Apa Kau Nak?

Sedih betul, kat Palestin tengah berjuang nak hidup, yang Munah kat sini berjuang berangan tak sudah.. Vongok!

Hai, ini Munah. Umur malas lah nak reveal. Munah nak kabo satu perkara ni. Kenapa eh lelaki dah jadi laki orang ni suka sangat contact balik dengan kawan pompuan single deme. Dah tau dulu-dulu ada history kenapa cari pasal?

Munah ni single lagi. Problem Munah sekarang, Munah tercontact balik dengan crush Munah masa sekolah. Bukan Munah yang start, dialah start. Nama dia Mat (bukan nama sebenar).

Mula-mula tu Munah teruja lah sebab Munah memang suka kat Mat dari sekolah kot tetiba dah umur matang-matang gini contact-contact balik pulak, confess la sesikit. Mat mula lah nak flirting dengan Munah. Dasar lelaki kabaret.

Munah adalah tegur tak elok, pastu sentap pulak dia nya. Munah tegur tu sebab dia dah kawin, Munah pulak single, jadi kalau sampai menggedik tu kan tak elok kepada pasangan. Terus Mat tulis ‘bersambung’ waktu Munah tengah seronok berborak.

Munah terasa jugaklah tapi Munah terima je dan stop chatting sebab mungkin kata-kata Munah tu pedas sangat.

Pastu lama Mat tak contact Munah dalam 3-4 bulan gitu. Marah la tu, lantaklah, Munah pun buat diam jelah. Takkan Munah nak contact tanya pulak, memang tak lah. Munah pun tau harga diri. Masa ni akhir tahun 2021.

Tapi tiba-tiba raya cina tahun 2022 Mat contact balik tanya-tanya khabar Munah. Munah layan jelah sebab Munah tengok Mat ni tak rasa bersalah pun tinggal Munah gitu je. Layan biasa-biasa je.

Tapi hati Munah ni dah bergetar semula. Tertanya-tanya, kenapa masih nak contact lagi ni. Ingatkan haritu dah sentap sedolah diri. Tak rupanya la kan.

Munah mulalah berangan, mesti Mat ni masih selalu ingat Munah. Munah memang tak pernah lupa Mat. Munah rasa Munah tak salah kalau layan pun sebab yang ada perasaan suka ni Munah sorang je. Tengok, berjaya tak hembusan bisikan syaiton tu.

Tapi tulah, apa-apa jadi mesti balik ke Munah jugak kan. Gatal melayan sape suruh. Tak pasal dapat title penyondol free-free je. Munah tak nak gitu. Munah tak suka tengok perempuan lain menangis dan kecewa sebab Munah pulak.

Dalam tergedik-gedik Munah berangan sorang-sorang tu, Munah rasa Mat ni sebenonya bukan suka Munah lagi pun. Sebabnya ada sekali tiba time gatal Munah melayan tu, Munah drag Mat borak lama sikit la.

Tapi Munah rasa Mat ni ada time limit nak berborak, cukup masa kena berhenti. Sama ada tu prinsip Mat atau Mat ni ahli PERTABI yang setia. Sebabnya tengah serius berchatting tetiba Mat kata ‘bersambung’, Munah ni tengah menaip lagi kot.

Nampak je perkataan ‘bersambung’ tu Munah terus stop, delete semua ayat-ayat yang Munah nak hantar dan terus tutup whatsapp. Munah geram. Munah bukan bersembang tentang perkara lagha, Munah tengah tanya Mat pasal pelaburan emas yang memang dia expert.

Tapi Munah dapat rasa masa Mat jelaskan tu pun tak berapa nak bagitau beria sebab cepat-cepat nak berhenti. Kuang asam betul. Perkataan ‘bersambung’ tu buat Munah fobia, pada Munah tu macam kind of rejection. Lepas tu Munah terus delete nombor Mat.

Yelah, orang dah reject kita buat apa terhegeh-hegeh lagi. Tapi Munah tak block sebab kan Munah dah kata Munah masih suka Mat. Munah cuba nak benci Mat sebab perangai tak semenggah dia tu tapi tak boleh lah nok, Munah rasa dia tak salah pun.

Yang rasa Mat tak suka Munah ni Munah sorang je, perasaan Mat yang sebenar Munah tak tau dan Munah tak nak tau pun.

Lepas daripada tu memang kami tak berhubung langsung. Munah anggap Mat memang dah lupakan Munahlah. Dah tak suka buat apa nak ingat kan. Cuma Munah masih juga teringat. Masih memasang angan-angan sendiri.

Best tau feeling sensorang ni. Ada lah jugak masuk dalam mimpi Munah bagai. Bila bangun tu berbunga-bunga Munah ni meneruskan angan-angan.

Tapi perasaan berbunga-bunga ni bukan setiap masa, waktu emosi tak waras dia timbullah tapi tak pernah sedetik pun Munah teringin nak contact ke apa sebab nombor pun Munah dah takde. Dekat setahun lebih kami tak berhubungan.

Sehingga akhir tahun 2023, ingatan Munah kepada Mat masih kuat, banyak kali jugak bulu mata Munah berguguran berjemaah dan setiap kali gugur tu mulalah Munah perasan dan berharap, mesti Mat rindu kat Munah ni. Betul kan, kalau ada orang rindu kita, bulu mata kita gugur.

Bila pikir-pikir balik kan, apasal pulak orang rindu kita, anggota badan kita pulak yang dapat kesan, patutnya dia punyalah kan, mahal tau bulu mata walaupun cenonit je.

Dari mata turun ke hati, takde bulu mata aje tak lawo mata tu, macam mana nak turun ke hati, orang lari ada lah kan, kan.

Kemuncak daripada rasa tak puas hati Munah ialah baruni birthday Munah. Birthday Munah awal Januari. Munah tak suka orang wish Munah publicly. Jadi Munah hide birthdate Munah kat fb, tak pernah reveal kat mana-mana socmed pun, shoppe pun Munah tak bagitau.

Kawan-kawan wish sebab memang diorang ingat, Munah lagi suka gitu, diingati genuinely bukan sebab dapat notifikasi. Kalau dapat notifikasi tu macam tak real lah kan ingat birthday kita. Tapi sebelum subuh hari birthday Munah tu tetiba Munah dapat wish daripada Mat.

Birthday ni kan istimewa, tarikh yang istimewa setiap orang. Isteri ke gelpren boleh merajuk kan kalau pasangan tak ingat birthday memasing. Tak dapat hadiah pun tak pe asalkan dapat wish. Tu rasanya kebanyakan pompuan dalam dunia ni suka.

Berbalik kepada Mat, entah kenapa Munah taklah teruja sangat dapat wish dia walaupun kiranya Mat orang pertama yang wish sebabnya sebelum tu kan dah kena reject.

Yelah mana ada orang nak wish sebelum subuh, standardnya mestilah lepas pukul lapan pagi, lepas masing-masing dah menjalani rutin biasa kehidupan.

Masalahnya kan, Munah tak pernah bagitau birthdate Munah kat Mat ni, heran jugak macam mana dia tau, dari mana dia tau. Jadi adakah ni tanda yang Mat ni masih sentiasa ingat Munah dan adakah Mat masih suka Munah?

Cuba akak abang pikirkan sikit. Nilah yang Munah marah, sebab dapat wish yang tak disangka ni Munah dah terperasan balik, mula membayangkan Mat ni ada perasaan kat Munah lagi. Hare betullah. Sampai harini Munah tetap tak simpan nombor Mat. Malas.

Jadi Munah nak bagitau lelaki-lelaki kat luar sana yang spesis Mat ni, tak baik tau kacau anak dara orang macam ni. Walau pun kalau ada perasaan suka janganlah sesekali mencuba-cuba macam ni.

Untuk apa sebenonya buat gini, apa dapatnya? Kang kalau tersangkut, wanita-wanita lemah yang suka perasan macam Munah ni jugak yang akan dipersalahkan sedangkan kami tak minta dan tak mulakan hubungan terlarang gini.

Insaflah spesis-spesis Mat sekalian ye, bertaubatlah kalau suka nak main-mainkan perasaan orang. Struggle tau nak lawan. Mana nak boost up iman, mana nak tepis bisikan syaitonirrojim lagi, be considerate please.

Dah ada keluarga yang aman damai, isteri cantik, baik, anak-anak comel, jaga elok-elok. Jangan dikhianati. Kalau setakat jadi ahli PERTABI seumur hidup jangan diduga lautan bergelora kang ada yang meninggal sebelum waktunya. Apa kau nak sebenonya?

Kakak-kakak sekalian tolonglah tengokkan laki memasing ye, sape yang rope Mat ni dipiatkan telinganya tu, bio sedo diri sikit.

Dah, Munah nak layan perasaan jap. Ingat ye lelaki-lelaki spesis Mat, kalau suka seseorang macam Munah, terus tanya betul-betul.

Kalau berani dan sanggup dikecam macam Abang Tesla dan Abang Teega yang keempat, joinlah kelab depa, berguru elok-elok. baru macho. Ada bran? Adios!

– Munah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mungkin paras rupa awak cantik. Lebih cantik dari ira kazar atau mira. Mungkin kot🤭. Ada gambar tak??? Bimbang suami kiter terpaut kang, lepas tu sebelah pihak duk melayan jugak. Kalau betul terpaksalah bagi viral satu dunia. Supaya isteri – isteri lain pun akan alert. Bahaya doh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *