Sebab Sayang

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit latar belakang tentang aku, perempuan, berumur 26 tahun, anak sulung dari 3 orang adik beradik (aku, Ikin dan Mat)

Aku seorang pekerja bahagian peruncitan sahaja, dan sudah bertunang.

Aku mula dengan masalah pekerjaan aku, dek kerana sekarang ni gaji minimum dah naik selaras dengan kenaikan barang2 harian, aku rasa ralat sedikit dengan gaji aku,

Mana tak nya, aku kena cover 5-6 bahagian dan gaji aku lebih kurang sama je dengan mereka yang cover 1-2 bahagian, maksud aku.

Tak kan lah company aku tak nampak effort dan kerja aku. Kerja banyak, susah, penat, tapi gaji masih tenat, huhu. Kerja sampai burnout kot.

Tapi aku sayang kerja aku, dan aku syukuri kerana masih ramai yang nak kan kerja aku.

Masalah keluarga aku pula, parents aku jenis kaki nombor ekor dan judi mesin atas talian. Aku stress sangat2 sebabnya mereka pandai berlakon depan aku.

Kata dah tak buat, tapi dalam diam masih aktif dan sanggup tipu aku jual barang2 elektrik kat rumah nak cover hutang judi, ya Allah.

Bila aku tanya, kata hutang dulu2 la, nak bayar perubatan la. Padahal dalam diam, guna modal untuk main judi atas talian.

Aku stress sangat2 orang tua aku sendiri, tipu aku. Aku stress balik dari kerja dengan burnoutnya hampir tiap hari, aku dengar pergaduhan mereka.

Allah saja tahu sabarnya aku menahan diri untuk tak melawan, menjerit dan meluahkan tekanan aku dengan mereka.

Tiap bulan aku bagikan wang, tapi dua tiga hari minta lagi dan berterusan.

Aku nak saving pun nyawa2 ikan dengan gaji tak banyak. Dengan nak sara keluarga.

Parents tak kerja dah umur dalam awal 50an, duit pencen dah habis ke judi ya Allah. Kadang kala aku tipu parents aku kalau dorang nak duit.

Aku cakap tak da, dalam hati aku, aku takut jadi derhaka. Tapi aku juga tak nak duit penat lelah aku, habis ke tempat tak berguna.

Ikin adik aku juga bekerja, cuma gajinya jauh lebih rendah dari aku. Bermakna, aku yang kena lebih berbelanja untuk family aku.

Aku tak kesah, asalkan kami sentiasa cukup apa adanya. Cuma aku jadi down sangat2 bila mereka berjudi pakai duit aku, rasa nak jerit kuat2.

Tapi aku sentiasa berdoa agar Allah SWT sentiasa memberikan aku sifat kesabaran yang tinggi. Walaupun ada kalanya aku macam nak lari je dari rumah.

Tapi kesian kat mak, ayah, kesian kat Ikin nanti kena tanggung semua, kesian kat Mat. Masih sekolah rendah.

Aku walaupun gaji tenat, aku sayang adik2 aku. Walaupun Ikin dah kerja, aku berusaha belikan keperluan untuk nya.

Aku nak Mat rasa seronoknya ada mainan, baju baru, kelengkapan sekolah. Aku cuba penuhi. Sebab aku sayang mereka.

Pasal tunang aku pulak, another story another problem.

Ceritanya, dia diberhentikan kerja tahun lepas. Sepanjang tempoh tu hingga la kehari ini, dia buat part time sikit tapi tak konsisten.

Ada pergi iv sekali tapi belum ada rezeki. Bila keluar, aku kena beli minyak, kena bayar makan, dia pun terjerat dengan pinjaman wang tapi tak mampu nak bayar ikut due.

Akhirnya aku juga jadi sasarannya, terpaksa nak cover bulanan dia. Aku dah macam bela biawak hidup walhal tak kahwin lagi.

Kami lalui banyak hal bersama. Aku menjadi matang dan kuat seperti ni kerana dia, selalu ada tiap masa susah/senang untuk aku.

Tapi tu la, pasal kewangan juga jadi topik utama kami gaduh. Tak kahwin lagi sebab dia tak boleh nak ada komitmen.

Kadang aku fikir nak putus, aku dah tak bahagia, tapi tu lah, masih stay sebab aku sayang dan berharap hidup dia akan berubah kearah lebih baik, dia ada potensi cuma dia agak malas nak usaha.

Tiap hari aku brainwash otak aku.

Aku kalau nak masuk syurga kena ada ujian, aku kena sabar, ingat Allah.

Gais doakan aku agar parents aku dapat hidayah, doakan mental dan fizikal aku kuat kat tempat kerja, doakan pasangan aku mendapat rezeki pekerjaan secepatnya.

Semoga Allah merahmati kita semua aamin. Sekian.

– Chendana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *