Masalah Kewangan

Assalamualaikum semua.. Tahun 2024 baru saja bermula. Saya sekadar nak meluahkan apa yang terbuku dihati.

Setiap orang ada timeline sendiri, kadang ada yang bernasib baik, ada yang tidak bernasib baik, ada yang tersalah pilih jalan, setiap detik manusia sentiasa akan ada ujian yang Allah swt bagi. Sama ada ujian nikmat atau sebaliknya.

Setiap masalah yang ada saya tak gemar untuk berkongsi dengan orang terdekat atas sebab tak pernah dapat jalan penyelesaian kecuali pertikaian.

Orang lebih suka pertikai itu ini, kritik itu ini berbanding bagi suggestions or pertolongan. No wonder ramai yang pilih untuk ambik nyawa sendiri. Tapi bila jadi macam tu, mula la keluar ayat “simpati”

“Ada masalah kenapa tak cerita?”

“Kenapa tak bagitau nak minta tolong?”

“Nak mintak tolong apa2 kami boleh saja tolong”

Bla bla bla..

Manusia Annoying yang cuba tunjuk konon dia la paling ambik berat masalah orang terdekat, padahal dia la kaki kritik.

Zaman sekarang ni untuk status berkahwin/ ada anak/ 30an sangatlah susah untuk diambil bekerja.

Dah pergi IV, majikan lebih rela buang masa buat IV tiap2 bulan untuk ambik bujang & muda2 bekerja berbanding status yang dinyatakan diatas atas alasan, “nanti kerap cuti anak sakit”

✓Apa ingat kami Tuhan ke boleh tahu bila nak diuji dengan kesihatan anak?

✓Apa majikan semua masih bujang ke? Majikan takda anak ke?

✓Kalau anak majikan sakit, anak setahun dua tu merangkak naik grab p klinik sendiri ke?

✓Atau sebab anda majikan anda rasa anda boleh keluar masuk sesuka hati?

✓Apa anda ingat bujang takda family?

✓Apa anda ingat budak2 muda nak stay lama ke?

✓Atau memang jadi rakyat Malaysia yang 30an keatas & berkahwin menandakan mereka semua dah EXPIRED?

✓Anda bandingkan kami dengan warga asing?!!! Warga asing datang sini bawak family ke? Kena bayar sewa rumah ke? Kena bayar utilities? Kena prepare stok makanan setiap bulan? TAK PUN!

Subsidi rakyat mereka KEBAS dengan RAKUS dan disokong oleh pemegang kuasa!

Berniaga? Zaman sekarang lebih ramai penjual berbanding pembeli.

Hari ni start menu baru & viral, esok lusa berbondong-bondong tumbuh peniaga baru dengan menu yang sama & BUANG HARGA tak masuk akal.

Hutang & komitmen masih berjalan. Kerja tak dapat-dapat. Berniaga pun kejap ada kejap takda order.

Rumah sewa pun dah kena halau sebab tertunggak. Nak masuk rumah baru kena deposit lagi.

Any suggestions untuk saya mohon bantuan bayar tunggakan rumah lama & deposit rumah baru dengan segera dan bayar balik selepas kewangan stabil?

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Betul tu. Hanya mampu mendengar jer masalah orang. Sumbangan apa pun tarak. Habuk pun tarakkk. Nasib baik ada IIUMC ni tempat mintak pendapat. Haiiihhh Hanya mampu mengeluh kat ‘IIUMC jer la.🤫

  2. ” Semua kesalahan yang saya lakukan harus dipertanggungjawabkan oleh orang. Lepas ni saya perlu buat kesalahan dan kesilapan sebanyak banyaknya. Saya tak perlu salahkan diri saya. Orang lain perlu bertanggungjawab dengan kesalahan dan kesilapan saya. Dunia perlu adil. “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *