Suamiku Alien II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-alien/).

Hai.. Aku kembali lagi. Kali ni aku akan bercerita mengapa aku menggelar suami sendiri sebagai alien.

Mengapa alien? Alien bagi aku adalah perkara yang tak pernah ditemui atau sangat jarang ditemui. Ada beberapa benda yang aku rasa kan alien pada suamiku.

Yang pertama yang aku perasan adalah bau badan. Selepas berkahwin aku dapati suamiku sangat sangat ringkas orangnya.

Meja solek hanya dipenuhi barangan aku saja. Skincare, makeup, pelbagai berus.. 99% ruang dipenuhi barangan aku je.. Barang dia? Hmmm.. Hanya sikat dan minyak rambut dan perfume. Deodoran pun tak pakai sebab badan dia tak berbau langsung!

Kalau lepas jogging atau berpeluh buat kerja, bau yang keluar tu tak busuk tapi menenangkan. Kau orang fahamkan, bau badan yang Allah anugerahkan kat setiap orang cuma dia dapat versi yang tak berbau busuk, hahaha.

Masa aku mengandung dulu memang suka peluk dia waktu dia berpeluh sebab nak cium bau tu. Sebab tu aku gelar dia alien, hahaha.

Berat badan. Selepas berkahwin 24 tahun berat badan dia tak naik langsung. Dia boleh sesuka hati je nak makan apa nak makan bila. Tak perlu susah susah nak diet macam aku. Kadar metabolisme dia tinggi sebab lepas makan mesti pergi membuang.

Aku selalu usik dia kata jangan la buang sayang baru lepas makan, hahaha. Sebab tu la boleh kekal berat badan lepas 20 tahun kahwin.

Hobi. Hobi suami aku ni pelik sikit tapi hobi dia menggembirakan aku. Kalau orang lain terutama lelaki selalunya punya hobi makeup kereta/motosikal ke, main game ke, memancing ke, tengok bola ke, tengok wayang ke. Hobi suami aku pulak suka cari duit.

Macam-macam bisnes dia suka buat. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi. Kalau bersembang tu memang cerita pasal bisnes dia la. Macam-macam idea dia akan cerita dan tanya pandangan aku.

Kalau dapat projek bagus mesti dia akan bawak kami satu family makan2 kat restoran yang aku pilih. Dia memang pemurah pada keluarganya.

Rambut. Walaupun dah melepasi angka 50, rambut suami aku masih tebal dan hitam. Ada uban sikit je di misai dan janggut. Adik dia sendiri ada yang dah botak dan beruban.

Kadang2 orang salah anggap kata dia adik dan si adik abang sebab dia nampak awet muda. Walaupun dah tua aku masih kena belikan dia pomade, hahaha.

Handphone. Handphone selalunya barang yang sangat privacy bagi seorang suami kan. Tapi bukan suami aku. Password handphone dia pun aku yang cipta. Handphone dia aku boleh buka tengok bila-bila masa dan dia tak pernah halang pun.

Kadang2 aku saja usik dia nak cari bukti tengok kot2 ada penyondol. Orang bisnes macam dia kan sentiasa kena melayan klien perempuan. Suamiku kata nafsu dia tak terusik tengok perempuan lain.

Walaupun begitu aku tak mudah-mudah percaya. Aku ada buat spotcheck. Akaun fb dia aku monitor. Siapa yang komen dalam fb semua aku baca. Spotcheck kereta dia dan cuba cari kalau ada second handphone. 

Setakat ni dah 24 tahun aku tak jumpa lagi perkara mencurigakan. Alhamdulillah.

Melahirkan anak-anak seramai lima orang suami aku setia disisi menemani aku di bilik bersalin. Dan menjadi mr mama kepada anak kami seramai 5 orang sewaktu aku dalam pantang anak ke 5.

Selepas subuh bergegas menyiapkan anak2 dan hantar ke sekolah.

Balik pula masak makanan berpantang aku, mandikan dan menyiapkan bayi, bantu aku mandi dan turut memanaskan tungku untuk aku bertungku nanti. Selesai semua baru dia bersiap untuk keluar bekerja.

Dia suka mengajak aku menemani dia ke mana-mana walaupun cuma hantar dokumen. Kadang-kadang aku malas nak keluar. Orang introvert macam aku suka duduk rumah. Tak suka keluar walaupun untuk makan.

Tapi dia akan pujuk untuk keluar. Hari-hari tanya sayang ada nak buat apa-apa hari ni ke? Ada nak makan kat mana-mana ke? Tu yang buat kasih sayang kami tetap segar walaupun dah menikah 24 tahun.

Jalan pula masih berpegangan tangan. Walaupun kami bercinta selepas kahwin namun kami serasi bersama. Alhamdulillah.

Bertengkar? Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Mana ada dalam rumahtangga yang tidak dilanda ribut.

Aku pernah dilanda depresi. Suamiku setia disisi, sentiasa cuba menyenangkan aku, bawa aku pergi bercuti. Kadang2 jatuh kasihan aku, tanggungjawab suamiku cukup berat, menjadi ketua syarikat, memimpin pekerja, semua masalah syarikat terletak atas bahu dia.

Namun kata dia penat di dunia ja nanti boleh berehat dalam kubur nanti. Yang penting dia dah lunaskan tanggungjawab dengan sebaik dan semampunya.

Ada ayat suami aku ucap yang buat aku rasa terharu sangat.

Katanya apa saja perkara yang membahagiakan sayang akan buat abang turut bahagia. Apa saja yang sayang suka abang akan belajar untuk turut suka. Dan kalau perkara tu tak menyalahi syariat abang tak akan halang.

Hari ini, sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 24 tahun aku mohon padamu ya Allah dan aku menjadi saksi yang suamiku adalah seorang suami yang sangat bertanggungjawab, mendidik dan membimbing aku dan anak2 tanpa lelah dan jemu.

Dia telah menunaikan amanah yang engkau berikan dengan sebaik-baiknya. Ya Allah lindungilah dia, ampunilah dosa-dosanya, kurniakan kesabaran kepadanya dalam membimbing kami untuk mentaatimu. Aku sangat sayang kepadanya ya Allah.

Moga jodoh kami kekal hingga ke syurgamu. Aamiin.

– Orked (Bini Alien) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mungkin sebab awak buat banyak kebaikan2, oleh itu Allah anugerahkan kt awak suami yg sgt alien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *