Rasa Useless

Salam semua. Tujuan aku tulis ni, nak minta pandangan pembaca semua sebab aku tahu, mostly pembaca IIUM Confession ni positif belaka. Maaf lah kalau penulisan aku agak membosankan.

Aku Sarah, berusia 28 tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ni inshaaAllah.

Aku confess ni sebab aku nak luah apa yang aku rasa sekarang.

Korang tahu tak aku umur aku dah nak masuk 3 series tapi aku jobless lagi.

Aku grad tahun 2018, start kerja tahun 2019 tapi keja biasa2 je walaupun aku ada degree.

Aku pernah kerja sebagai operator kilang tapi tak tahan dengan supervisor yang kuat maki, so aku quit.

Lepastu aku masuk retail. Aku kerja sebagai cashier dan kerja nilah yang paling lama aku stay. Almost 3 tahun aku kerja sebagai cashier dan now aku dah quit lah.

Pernah jadi tak kat korang especially yang umur macam aku lah, rasa macam kau ni loser nak mampus sebab tak dapat kerja macam orang lain?

Aku dah almost 2 bulan mengangur lepas aku quit dari retail haritu and now aku still tak dapat kerja lagi. Saving yang ada pulak aku betul2 simpan untuk kahwin je.

Actually, masa tengah dalam notis resign masa aku kerja retail tu aku dah dapat job offer dan aku terima kerja tu.

Bila aku dah masuk situ, aku rasa tak boleh go dengan kerja tu sebab marketing bukan untuk aku.

Aku kerja tak sampai 2 minggu then aku quit. Korang janganlah kecam aku part ni sebab aku memang tak leh go langsung.

Itu satu hal, ni satu hal lagi yang menyedihkan aku. Yang buat aku rasa berkecai hati ni. Aku baru dapat tau daripada adik aku apa yang ayah aku cakap pasal aku.

Ayah aku cakap, menyesal hantar belajar jauh2 last2 keja macam tu. (Ni masa aku keja sebagai cashier lah).

Lepastu dia siap simpan resit2 yang dia bank in duit masa aku study dulu sambil mengungkit. Apa benda ja yang guna duit dia, dia mengungkit.

Dia kata lagi, balik kerja bukan nak update SPA ke apa, kerja menghadap fon bukak facebook.

Ayah, kalau lah ayah tau betapa penatnya kakak kerja. Balik2 memang tak fikir apa cuma nak restkan badan. Bukan aku tak apply, merata aku buat. Takkan setiap kali apply kerja merata aku nak update kat dia kan?

Aku baru kerja setahun, lepas tu kan covid.. aku bersyukur sebab takda orang kena buang pun masa covid tu. Walaupun makan gaji basic je time tu.

Start kerja, duit dia aku tak pernah mintak. Aku tahu ayah aku ni kedekut. Dengan mak aku pun kedekut, anak dia apatah lagi. Sebab tu aku sedih bila aku dapat tau apa yang dia cakap kat aku tu.

Masa aku kerja pun dia cakap macam tu, ni time aku menganggur entah apa lagi dia cakap. Ayah aku semua hal anak2 dia kutuk, dia ungkit. Tapi tak cakap depan kami. Dia cakap dekat mak dan adik bongsu aku.

Yang latest dia complain, rumah ni sebulan empat kampit beras habis. Kalau ayah korang cakap macam ni, korang nak rasa apa? Boleh fikir baik2 lagi ke pasal ayah korang?

Sumpah aku down, aku rasa lost gila dah sekarang. Nak masuk kerja dalam management aku rasa tipis sebab experience aku retail je. Tu pun kuli je.

Aku tahu ayah aku ni dia ada expectation tinggi kat aku, tapi maaflah ayah, kakak tak mampu nak buat ayah bangga bila orang tanya anak kerja apa :)

Aku pun sedih dengan diri sendiri sekarang. Rasa bodoh, sia2 belajar tinggi tapi end up jadi macam ni.

Kalau aku tahu future aku, aku tak sambung study dulu pun takpe. Last2 degree tak leh guna jugak kan. Useless gila rasa ni.

Hope korang boleh bantu aku. Aku nak buat bisnes tapi aku tak reti nak start dari mana. Kerja pun entah lah aku tak tahu dah. Lost.

Kalau aku kaya, nescaya aku bayar balik segala yang ayah aku laburkan untuk aku dulu. Tapi nak kaya macam mana, habuk pun aku takde sekarang..

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Macam tak percaya ada degree tapi kemampuan berfikir tu macam orang yang tak berpelajaran. Umur 28 tapi macam 20an. ( Oh mungkin trip umur 28an kot, tak mungkin umur 28 berfikir begini )

    Lepas tu dalam keadaan ekonomi tak stabil tu boleh fikir nak kawin. Binggung betul la. Jasa mak pak tak balas lagi. Daripada simpan kemaruk nak kawin. Baik guna beli keperluan rumah, bagi kat Bapak tu sikit.

    Nampak betul tak bijak disini, sepatutnya selesaikan dulu cari kerja yang stabil. Nanti dah kawin lagi terkapai-kapai. Sebab kalau dah guna untuk kawin, untuk kelanjutan hidup seterusnya macam mana?

    ( Semoga berjaya menyelesaikan masalah hidup sendiri )

  2. Memang patut la. Anak memang kena berbakti pada ibu bapa. Bapa tu bukan ungkit tapi nak ingatkan bahawa dia semakin tua dan perlukan anak2 bantu. Jangan lah rasa mak bapak saja yang bertanggungjawab membesar dan tanggung anak2. Kita sebagai anak pun kena tahu juga bahawa membantu mak bapak itu adalah perkara yang wajib.

  3. Putar belit macam mana pun, Bapak tak salah. Bapak berhak bersuara supaya anak yang ada degree konon tu ada ikthiar untuk bertungkus lumus balas jasa biar sakit macam mana pun. Jangan manja sangat! Hidup ni keras!!!

    Pernah fikir tak Bapak cari duit macam mana?

    Duit kawin tu lebih penting ker daripada Bapak, Sanggup simpan daripada nak beli beras? Otak tak pakai baik- baik engko ni.

    Memang sia – sia degree tu kalau asyik salahkan Bapak! Patutlah tak berkat hidup. Tagunee punya anak!!!!

    Lepas tu malukan Bapak dekat confession. Weii.. Anak derhaka benorr ni. Dah Bapak bagi belajar baik – baik, salahkan Bapak pula. Astaghfirullah🤲

  4. Setiap orang ada struggle stage masing² tak kira berkelulusan tinggi atau tak tapi biasanya yang berkelulusan ni akan ada expectation mengikut kelulusan yang ada, baik dari diri sendiri, mahupun orang sekeliling. Dari segi agama, kita semua percaya ketentuan Allah tentang rezeki setiap hambaNya..kadang ada yang usaha sikit je tapi rezeki yang datang melimpah ruah, kadang ada yang dah habis daya untuk usaha tapi rezeki masih belum muncul. Bertabahlah, jangan putus asa dengan Allah..semak balik urusan kita dengan Allah, dengan mak ayah dan diri sendiri, insyaAllah rezeki pasti akan datang. Positifkan diri dalam setiap perkara, beritahu ayah situasi yang awak hadapi untuk dia lebih faham atau at least awak dah meluahkan..perbetulkan niat, kadangkala mungkin ada kekurangan dari diri sendiri yang kita tak nampak yang Allah nak uji, wallahualam..semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat awak 🤲🏻

  5. Sabar banyak2 dik. Tuhan nampak usaha adik. Adik dah ada dah pengalaman keje walaupun jd cashier. Ingat ye, adik x goyang kaki. Sabar. Update balik kemaskan balik resume. Keje je apa2 asalkan halal. Bab kahwin tu, teruskan lah klau mmg xleh postpone. Tp klau boleh, rancang dulu keluarga, sebab adik dah ke arah itu, nanti bahaya dik klau kewangan xstabil nk ada anak. Effect kat ank… Bincang ngan suami nanti elok2 bab planning kluarga. Dah kahwin nanti, usaha lg cari kerja. Jgn stop cari keje , jgn bergantung kat suami. Masa depan jodoh xblh dijangka. Jangan give up dik. Awk dah ada something untuk diletak dlm resume. Jgn malu buat ape2 je keje asalkan halal dan ada gaji..sebelum bertemu kerja terbaik. Tolong jangan give up ok.. 28 tu still muda lg. Yg lepas tu biarkan.. makcik faham, sebab makcik pernah disitu. Jangan brenti kerja walaupun dah kahwin, nanti awk nyesal xsudah

  6. Sabar. Doa. Ambik masa solat lama sikit. Solat malam mengadu. Then, build ur communication skills, english, cantikkan resume. try kerja as call centre exec dulu. Kerja paling senang bdk degree nak daapat.

  7. Saya 23 thun, bukan nak nasihat ke apa, tapi just nak share pendapat manalah tau kalau2 akak dapat ilham ke apa. Saya grad awal Ogos 2021 as diploma graduate

    Lepas diploma my sister decide bawak saya gi bandar klang september 2021, di tolong buat resume, saya kena cari kerja..my sister garang, everyday saya kena make sure apply kerja dlm 20 dan keatas, kalau tak cukup memang kena bebel skali pakej ketuk kepala…so tengah bulan 9 dapat call, n iv bbrp tempat, alhamdulillah dapat kerja clerk kat 1 company ni, dlm 1.6k sbb fresh grad,,. sambil kerja kumpul duit buat lesen , then beli myvi secondhand cash 17k, lately ni saya jealous dgn org yang ad degree n bekerja ikut bidang dia, jadi saya bercita cita nk kumpul duit for sambung degree jugak nnti,

    Jadi kak, try akak apply job yang berkaitan dengan bidang akak (degree), rugi tak apply job yang berpatutan dgn degree akak tu. Gaji ijazah 2k keatas

  8. Dik, akak ni umur bukan dekat 3 series. Dah lebih 3 series. 31 dah Dik. Degree lagi tu. Jobless lepas company terjejas oleh Covid. So dekat 3 tahun juga jobless. Jumpa suami, tak cukup duit nak support husband untuk kahwin sbb mmg takda saving. So, kahwin kat JPN je then family sebelah2 makan kat restoran kecik je. Dapat job jadi cgu ganti, go je even pakai stpm je gaji. Tak boleh nak memilih minat ke tak, boleh masuk ke tak. Sampai la this lately, pegi iv. Tp bunyi macam tak dapat. Satu hari ni, terfikir nak panggil orang datang rumah untuk doa cmtu. Sbb Kristian so Carolling kat rumah mertua sbb duduk ngan mertua. Mertua Kristian tp tak pernah panggil orang datang doa2 kat rumahla kiranya. The next day, dapat call suruh datang masuk kerja lepas New Year. Rezeki berdoa dengan suami setiap sebelum tidur dan rezeki maafkan orang lain walaupun kita yang buat salah. Dapat job course degree. Rezeki memasing tetap sampai cepat atau lambat. Tak payah nak saving sangat untuk kahwin. Kahwin memahal kalau cerai dua tiga tahun lepas tu pun tak guna Dik. Doa banyak2, doakan orang tua skali. Akak teringat satu quote ni, “Don’t ever blame your parent for your problems.” Akak pegang sangat quote ni supaya tak derhaka dan segala urusan hidup dipermudahlkan. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *