Aku tak paham betul lah dengan pempuan yang nak sangat bercinta dengan laki orang ni. Adohai.. sister.. kenapa? hah.. kau dah kenapa? aku bengang betul lah sister oi.. maybe sebab aku ni from background yang mak apak kawin cerai, dan kawin dua tiga, aku memang pantang dengar laki orang menggatal. memang aku nak kasi penyepak je. tak pun kasi kaki kat umbun2 korang ni. dah tahu dia tu laki orang, kau melayan kenapa? kau melayan, dia melayan, boleh tak jadi benda? dari melayan, cuba2, dah tejerat dengan perasaan. pastu kau meroyan kata "takboleh bepisah dah, sangat mencintai, terlalu mengasihi, ini lah jodoh berdua, rela dimadukan blablabla" dasar. pale kau…. aku nak mencarutkan aje dedua ni, tapi pakkal ni page terhormat IIUM je.
in the first place la sister, tau je laki orang, TOLONG LAH LIMITKAN ANY CONNECTION dengan beliau. common sense kot. ingat la, dia dah bekeluarga, dah ade hanak bini. bila dia melayan kau tu, kau ingat dia ikhlas ke? adoi kemon la… kucing mana nak tolak ikan. kau ingat kalau korang becinta, then katakanlah berkahwin, kau boleh happy?
Aku boleh jamin la, derita lagi banyak dari bahagia. Kau takkan dapat suami yang ada dgn kau 24 jam, cuz dia ada comitment lain dengan bini no 1 dia, dgn kerja dia, dan benda2 lain before kau. as a wife, kau akan start demand place kau, dan kau demand his attention. which is, dia takkan dapat fullfill sebab dia BUSY, dan banyak COMMITMENT. pastu kau jangan nak membentak2, marah2 sbb dia x de masa utk kau. dah kawin, mengandung, beranak plak, anak kau , takkan hado bapak dia 24 jam ngn dia. cuz bapak dia hado anak lain nak jaga. time tu kau nak menyesal pun sila la kirim salam. cuz kau yang cari hidup mcm ni. kau jangan ingat aku ni sembang kencang je. TAK. sebab AKU HIDUP MACAM NI. bapak aku takde masa utk aku cuz dia banyak komitmen lain.bini lain nak jaga. anak lain nak tengok.
Memula je happy. kalau kau tak sabar, tak kuat iman, tak boleh tolak ansur, baik kau tanam je hasrat kau nak kawin dengan laki orang. makan hati kawin dengan laki orang. baik ade laki sendiri. pape pun, terpulang la kat kau. aku just bg tau je. kalau kau boleh kawal perasaan kau, boleh tolak ansur, sabar, istikamah, setia, tinggi iman boleh manage diri sendiri tanpa seorang suami di sisi. silakan. aku tak larang, aku tak peduli pun in the first place. perkahwinan bermadu yang paling berjaya aku boleh contohkan, ialah perkahwinan dayana dengan asyraf muslim. kalau ko boleh sesabar bini 1st dia, go on. do it. bina lah masjid kau, siapa aku nak halang. just ingat, jangan demand husben kau ceraikan bini no 1 dia, just becoz dia takde dgn kau all the time. maaf aku cakap kasar. nak buat kau sedar realiti hidup tak semanis tebu isi air gula gst 6% ikat tepi. bai
– aku tak sebaik kau