Insecurities

Assalamualaikum and hai. Nama aku Dinda (bukan nama sebenar). Aku berumur 28 tahun dan belum berkahwin.

Haritu ada viral dekat tiktok yang Abang pakai baju koyak makan tunjuk ketiaknya yang hitam. Aku terus terfikir diri sendiri.

Aku dari kecik ada insecurities di mana badan aku penuh jerawat dan ketiak dan celahan aku gelap.

Ini bermula dari zaman aku sekolah rendah lagi, masa tu aku dah ada masalah ni.

Untuk private part, aku ada masalah kegatalan yang sangat teruk dahulu sampai melecet luka yang tinggal bekas kopeng. Dan bekas hitam tu stay sampai sekarang.

Belum cerita pasal jerawat belakang badan yang tak pernah stop. Termasuk dengan jerawat di perut. Kadang aku sakit badan nak berurut pun segan sebab semua benda ni. Lagi2 part ketiak.

Ketiak aku memang dari zaman sekolah dah gelap. Aku dah tahu nak try produk atau supplement apa lagi nak bantu maslah2 aku ni.

Aku malu. Aku masih belum dipertemukan jodoh.

Tapi aku sangat overthinking bila fikir, orang tak jijik ke tengok badan aku penuh tompok hitam gini? Sebab aku orangnya putih. Bila hitam tu memang nampak sangat.

Aku tau pasal insulin resistant yang orang selalu cakap. Tapi aku taktau nak buat apa dengan insulin resistant tu.

Sebab aku memang jarang makan manis. Aku bukan penggemar makanan atau minuman manis.

Jadi aku tak boleh nak terima bila orang kata sebab banyak makan gula.

Kadang aku rasa nak je pakai produk merkuri biar cepat hilang hitam2 tu. Tapi takut jugak, hmmm.

Jadi aku nak tanyalah, ada tak yang macam aku? Ada tak yang dah dapat solusinya? Aku sangat insecure yee nak kahwin gini. Aku buntu…

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. hi sis dinda , i suggest you cuba guna sabun grace and glow , kawan imasa study ade guna , alamdulilah berkesan untuk jerawat blkg badan . then yg celah yang gelap ii tu cuba guna lotion nivea yang vitamin c tu (warna oren) . then dedorant cuba guna nivea jugak , i consume since sklh, alhamdulilah untill now xde celah gelap kat ketiak . kalau x jdi jugak , cuma mndi limau purut 2@3 kali seminggu .

    just sharing tips .

  2. Saya pun ada insecurities jerawat & berparut. Bukan setakat muka, di badan juga. Saya cadangkan untuk masalah tu, boleh rujuk klinik kulit. Saya pergi klinik famous, Dr. Ko. Memang jadi ya. Saya diberi ubat makan (pil) & ubat sapu (hilangkan parut). Alhamdulillah, lama kelamaan dia makin pudar dan terus hilang. Masalahnya satu jelah, kos huhu. Tapi puas hati sebab rasa terjamin (since klinik kan – memang doktor pakar pula tu). Saya jenis susah percaya produk luar expecially takut mercury products. Nak beli kat farmasi pun tak berani melainkan recommended by doctors (yang pergi tanya sendiri di klinik, bukan iklan claimed by doctors…).

    Saya mampu share untuk masalah jerawat saja. Kalau hitam di ketiak etc, saya tak sure tapi for sure boleh rujuk dengan doktor pakar kulit juga.

  3. Hi sis, utk mslh ketiak gelap boleh try deodorant Smelly No More..deodorant ni jns batu/crystal stone natural mineral salt. Kat watson dan guardian ada jual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *