa jak perodua Alza dan Axia.

Nak cakap family alim takdalah aku tengok kakak dia berniqab apa semua dan isteri-isteri abang dia pun jenis pakai tutup aurat tapi taklah orang bilang nampak alim.

Tapi 1 aku perasan, ayah Jaka dan abang-abang dia memang suka ke masjid dan aku tau kadang mereka suka ikut tabligh.

Aku ada dengar cerita juga kononnya family Jaka ni suka bersedakah dan membantu sesiapa yang memerlukan tapi bila dorang memberi mereka gunakan masjid sebagai proxy mereka supaya orang tak tahu siapa yang beri.

Mak Jaka pula ngajar ngaji (aku pun salah sorang anak murid dia sampai khatam) dan kitaorang paling tunggu hari Jumaat sebab apa Mak Jaka tak ajar ngaji tapi akan cerita sirah Nabi dan Para Sahabat.

Lepas abis cerita dia akan bagi kitaorang kudapan dan kadang nasi ambeng (Family Jaka ni Jawa) tuk bagi kat family anak murid mengaji dia juga.

Orang sekeliling nak bayar kat mak Jaka tuk ajar kitaorang ngaji tapi mak Jaka tolak tapi kalau berkeras nak bagi juga dia terima beras, mee kering dan barang makanan lain (yang mana mak Jaka masak tuk kitaorang makan).

Pasal Jaka ni aku tak tahu sangat tapi masa sekolah menengah dia tak lah aktif sangat dalam sukan favourite game dia Bola Tampar. Dia tak menonjol sangat dalam sekolah even aku tahu dia kuat agama tapi salu kat surau sekolah dia tak menonjol.

Masa universiti aku tengok dia makin kurus sikit (mungkin sebab study kot) tapi makin gelap ada juga.

Rupa-rupanya (yang diceritakan oleh roomate dan housemate Jaka masa study- Masa 21 hari ni aku cuba tanya circle-circle Jaka sebab nak tahu lebih pasal dia kan) masa kat universiti Jaka kerja part time juga.

Aku pelik jugalah kan sebab keluarga mampu sangat kot takkan buat begitu. Rupa-rupanya parent Jaka yang ajar mereka begitu abang dan kakak dia semua gitu.

Masa study mereka kerja part time. Jaka bagitau roomate dan housemate dia yang dorang kena ajar agar tak rasa privileged dan semua kena belajar bahawasanya rezeki itu Allah bagi.

Dorang kena ajar juga duit gaji kena bagi kat parent dia sikit ( tak kira berapa banyak asal kehidupan masa study tak terganggu) dan kena rajin tolong orang sekeliling.

Roomate dan housemate Jaka masa study semua segan dengan Jaka sebab Jaka rajin masak dan kemas rumah sewa mereka dan selalu ajak mereka pergi masjid dan ayat ajakan masjid salu ‘Jom ke masjid semoga kita tolong menolong di dunia dan akhirat’.

Biarpun Jaka ni kerja part time aku tahu setiap semester dia Senarai Dekan. Housemate dan Roomate Jaka ni pernah cerita yang Jaka ni suka mengembara tapi setiap kali nak masuk waktu dia mesti cari surau masjid dan amat susah dia buat Jamak atau Qasar.

Sebab sebelum berjalan sahaja dia akan tengok peta dan cari mana masjid dan surau dekat. Adalah kawan dia tanya kenapa tak jamak dan qasar jak kan musafir.

Dia jawap mudah tapi mendalam,

‘Dahulu memang lah kita jamak dan qasar sebab susah nak tahu mana surau masjid dalam perjalanan sekarang ni semua di hujung jari- setidaknya banyak dahi kita ni mencium bumi yang luas dan banyak luahan kita ke bumi di pantulkan kepada yang Maha Kuasa’.

By the way aku cuba tanya lah kawan-kawan dia ada tak perempuan minat kat Jaka ni atau Jaka ada minat dengan perempuan lain.

Kawan-kawan dia cakap dia tak suka menonjolkan diri masa universiti pun kerja kumpulan dia usahakan semua ahli adalah lelaki kalau termasuk dalam kumpulan dalam perempuan dia akan usahakan tidak banyak berinteraksi dengan mereka sehingga ada kawan-kawan dia ingat yang dia ni Gay.

Tapi hakikatnya bila roomate dan housemate masa universiti tanya dia jawap mendalam ‘kita tidak tahu perasaan dan rasa itu adalah kurniaan atau ujian sebab ia mungkin juga nafsu.

Nafsu ini adalah pagar yang menghalang aku berjaya ke akhirat jadi aku ketepikan semua ini dan kita semua tahu Jodoh telah yang Maha Kuasa tentukan’ .

Satu lagi Jaka pernah macam nasihatkan lah roomate dan housemate dia…

Yang kita jangan risau pasal jodoh sebab jika si lelaki dan perempuan mengejar cinta dan Kasih yang Maha Penyayang maka si lelaki dan perempuan pasti akan bertemu pada titik yang sama iaitu mengejar cinta dan kasih sayang yang Maha Penyayang….

Namun bila mana salah satu antara lelaki dan perempuan tidak mengejar cinta dan kasih sayang yang Maha Penyayang pada titik mana mereka akan bertemu. Bila dengar pasal Jaka ni macam fairytale lelaki yang seperti tiada cacat celanya….

Mungkin sesetangah melihat dia tak kacak, dengan wajah ada parut jerawat kulit samo matang agak gelap. Kalau bab bergaya pakaian dia semua jenis polos tak bercorak plain.

Dia memang rajin ke masjid tapi kawan dia salu cakap dia akan pakai kurta atau jubah masa sampai kat masjid. On the way ke masjid dia takkan tunjuk.

Bila dengar dan lihat si Jaka ni aku makin tertarik kepada dia makin ada perasaan kuat kat dia namun aku rasa ‘layakkah’ aku untuk dia sebab… nak kata aku ni alim tak juga nak kata aku ni ‘jahil’ tak juga.

Rupa paras aku taklah nak kata cantik tapi keturunan keluarga aku anak perempuan semua di berikan body ‘curvy’ dan bahagian tertentu agak ‘menonjol’.

Kadang ada perasaan bangga sedikit walau aku bertudung dapat bagi ‘sneak peak’ dengan berpakaian agak sedikit ‘menonjol’.

Itulah bila Jaka terserempak dengan aku dia salu ‘lower his gaze’ dan bila masa aku bertemu dengan Dr. FS dan Boss gatal aku dia suruh aku kebelakang sikit. Namun bila aku mula tertarik dengan Jaka aku cuba buang perangai itu.

Ada tahap sampai aku rindu kat dia sampai aku cuba cari alasan agar aku dapat lihat dia dari jauh. Dan aku tahu dia minta aku jangan hubungi dia andaikata kalau tak penting.

Korang percaya tak minggu lalu aku rindu sangat kat dia aku sengaja kempiskan tayar kereta dan call dia minta tolong aku.

Dia datang sepantas yang dia mampu dan aku ingat dia dan aku akan naik motor sama pergi kerja tapi aku silap…

Dia gantikan tayar aku (aku sengaja kempiskan tayar ganti aku) dengan bawa tayar kereta aku kat workshop dengan motor dia pastu gantikan dan bila suda selesai dia minta izin ganti baju pastu dia minta aku drive ke tempat kerja dan dia iringi aku dengan motor dia.

Sampai tempat kerja dia iringi aku jumpa manager bagitau apa berlaku dan lepas tu dia pergi sambung kerja. Terasa amat bersalah pula buat begitu dengan dia.

Dan buat aku lagi rasa tak layak dengan dia… Tapi perasaan sayang kat dia makin hari makin kuat…. Doakan saya makin kuat bertahan… Menunggu jawapan….

– Marni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *