Reply, (https://iiumc.com/dosa-sementara-pahala-berpanjangan/).
Assalamualaikum. Untuk Khalil. Stop fikir kau kolot. Kau bukan kolot tapi menjaga. Erti kata lain menjaga ikhtilat.
Sebenarnya situasi aku pon macam kau. M29, Bujang. Tak pernah couple. Tak pernah in relationship.
Ya benar semenjak lahir aku jomblo. Kalaulah single tu ada pengiktirafan. Aku dah ada triple PHD dah kot.
Oh ya, aku ni lelaki straight bukan gay ye. Ada kawan ingat aku gay sebab tak pernah couple.
Dan aku beritahu siap². Tiada plot twist dalam cerita aku ni.
Aku belum ada someone special pon sebab aku tak mencari.
Waktu zaman belajar kawan lain dah mula cari calon pasangan, couple sana sini. Aku tak terdetik pon nak macam tu juga. Adalah crush dengan orang. Tapi macam tu je la.
Sebenarnya setiap orang ada timingnya sendiri. Kau lelaki kot. Tak payah risau sangat dan fikir kau kolot. Kau limited sebenarnya.
Tuhan jaga diri kau sebenarnya. Tak best sebenarnya jalin hubungan dengan couple & dalam waktu sama kumpul dosa.
Kita rasa bestlah sebab couple kan libatkan hati, perasaan, kasih sayang, feeling in love. Tapi bila libatkan semua tu hampir mustahil tak terjerumus dengan dosa.
Perasaan & rasa semua tu selayaknya hanyalah selepas dah jadi pasangan sah.
Aku teringat seorang Ustaz ada pesan lebih kurang macam ni.
Bila mana kau suka seseorang, kemudian couple (Ada buat perkara dosa) dan ditakdirkan berkahwin. Tetap wajib bertaubat atas dosa² waktu couple.
Dan keberkatan perkahwinan kau sebenarnya dah terusik dengan dosa waktu couple.
Sebab ramai anggap bila dah kahwin, dosa² sebelum tu auto gugur & kau seperti bayi yang baru lahir tanpa dosa.
Aku faham perasaan kau. Rasa jealous tu aku faham. Aku pon nak sangat. Tapi aku tahan, aku ada prinsip, boleh nak macam tu tapi dengan pasangan halal.
Cara aku alihkan perasaan tu, aku sekarang aktif bersukan. Bila bersukan tu auto lebih produktif. Tak ada fikir 24 jam nak couple @ kahwin.
Dan bagusnya kau tahu cara approach yang macam kau nak buat tu salah. Jadi kau buatlah cara approach yang betul.
Nanti kau cari cara taaruf. Insya-Allah cara taaruf lagi teratur dan fokus betul² nak cari pasangan dan bukannya couple.
Tak yah lah nak buat dosa 3-4 tahun lepastu fikir nanti boleh buat pahala lepas kahwin.
Untuk diri aku. Umur pon dah nak 30 an. Tiada masa nak couple². Sekarang tumpu kumpul duit je dan naikan value diri. Bila value diri kau tinggi auto orang akan tertarik dengan kau.
Untuk hal mencari jodoh. Aku sekarang giat cari circle baru. Contoh macam circle hobi, keagamaan. Pilihlah yang kau suka. Insya-Allah kau akan jumpa ramai kawan lain jantina.
Start berkawan dengan orang baru dan bila Berkenan terus tanya dah berpunya ke belum. Kalau belum, sudi tak nak taaruf (berkenalan) Dah setel.
Lupakan je lah couple tu. Kalau nak, mula dengan berkawan. Tiada komitmen macam orang bercouple.
Couple tu best sebab nafsu je.
– Syamil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi Confessor .. Meh berkenalan jom .. Kita buat networking baru ..
Setuju.
Alhamdulillah… Setuju sesangat. Allah Akan Jaga Kita jika Kita jauhi larangan Allah.