Dosa Sementara, Pahala Berpanjangan

Aku tak tahu samada aku je ke yang fikir kolot macam ni. Entahlah

Aku M29. Bujang. Tak pernah couple. Tak pernah in relationship.

Kadang, selalu jealous tengok orang yang ada pasangan bermanja cubit pipi. Nak jugak rasa disayangi oleh pasangan.

Dah nak dekat 30 tak pernah sentuh perempuan dengan sengaja atau untuk suka suka.

Jealous tengok orang lain boleh bertepuk tampar laki perempuan. Aku pun nak have fun macam tu. Tapi aku tahu tak boleh.

Aku tak kata aku alim. Dosa aku banyak. Tapi aku letak very high boundary on skinship.

Sejak dari UIA sampai sekarang, aku perati je ramai member2 yang couple bertahun.

Time couple tu faham faham lah. Berpeluk, pegang tangan etc. Memang sayang menyayangi. Indah kan.

Ada yang sampai kawin, ada yang break. Jodoh tak sampai lah kan tu.

Yang bermain dalam fikiran aku sekarang adalah, kolot sangat ke cara aku ni sebab tu single sampai sekarang?

Sekarang ni aku ada jatuh hati kat sorang colleague. Dia sangat berbeza dengan aku. Tepuk tampar dengan laki, very social etc. Aku pun kawan gelak tawa jugak dengan dia.

Aku nak sangat approach dia, nak pikat hati dia. Tapi kalau nak pikat dia, macam mana kalau aku fikiran kolot macam ni?

Aku nak ajak dia dinner. Aku nak wish good morning, good night everyday. Aku nak sweet talk dengan dia. Aku nak tumpangkan dia naik satu kereta hantar dia balik rumah.

Aku nak tunjuk yang aku ni gentleman macam perempuan suka. Tapi aku tak boleh nak buat semua benda ni. Aku tahu semua benda tu salah.

Natijahnya, memang aku takkan dapat pikat hati dia sampai bila bila lah macam ni.

Adakah aku ni terlampau kolot?

Orang lain couple 4-5 tahun. Tahu buat dosa. Tapi lepastu kan diorang kahwin. Lepas kahwin, buat pahala berpanjangan.

Aku terfikir sangat pasal benda ni. Should I do the same?

Mungkin aku korbankan diri buat dosa sekarang, untuk aku dapat pasangan yang boleh buat pahala bersama lepas kahwin nanti.

Dosa sementara untuk pahala yang berpanjangan?

Aku buntu. Aku terombang ambing. Hati tak tenteram.

Mohon bantuan kata kata dari kalian untuk tunjuk ajar apa yang patut saya buat.

– Khalil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. kau bagitau je dia direct yg kau berkenan dgn dia nak buat isteri tapi kau jenis yg hormat wanita dan tak bersentuhan, lelaki kan pembimbing, kau bimbinglah dia

  2. aku pn tekan emoji 😯 ni haha.dgn cr pemikiran ko ni,senang doa ko termakbul klu ko buat solat hajat n istiharah insyaAllah Allah bg ko jwpn sepantas kilat, klu btl pompuan yg ko suka tu jodoh ko Allah akn permudahkn segala urusan ko n tup tup kawen, klu la pmpuan ko minat tu bkn jodoh ko, Allah jg akn bg ko pentunjuk dn permudah urusan ko jmpa jodoh ko yg spatutnya, janji Allah itu pasti, org yg baik adalah utk yg baik jgk, dn blh jd ko suka org tu tp Allah lbh tau ape yg terbaik utk ko. istiharahla dan doa slalu sepertiga mlm mntk petunjuk

  3. Awak try buat solat istikharah. Minta petunjuk dari yg Maha Kuasa. Bila da dapat jawapan, jika betul shes the one, approach die dgn cara baik. At least die tahu perasaan awak kat dia. Im pretty sure youre a good guy. Good luck 😉

  4. Normal ya cmtu, xpa awk…mmg haram pn nk bersentuhan lelaki dan perempuan….Sy pn xpnh couple…zmn bljr mmg tumpu study ja…igt nk cri jodoh ms kerja…tp xjmpa² gk…😅😅…msh lg single…umur pn dh dkt 40an..dh msuk kategori andar** dh..Ada lh kot hikmahnya Allah jauhkan kta dr prkara² cmni…

  5. salute lelaki mcm ni ! tkpe kalau suka direct je ckp nk kenal better tgk keserasian ke arah perkahwinan kalau tk nnt hanyut bercinta je lebih, lagi2 bila tk pernah bercinta nnt dh experience syaitan tunggu masa je. Bgitau boundary apa yg awak nk set to that girl. & doa petunjuk allah dlm usaha cari jodoh. Semoga dipermudahkan

  6. Awak memang lelaki baik. Awak layak dapat yang baik. Semestinya kita tak tahu dosa manusia yang mana bawak manusia ke neraka, perbuatan baik yg mana hantar manusia ke syurga.. dengan kata lain, kedudukan seorang manusia, hanya Allah yang tahu..ye mungkin ada kualiti tersendiri wanita yang awk berkenan tu, tapi awk tengok kan dia bertepuk tampar, bersosial sebgainya.. ada hukum Allah yang diringankan dengan jelas.. ya, kita x layak menilai manusia.. tp awk masih berpeluang mencari yang lebih baik.. cari lah yang lebih baik.. awak x kolot… Awak menjaga diri awak dengan baik.. mengetahui laranganNya.. awak boleh berusaha mencari pasangan hidup dengan cara yang berasaskan ajaran Islam…sesi taaruf yang sungguh² untuk tengok keserasian.. bukan asal boleh je..Islam x kolot tp untuk menjaga kemuliaan hamba Allah.. awak berada di landasan betul, jd kalau nk berpasangan, lakukannya dengan cara betul ikut agama islam dan serius.. jangan korbankan apa yg awak jaga selama ni..cari lah yang terbaik mengikut agama islam.. saya yakin, ramai anak gadis yang baik² kat luar sana tu.. cuma kena rajin berusaha.. insyaallah.. bahagia dan sweet tu bonus yg datang kemudian, yg pertama diutamakan adalah keberkatan… Ni bercakap ni hasil pengalaman hidup juga..sebab salah cara, zaman muda bercinta sebelum kawin….sekarang bukan tak bahagia… Tp camna ye, kalau boleh balik ke masa lalu, mak cik akan utamakan keberkatan dan menjaga cara membina hubungan tu terlebih dulu..selamat berjaya confessor.. moga Allah memberkati

  7. Haiilaaa… tak payah couple2 ni, buang masa. dh cukup duit, dh smpai seru, terus je bgtau niat sebenar pd crush, kata nk jumpa mak ayah crush u tu. Masuk minang terus. Tawakal pd Allah, jika ini jodohku, permudahkanlah, jika bukan jodohku, jauhkanlah. Inshaa Allah, Allah akan aturkan sebaiknya tnpa disangka2.. Sis ckp ni berdasarkan pglman sis. Rasa menyesal bercouple dlu masa d U. Buang masa, buang duit, yang bertambahnya adalah dosa. Sis doa hari2 agar anak2 sis x mengikut trend couple2 ni.

  8. Kalau betul suka dia, usahakan. Tapi janganlah awak ikut cara dia pulak. Dah tahu dosa, takkan nak buat kan, semata sebab nak dapatkan perhatian dia. Awak ikut cara awak, jangan bersentuhan, jangan bertepuk tampar, dan minta jasa baik dia untuk buat macam tu jugak. Dua-dua dah berkenan, terus halalkan hubungan. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *