Emak Tidak Nyanyuk

Jika aku boleh memilih induk, aku mahu lahir dari rahim permaisuri raja atau mana2 wanita hebat. Namun Allah berkehendak mengatur apa jua milikNya.

Nama ku Ziya, usia sudah cukup matang, telah melalui jangka hidup yang panjang. Luahan ku ini semoga menjadi iktibar, yang baik jadi tauladan, sebaliknya yang tidak baik tinggalkan.

Aku anak ke 3 dari 9 beradik lahir dari ibu OKU mental. Tahap pemikiran dan pertimbangannya sangat rendah (below normal) tidak mampu berfungsi sebagai ibu yang menyayangi, melindungi, mendidik dengan nilai murni dan mendoakan.

Ibuku anak tunggal, atuk dan opahku agak berada memiliki banyak hartanah. Kekurangannya menyebabkan sukar anak mereka disunting orang.

Ibu berjodoh secara penipuan, dikatakan dia wanita normal yang mempunyai banyak kepandaian. Ayah terperangkap dalam perkahwinan tapi memilih utk meneruskan kerana dia yatim piatu dan miskin tidak berharta.

Ketika itu ayah berkerja sebagai SC (speacial guard) zaman komunis tahun 1950an. Bagi menutup ketidakmampuan ibu, opahku mengambil alih banyak tugas rumahtangga kerana takut anaknya diceraikan.

Apabila ibu melahirkan anak opah mengambil 3 orang cucu yang terawal semasa bayi dijaga dirumahnya. Rumahtangga opah berantakan sepanjang kehadiran anak2 kecil dan berakhir dengan perceraian kerana atuk terabai kehendak lahir batinnya.

Opah tidur bersama cucu2 kecil yang rapat kelahirannya, berturut tahun. Ketika opah bercerai aku berumur 10 tahun, abang 11 tahun dan kakak sulung 13 tahun.

Ketika itu Ibu sudah melahirkan anak yang keenam, rapat2 juga umur selang setahun. Bermulalah kehidupan suram aku terpaksa mengikut opah yang diceraikan turun sehelai sepinggang.

Ayah ibu hanya mahukan kakak kerana boleh nengambil alih tugas menguruskan rumahtangga dan menjaga adik2. Kakak diberhentikan sekolah semasa darjah 5.

Abang ketika itu satu2nya anak jantan kebanggaan mereka. Aku tidak diperlukan kerana masalah kemiskinan melampau, kebodohan (mental) ibu dan anak2 yang ada pun dah cukup ramai.

Opah menyalahkan aku menuduh penyebab penceraiannya. Dia balik ke kampung asalnya meninggalkan aku terumbang ambing.

Terpaksa datang ke rumah ibu ayah, aku dihalau kerana membebankan mereka. Aku tolong kakak kerja2 rumah dan jaga adik2 seawal dilahirkan supaya aku diterima di rumah itu.

Aku bertahan walau didera fizikal dan mental kerana aku hilang tempat berlindung dan tempat makan. Aku juga sayang kepada adikberadik.

Utk mendapat duit, aku berserta kakak dan adik yang agak besar mengambil upah kerja dibendang, basuh kain rumah orang dll. Upah tersebut kami beli bahan makanan kerana bapa selepas SC dia berkerja sebagai jaga lombong gajinya jauh dari mencukupi.

Dimana Ibu ku? kami jumpa dia waktu makan dan waktu malam sebelum tidur.

Anak2nya yang kecil tinggal dalam jagaan kami. Aku adalah target ibu melepaskan kemarahan jika ada yang tak kena walau bukan salahku termasuk kesalahan kecil yang remeh temeh.

Aku disumpah seranah dengan bahasa yang kesat siap carut marut dan dipukul tanpa belas ehsan. Bila dia mengamuk aku terpaksa lari terjun tingkap, terjun tangga menyelamatkan diri kerana dia melemparku dengan apa saja yang tercapai termasuk kayu api dan parang.

Ayah mendahului abang dari segi layanan, dikecualikan dari kerja berat dan ditanggung persekolahan kerana perinsipnya anak jantan panjang langkah. Manakala perempuan ke ceruk dapur walau berpelajaran tinggi.

Aku hanya sempat menghabiskan persekolah setakat darjah 6 kerana kesempitan hidup dan pengabaian ayah terhadap aku.

Anak2 menanggung beban penghinaan dari masyarakat sekampung kerana penampilan ibu ku tidak semenggah dengan kain tak berapa lekat dipinggang, luar biasa pengotornya najis pun kesat2 ikut sempat.

Kebersihan diri jauh sekali, pendekata buruk perangai buruk rupa. Kami dihalau jika datang kerumah orang kerana takut kami minta makan.

Semasa kecil kami busuk kerana belum tahu layan diri dan ibu bukan figura yang dapat dicontohi.

Bebanan kesempitan hidup, penghinaan orang luar dan tempat tinggal yang tidak selamat serta kotor menyebabkan anak2 mahu keluar segera dari rumah membina kehidupan sendiri.

Kami terlalu penat dan sakit jiwa raga. Oleh kerana aku yang kerap dihalau dan aku juga yang tidak bersekolah maka seawal umur 13 tahun aku keluar ke bandar Ipoh bekerja sebagai pembantu rumah.

Aku cuma mahukan kehidupan yang normal, ada tempat berlindung dan dapat makan. Bekerja dari satu rumah kesatu rumah hinggalah aku ditakdirkan jadi pembantu keluarga cikgu.

mungkin cikgu tersebut melihat aku sedikit bijak, dia cadangkan aku mengubah kehidupan melalui pelajaran. Sepanjang tercicir persekolahan jiwa aku tidak pernah padam utk kembali bersekolah.

Ketika itu usia ku baru 15 tahun, aku menduduki peperiksaan SRP sebagai calon persendirian dengan bantuan majikanku.

Dipendekkan kisahku, setelah melalui pelbagai ranjau dan duri aku berjaya keperingkat universiti bergraduasi awal tahun 1980.

Sepanjang dalam kerjaya aku tetap menghulur belanja kepada ayah, adikberadikku dah ada 9 org. ramai yang masih belajar.

Sepanjang perjuanganku Allah hadhirkan insan2 mulia membiayai pengajian antaranya majikanku, pengetua STAR, guru kelas tingk. 6 dan Dokter Pengarah nursing school serta sekumpulan matron nursing.

Kini aku telah lebih 10 tahun bersara dari jawatan pegawai kanan kerajaan. Suami ku juga pesara pegawai tertinggi kerajaan, kami punyai anak 8 orang dan cucus.

Anak2 juga bekerjaya bidang profesional. Ibu ku mencapai umur 90an, Ayah sudah lama meninggal.

Fasa penjagaan ibu amat pencabar kerana sudah sampai peringkat sangat gemar (fetish) kepada najis. Dia sangat puas dapat menyentuh, melumur najis pada lantai dinding dan dibadannya.

Pada aku dia bukan nyanyuk, memang itu perangai asalnya sejak ku celik mata mengenalinya. Ketika aku dihalau dari rumah, aku keluar tidak menoleh belakang dan berharap tidak berjumpanya lagi.

Namun ketentuan Allah mahu aku menghadap dia lagi dengan perangai buruk yang memang aku dah jangka. Tidak seorang pun dari anak2nya ada sentimen terhadap orang tua ni.

Kini mereka meletakkan liabiliti itu lebih kepada aku. Mereka juga terabai dengan sejarah membesar yang tidak eluk cuma tiada penderaan fizikal.

Jika aku mencari salah, takut aku menyalahkan takdir. Biarlah dia terlepas peluang menghargai dan menatang permata yang 9 ini, asal aku tidak terlepas ganjaran terbesar dari Allah dengan menjaganya dihari tua yang tidak lagi bermanfaat atas orang yang hidup.

Jika dia kotorkan dan busukkan rumah ku, semuga Allah gantikan aku dengan rumah istana yang lebih baik disana kelak. Adikberadik ku yang mengelak dari menjaga dan mengabaikan dia sebenarnya sedang melepaskan ganjaran dari Allah.

Ibrahnya, janganlah dikawinkan orang yang tidak cukup akal kerana zuriatnya yang nenanggung beban dari kecil hingga dewasa.

Kami tidak mendapat kasih sayang, tiada nilai adap yang murni, tiada motivasi, bodoh tiada tumpuan belajar dan kurang zat pemakanan.

Penghinaan yang melampau menyebabkan kami kehilangan jati diri dan sentiasa dalam ketakutan. Syukur aku terlepas dari putaran ganas kemiskinan dan kebodohan.

Hanya sekadar luahan ~ Ziya pernah terbuang

– Ziya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kisah hidup puan buat air mata saya mengalir bagaikan hujan…puan memang cekal dan tabah.Saya setuju dengan pendapat puan..OKU Mental memang tak wajar berkahwin sebab tak berdaya urus diri sendiri,suami dan anak-anak. Allah bagi puan peluang dan pahala yang besar kerana menjaga ibu puan..moga Allah berkati hidup puan dunia akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *