Aurat Wanita Di Airport

Aku tak tahu la sesuai ke tak confess macam ni.. Ni lebih kepada pendapat aku la sebagai wanita muslim..

Aku ni walaupun dalam Malaysia, untuk ke satu2 negeri, aku memang prefer flight. Dan aku masih baru lagi la travel2 guna flight ni..

So masa pemeriksaan tu, kan tali pinggang semua kena buka.

Baru ni dekat Airport Kuching, aku tertarik sebab di sana ada satu macam bahagian bertirai untuk wanita muslim betulkan baju dan sebagainya.

Aku tak pernah jumpa mana2 airport lain di Malaysia ada ruangan macam tu..

Atau mungkin ada, tapi aku yang tak tahu atau tak perasan. Sorry la kalau memang ada.. Sebab aku tak pernah jumpa setakat ni terutamanya di Airport KL.

Kalau Airport Kuching tu memang nampak jelas ruangan tu.

Aku ni jenis pakai seluar mesti pakai belt sebab aku jenis keding.

So lepas cheking, walaupun nak pakai belt ja pun, tapi kena buat depan umum tu aku memang segan..

So aku akan pergi pakai belt kat toilet. Sebab kita bukan perasan mata2 apa ja perhati susuk badan kita.

Tapi kadang2 kan ada antara kita dah memang terlewat. Flight dah nak berlepas.

So nak tak nak kena cepat2 pakai kat situ jugak.. Kalau nak pi toilet mungkin tak sempat.

So aku rasa semua airport dalam Malaysia ni harus mencontohi airport kuching yang muslim friendly terutamanya untuk wanita muslim.

Apa tah lagi, negara kita ni memang negara islam. Bagi aku ni satu cara supaya islam ni nampak agama yang mudah, memudahkan wanita islam dalam menjaga batas aurat.

Sebab benda ni bukan perlukan ruangan besar pun. Just 2 kaki x 2 kaki pun dah cukup..

Dekat kuching tu, dia orang guna partition ja kalau tak silap. Lepas tu pintu pun pakai kain biru macam tirai tu.

Lagi satu, ramai jugak pelancong2 islam dari negara lain travel ke Malaysia. Mungkin cara ni boleh jadi satu contoh yang positive untuk negara kita.

Ni just pendapat aku saja la. Nak suarakan pendapat ni kat saluran yang betul aku tak pasti kat mana.. So just rasa nak confess kat sini.

Anyway, syabas to pengurusan Airport Kuching yang peka tentang aurat dan sebagainya. Walaupun makanan mahal gila, but u win my heart on this matter..

Thank you admin kalau sudi approve luahan saya ini..

– Nisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *