Jangan Terlalu Selesa Bila Berkata Kata

Hari ni aku tertarik nak bercerita apa yang berlaku tentang culture makcik-makcik untuk generasi zaman sekarang. Tak selesa sebenarnya bila diri ini diperkatakan sebegitu.

Tapi kita sebagai young generation perlu sabar dan tabah untuk melalui pelbagai fasa. Mungkin sikap seseorang tu tak mencerminkan diri dia yang Sebenar.

Perkara ni sentiasa jer terjadi dekat diri aku dan kawan-kawan rapat satu blok juga bila kita bersama dengan Genk makcik-makcik ni. Mulut diorang ni aduhai terang -terang menyakitkan hati.

Kalau dari side adik beradik yang berkata sedemikian, kita ada hak jugaklah untuk menegur “Jangan cakap macam tu” “tak elok bercakap macam ni” membuatkan orang tak selesa. Itu kalau kita ambik peduli.

Kita takut bila kita bersuara kita juga jadi keterlaluan dan orang pandang kita kurang ajar tapi perkataan mereka tu sendiri buat kita terasa hati.

Semalam baru jer berlaku sewaktu bergotong royong dekat rumah aku, so ada kerjasama sesama orang blok kampung untuk membersihkan stor dan barang-barang lama.

Kita tolonglah kan dan aku ni cuba nak bantu juga apa yang patut. Aku memang suka beramai sebenarnya seronok bila buat kerja sama-sama.

Tapi ada suatu keadaan tu terpaksa pekakkan telinga walaupun ia amat menyakitkan hati.

Bagi aku kan yang mana kita mampu buat, kita buat jela dan ada orang nak tolong tu seribu nikmat dan kebaikan dah.

Kalau ada yang tak mampu dan datang sekadar memeriahkan pun dah cukup dan tersangat okey dah. Tak payah lah kita nak bercakap yang bukan-bukan.

Ada juga bersuara tu dalam kalangan makcik-makcik ni bercakap, first kes anak sedara akulah. Datang keluar makan je tak tolong apa-apa lepastu memerap dalam bilik. Aku nak buat macam mana?.

Takkan nak paksa orang pulak. Malu tu ada juga sebab side family aku. At least boleh didik dari situ untuk join komuniti.

Tapi orang dah tak nak, itu pun jadi masalah. Aku sendiri tak faham. Kerja tetap siap juga walaupun tak ramai yang hadir.

Sebenarnya dalam kalangan menolong tu aku lah yang paling muda. Sebab Aku nak wakilkan mak aku supaya mak aku tak kerja kuat sangat. Yela kene basuh kawah, tong besar besar dan ada barang yang berat-berat.

Akak-akak aku pun ada join juga. Aku pun jarang sebenarnya nak menolong dan berkomuniti macam ni. Aku tak suka bila makcik-makcik mengata mengumpat dan bercakap pasal orang lain, buatkan aku tak selesa sangat.

Contohlah Aku tak de dekat situ, adakah diri Aku ni juga menjadi issue?

Aku ni memang pendiam orangnya, tak bercampur sangat dengan orang dan aku jarang ambik peduli hal orang lain. Jadi aku tak suka vibes-vibes negative tu sendiri menghantui hari-hari aku.

Dah la tak selesa dengan orang yang kita sendiri tak biasa. Seterusnya makcik-makcik ni suka sangat Jodoh-jodohkan orang.

Tahulah aku single duk kenen kenenkan kita dengan orang itu, dengan orang ini. Jadi kita macam “apa ni makcik?”. Jangan melampau sangat… eh itu bercakap dalam hati jela.

Aku tak suka sebenarnya tapi tak boleh bersuara. Hilang rasa hormat aku nanti. Walaupun dalam nada gurauan sebab ia melibatkan hati perasaan seseorang. Aku sendiri pun terasa bila direndahkan -rendahkan lambat berkahwin.

Aku boleh terima ketentuan dan Korang ni siapa pula nak bercakap pasal takdir. Lepastu issue status orang pun jadikan mainan.

Aku dah banyak kali kena macam ni dengan makcik-makcik ni. Tapi sabar jela. cubalah Jadi manusia yang pandai ambik hati generasi muda hari ini.

Terang-terang kita memerlukan tenaga muda untuk bantu kita untuk hari ini dan akan datang.

Mungkinlah itu Jadi topik bualan untuk beramah mesra, nak merapatkan ukhuwah antara manusia. Banyak lagi hal yang boleh dikongsikan untuk generasi muda ni belajar.

Sebenarnya aku banyak je dengar hal macam ni, dan cerita ni bukan dari diri aku seorang saja. Ramai kawan-kawan yang kene tempiasnya juga sampai kami ambik keputusan untuk menjauhi. Tak suka berada dalam circle tu.

Tapi aku tak delah cakap sikap makcik-makcik tu semua sama. Ada jer yang okey. Sporting. Pandai bergurau dengan cara betul.

Cuma aku tak suka orang bergosip lepastu mempersoalkan aku dengan hal yang aku sendiri tak ada jawapannya. Siapa yang tak turun padang tu, akan menjadi issue dan topik bualan hangatlah nanti.

So harap juga kepada yang baca cerita aku ni, boleh bagi pendapat dan pandangan yang positive dan dari sini saya harap ada pengajaran yang boleh kita manfaatkan suatu hari nanti.

Mungkin aku ni terlalu muda untuk terjebak dalam hal macam ni. Aku sendiri tak tahu macam mana nak control dalam keadaan tu ataupun mungkin juga aku yang terlalu sensetive dan mudah terasa mudah ambik hati dengan cara orang.

Jika ada cara lain untuk bagi pendapat yang lebih dewasa untuk aku belajar sama-samalah kita kongsikan idea masing-masing.

– Emma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *