Kerana Orang Ketiga IV

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession yang budiman. 

Masih ingat lagi cerita Ani, Man dan Esah? Kalau tak ingat meh aku sertakan cerita yang aku karang setahun lebih yang lepas. 

Part 1: https://iiumc.com/kerana-orang-ketiga/

Part 2: https://iiumc.com/kerana-orang-ketiga-ii/

Part 3: https://iiumc.com/kerana-orang-ketiga-iii/

Kepada yang terlupa, namaku Ani. Setahun lebih yang lepas aku ada menulis kisah kecurangan suamiku, Man.

Kali ini, aku terpanggil untuk kembali menulis sekadar untuk berkongsi apa yang berlaku antara Ani, Man dan Esah (semua bukan nama sebenar). 

So dipendekkan cerita, aku berikan peluang kedua kepada Man dengan harapan dia berubah. Aku cuba ubah sikap aku, cuba ajak Man dating untuk dapatkan kembali rasa sayang pada suami aku.

Aku tau memang susah.. Tapi tak bermaksud aku tak boleh cuba kan?

Dalam masa yang sama, aku berjanji pada diri aku.. Aku bagi setahun probation period untuk Man.. Sekiranya dia lulus, insyaallah aku boleh pupuk kembali rasa cinta dan kasih pada Man. 

Dalam masa probation period tu, awalnya Man berubah lebih baik.. Layanan pada aku dan anak2 juga baik.. Aku gembira bila tgk perubahan Man.. Tapi rupanya perubahan tu cuma sementara. 

Bulan ke 6 probation period, Man mula menunjukkan perangai baran nya.

Aku masih ingat, 11 jun 2023, aku call Man untuk hantar anak² ke rumah kerana aku terlibat dengan kerja outstation pada minggu itu. Hari itu juga aku demam panas. Man pula tak cuba nak bagi kerjasama untuk jemput anak².

Maka berbekalkan tenaga yang ada, aku bawa anak² pulang kepada Man. Perjalanan hampir 4 jam terasa jauh sekali. Beberapa kali aku terpaksa berhenti kerana demam panas ku. Aku memandu dalam keadaan menggigil.

Aku kuatkan semangat juga sebab aku ada kerja yang tak boleh dielakkan. Aku terpaksa minta bantuan Man untuk uruskan anak². Beginilah keadaan kami yang pjj. Bila aku ada kerja, anak² terpaksa ponteng sekolah dan duduk bersama ayah mereka.

Dipendekkan cerita, aku sampai ke rumah lebih kurang jam 6 petang. Aku terus masuk ke bilik untuk berehat. Tak tahan sungguh rasanya badanku kerana demam panas dan penat memandu.

Tak lama lepas tu, Man masuk ke rumah dan kami bertengkar. Man hilang sabar. Man tampar muka aku.. Berdesing telingaku.. Aku tercampak ke atas katil, dan sedar², dahiku juga berdarah..

Aku terus capai henfon dan call polis.. Polis sampai tak lama kemudian, jiran semua keluar.. Semua kepoh.. Man bagitau polis, dia tampar aku sebab nak halang aku daripada cederakan dia dan anak².. Bullshit! Kau memang sengaja nak tampar aku pastu kau buat cerita..

Aku terus ke balai sejurus selepas polis menenangkan keadaan. Aku buat report. Tapi bodohnya aku, bila polis offer nak tangkap Man, aku terasa kesian dan cakap tak perlu sebab anak² berada dengan Man. Maka kes hanya jadi setakat itu. 

Beberapa hari lepas kejadian tu, Man menghubungi ku dan beritahu dia dah failkan cerai.. Katanya mahu cerai secara baik.

Aku terkejut tapi dalam masa yang sama aku nampak jalan keluar. Dengan tenangnya aku bersetuju untuk bercerai untuk kebaikan bersama. 

Fast forward beberapa minggu kemudian ketika kami masih menunggu tarikh panggilan ke mahkamah, aku pulang ke rumah Man untuk mengemas barang2 ku. Aku buat keputusan untuk pindahkan barang² sedikit demi sedikit.

Mulanya aku tak bermaksud nak keluar dari rumah kami. Tapi memandangkan Man telah beritahu keluarga nya yang kami akan bercerai, aku ambil keputusan untuk bercerita kepada keluargaku. Marah sungguh ibu dan abah bila dapat tahu anaknya diperlakukan sedemikian.

Abah terus suruh aku kemaskan barang2ku dan pindah ke rumah abah. Aku akur. Aku tahu, aku masih ada keluargaku.

Dalam pada aku mengemas, tiba2 telefon Man berbunyi. Man tak angkat telefon. Aku tanya kenapa, dia jawab malas. Sekali lagi telefon Man berbunyi. Cepat2 aku tgk siapa yang telefon. Guess what? Esah!!

Walaupun nombornya Man tak save, tapi aku cukup kenal nombor tu. Cehh. Patutlah beria failkan cerai. Dah ada spare part menunggu.

Aku terus mengamuk. Aku macam orang gila. Man terus lari keluar rumah ntah ke Mana. Aku call keluarga aku. Semua datang dan tolong aku ambil barang2 aku dan keluar dari rumah Man. 

Sedih? Tak tau nak diungkapkan. 

Malam itu aku menangis macam orang gila. Ibu lah yang menenangkan aku. Memujuk supaya melupakan. Mana mungkin aku mampu lupakan perhubungan selama 18thn kami bercinta. Semua nampak mustahil.

Lepas ibu pujuk, aku semakin tenang. Aku cuba kuatkan semangat. Susah yang amat. Sekali lagi aku rasa lemah selemah lemahnya ketika itu. 

Aku cerita pada kawan baik aku, Bahar. Alhamdulillah, dengan bantuan Bahar, kata-katanya mampu buat aku tersedar. Ibu dan ayah juga tak putus2 beri kata-kata semangat. Alhamdulillah.. Perlahan lahan aku mula bangkit. 

Penghujung julai 2023, kami akhirnya berpisah. Aku hadir ke mahkamah ditemani ibu. Aku sangkakan aku akan menangis. Rupanya setitik air mata pun tak keluar. Mungkin dengan berkat doa dan semangat ibu dan abah buat aku kuat. 

Disebabkan aku pjj, aku ambil keputusan untuk habiskan tempoh eddah di negeri aku bekerja. Sengaja aku tak nak balik supaya Man tak pujuk aku untuk rujuk padanya. Dan sengaja aku tak beritahu Man tentang tempoh eddah aku.

Sebenarnya banyak perkara berlaku sepanjang tempoh eddah. Tapi tak perlu diceritakan. Cukup pahit dan menyakitkan. 

Dan dalam ketika aku masih bereddah, aku dapat tau Esah dan Man kembali berhubungan. Kesana kesini tanpa tau dosa pahala. Dan mereka merancang untuk bernikah. Bukan aku yang korek rahsia, tapi ramai yang menyampaikan pada aku. 

Sekarang, Januari 2024. Hampir 6 bulan aku bercerai, aku dapat berita Man dan Esah akhirnya bernikah. Tercapai hasrat mereka untuk berumahtangga setelah rumahtangga aku berantakan. Aku? Masih trauma. Fokus aku hanyalah pada anak² yang sedang membesar. 

Anak² macam Mana selepas kami bercerai? Alhamdulillah anak² gembira. Kata mereka ayah tak lagi pukul mummy. Dan sepanjang penceraian pun, Man cuma datang melawat anak kurang 5 kali. 

Man dan Esah bernikah tanpa pengetahuan anak² kami. Anak tengok gambar ayah mereka kawen, anak yang call tanya ayah. Man mengaku pada anak² yang dia dh kawen dengan Esah. Esah pula cuba buat baik depan anak² aku tapi anak² aku tak suka. Hahaha.. Padan muka kau. 

Mungkin dalam kisah ni Man berjaya. Tapi pada aku, Man hilang semua. Man hilang seorang perempuan yang sangat2 ikhlas terima kekurangan dia, yang ada bersama dia semasa dia tak punya apa. Man hilang anak² dia.

Aku pula lebih gembira dan makin tenang bersama keluargaku. Esah? Aku dengar anak² dan keluarga dia ada yang tak boleh terima Man. Takpe, pada aku elok la tu. Penyondol akhirnya bertemu jodoh. Semoga tak disondol la ye. 

Doakan aku dan anak² terus kuat ya wahai pembaca yang budiman. Terima kasih kerana membaca luahan hati aku. 

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. stay strong akak. Doa saya sentiasa bersama akak. Saya juga dapat rasa apa yang akak rasa. Walaupun jalan cerita kita sedikit berbeza (suami tidak curang, tapi …..), tapi, sakit yg akak rasa, saya juga pernah rasa.

    • Terima kasih sis atas doanya. Insyaallah sy dan anak² semakin gembira. Sy doakan sis gembira juga ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *