Hubungan Yang Tiada Erti

Hi nama aku Sya. Aku datang daripada cerita unresolved feelings.

Aku 100% faham tentang perasaan dan situasi yang dialami oleh Lilly (https://iiumc.com/unresolved-feelings-2/) sebab benda yang sama berlaku dalam hidup aku.

Awalnya aku ingat aku seorang je yang ada perasaan macam ni ternyata aku salah.

Masa umur aku 8 tahun aku ada kenal dengan seorang lelaki yang berusia 18 tahun. Aku namakan dia Jakpar.

Jakpar ni dia baik dengan family aku tau tapi aku tak suka dia sebab dia suka usyik aku ejek la perli la so aku jadi benci dengan dia. Jakpar ni kerja berdekatan rumah aku.

Mak aku ada warung makan jadi selalu la dia datang melepak dekat situ. Aku tak tahu macam mana daripada perasaan benci tu aku boleh tersuka dekat dia.

Aku akan ternanti-nantikan kedatangan dia dekat warung mak aku. Masa aku umur 12 tahun aku ambik nombor telephone dia daripada hp mak aku.

Aku call dia tapi aku buat macam salah nombor la haha. Lepas tu kami mula chat dia messenger biasa tu time tu tak ada hp android ye masih pakai nokia 3310 lagi haha.

Tapi sepanjang aku chat dia kami hanya berkawan sahaja dan selama 8 bulan dia tak tahu pun aku ni siapa haha. Satu haritu aku terfikir untuk confess dekat dia yang aku ni siapa sebenarnya.

Aku suruh la dia teka. Dia teka kakak aku ye hahaha.

Lepas tu aku jujur la dengan dia yang aku ni takut sebenarnya kalau mak aku tahu yang aku contact dengan dia sebab parents aku tegas ye. Dia pun tak ada la bagitahu mak aku apa2.

So kami teruskan berkawan. Makin lama aku makin suka dengan dia.

Sehari tak chat dia aku akan rasa tak keruan. Kami kerap jugak otp setiap malam.

Namun hubungan kami hanya sekadar kawan. Tapi aku dapat rasakan yang aku mula jatuh hati dengan dia.

Ada satu harini aku dengan dia ada salah faham dan kami tak contact selama 8 bulan. Selama 8 bulan tu aku ingat dia dah lupakan aku.

Aku sangat sedih ye. Hidup aku macam kosong tak ada apa masa ni umur aku 14 tahun.

Aku malas sebenarnya nak layan perasaan macam ni sebab aku tahu aku masih kecik lagi tapi tulah perasaan dalam hati ni membuak-buak.

Satu haritu aku dapat tahu yang dia keluar negara atas urusan kerja.

Dalam masa 2 hari aku dapat miscall daripada nombor luar negara. Aku macam boleh agak siapa yang call aku.

Aku pun apa lagi dengan rasa tak malunya aku call dia semula la. Kami teruskan berkawan macam biasa sampai la aku dah jadi gila dengan dia.

Setiap hari kami berhubung melalui hp oh ya kami tak berjumpa tau cuma kalau dia datang tempat kerja dia yang berdekatan rumah aku tu. Aku akan keluar atau intai dia melalui tingkap.

Kereta dia kalau lock ada bunyi tau. Setiap kali aku dengar bunyi tu cepat-cepat aku intai dekat tingkap ternyata itu dia.

Masa ni aku takut sangat nak bagitahu dia yang aku sukakan dia sebab aku takut dia anggap itu hanya effection aku dekat dia. Dan lagi satu beza umur aku dan Jakpar hampir 10 tahun.

Dia nak ke aku yang masih budak-budak lagi ni. Aku selalu overthinking macam2.

Aku terlalu obsess dengan dia tau. Apa yang dia suka semua aku suka.

Apa yang dia tak suka aku pun tak suka. Aku sangat la pemalu tau bila terserampak dengan dia aku jadi tak tentu arah.

Dia pulak macam biasa suka kacau2 aku. Setiap kali bunyi kereta dia jantung aku berdebar laju.

Tangan aku shaking. Rasa nak demam hahaha aku tak tahu la kenapa tapi aku boleh rasanya perasaan aku dekat dia bukan hanya sekadar kawan.

Aku decide umur aku 17 tahun lepas habis spm aku nak confess dekat dia. Mungkin masa tu nanti aku lebih confident untuk luahkan perasaan aku.

Tapi tiba2 satu hari dia bagitahu aku yang dia dah bertunang. Hancur ye hati aku masa ni.

Aku tak percaya aku ingat dia saja nak main-mainkan aku. Aku pun buat tak tahu jelah.

Satu haritu aku dengan mak aku singgah la kedai makan ayah dia. Dia pun ada dekat situ dia borak-borak la dengan mak aku.

Korang tahu dia tunjuk apa? Dia tunjuk gambar tunang dia dan gambar majlis pertunangkan dia.

Dah setahun ye Jakpar ni bertunang. Aku masa tu mata dah berkaca nak menangis tapi aku tahan je.

Balik je rumah aku mesej dia aku tanya kenapa awak tak bagitahu saya yang awak dah bertunang hampir setahun. Dia cakap dia dah bagitahu aku yang tak percaya tapi itu pun baru 2 bulan dia bagitahu.

Kenapa tak bagitahu masa nak tunang dulu. Sumpah masa ni aku sakit sangat aku rasa ditipu dimain-mainkan.

Aku ingat selama ni dia pun ada perasaan yang sama dekat aku rupanya tak. Dia hanya gunakan aku sebagai time pass je hanya untuk luangkan masalah dia je.

Aku mula stop chat dengan dia. Aku cakap dengan dia selama kita kawan ni saya tak tahu pulak yang awak ada plan nak bertunang.

Kalau tahu mungkin saya akan jauhkan diri saya daripada awak sebab saya tak nak awak tipu tunang awak chat dengan pompuan lain belakang dia. Itu hari terakhir aku mesej dia.

Dalam masa 3-4 bulan macam tu dia dengan mak dia datang rumah aku untuk bagi kad kawin. Dia boleh senyum-senyum ye tengok aku.

Aku dalam hati ni rasa nak koyak je kad kawin tu. Sakitnya hati bukan sebab dia nak berkahwin tapi sebab dia tak jujur dengan aku.

Aku tertanya-tanya apa hubungan aku dengan dia selama ni. Tak kan tak ada apa2.

Tak kan sedikit pun dia tak sukakan aku. Aku sangat down sampaikan aku tak nak kenal dengan lelaki lain.

Macam Lilly jugak aku kerap mimpikan dia. Bertahun perasaan dan mimpi2 tu menghantui aku.

Walapun aku ada bf lain aku tetap mimpi dia. Mimpi tu ada yang sedih dan ada yang happy tapi setiap kali bangun daripada tido aku akan tertanya-tanya kenapa dia yang selalu muncul dalam mimpi aku.

Aku dah move on dengan chapter dia tapi masa terselit lagi dalam hati aku soalan apa hubungan aku dengan dia. Dia anggap aku ni sebagai apa dalam hidup dia.

Sampai aku dah kawin pun perasaan tu masih ada. Even aku dah kawin pun aku masih termimpikan dia.

Hidup aku tak tenang. Aku rasa bersalah sangat dengan suami aku.

Yelah dah kawin tapi masih mimpikan ex crush aku kan. Kalau suami aku tahu mesti dia sedih.

Suami aku lelaki yang cukup baik dan sempurna bagi aku. Jauh lebih baik dan bagus berbanding Jakpar.

Tapi kenapa aku masih mimpikan dia. Ada satu harini aku dan suami keluar negara.

Negara yang sama Jakpar selalu travel utk urusan kerja dia. Kami pegi hanya utk melancong.

Masa dekat airport aku terserempak dengan family dia tau. Aku mula cari kelibat dia.

Aku ingat dia nak hantar parents dia balik kampung rupanya dia pun nak fly ke negara yang sama cuma flight dia siang flight aku malam sikit. Mujur kami tak naik flight yang sama.

Walaupun aku benci dia aku masih friend dengan dia dekat FB. Aku selalu stalk dia.

Haritu aku stalk la dia daripada situ la aku dapat tahu yang dia fly ke negara yang sama aku nak pegi tu. Masa aku nak fly balik malaysia aku terpaksa contact dia utk tanya beberapa soalan berkaitan negara tu.

Sebab aku pun first time fly ke situ dia dah biasa jadi aku chat la dia semula selama 7 tahun aku tak contact dia. Mula2 aku bagi salam dan aku bagitahu la siapa diri aku.

Dia balas dengan tenang. Lepas tanya pasal system negara tu aku bagitahu la dia yang aku dekat dearah ni dia balas dia tahu sebab dia tengok story fb aku.

Aku tahu sebenarnya dia pun sukakan aku dulu cuma dia tak confess dengan aku tapi aku dah tak nak ingat balik benda2 tu semua. Lepas aku chat dia tu aku save la contact number dia.

Jadi dia boleh la tengok semua whatsapp status aku. Sengaja la aku post yang sweet2 dengan husband aku.

Ada yang dia reply ye haha nampak la dia jeles. Tiba2 satu hari aku dekat office dia call aku we.

Masa ni aku ingat dia tersalah call. Aku pun jawab la.

Aku tanya ada apa call sy. Dia cakap saje nak borak.

Aku cakap la nak borak apanya aku dah kawin jadi isteri orang aku bukan lagi sya yang pernah kau kenal dulu. Dia tergelak dia cakap cara aku sama macam dulu.

Angkuh dan ego. Ya dulu aku macam tu dengan dia sebab aku tak nak tunjuk yang aku sukakan dia.

Mungkin sebab tu la kot dia tak pernah confess dekat aku. Apa yang aku ingat berkaitan kami semuanya dia masih lagi ingat ya.

Dia tak pernah lupakan aku. Setiap ayat yang aku guna untuk chat dengan dia semua dia ingat.

Aku pun tergelak jelah masa dia cakap tu. Tiba2 dia tanya aku dulu apa hubungan aku dengan dia.

Lama kami berkawan berkenal tapi kami tak pernah declare hubungan kami. Aku terdiam kejap.

Aku tanya dia kenapa baru sekarang awak nak tanya soalan ni? Kenapa tak tanya masa dulu lagi?

Ya mungkin kita tak ada jodoh tapi kenapa awak biarkan hubungan tu hancur macam tu je tanpa ada kata putus. Dan sekarang hampir 13 tahun baru awak nak tahu.

Aku cakap dengan dia aku anggap dia sebagai kawan je. Tapi dia balas dia tak anggap aku macam tu.

Dia juga sukakan aku masa tu. Tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia tak pernah confess dekat aku.

Jadi betul la tekaan aku kan. Dia pun sukakan aku?

Aku tak berangan sorang2 la kan? Dia tanya aku balik tak akan aku tak ada simpan sikit pun perasaan dekat dia.

Korang tahu aku jawab apa..

Aku jawab tak ada kalau ada pun biar hanya saya je yang tahu. Awk tak perlu tahu apa2.

Masa ni aku nak nangis tau tapi apa gunanya. Aku dah kawin dah ada suami dia pun dah anak 2.

Perasaan aku masa ni lebih kepada lega dan puas hati sebab selama ni aku ingat aku je yang meroyan sukakan dia tergila-gilakan dia. Rupanya aku salah ya..

Dia juga ada perasaan yang sama. Mungkin kami berpisah sebab kami tak ada jodoh tapi perpisahan yang tiada kata putus dan hubungan yang tiada erti itu sangat perit dan sakit.

Lepas tu aku terus end call tu dan aku buat hidup aku macam biasa je. Lama kelamaan mimpi2 yang menghantui aku tu dah tak ada lagi.

Aku dah mula lupakan dia sepenuhnya..

Aku tak marah atau kecewa lagi dengan dia. Kini hidup aku sempurna dengan suami yang aku cintai.

Tak ada lagi perasaan atau mimpi orang lain dalam mimpi2 aku.. Hanya suami aku..

Suami aku sahaja yang layak untuk duduk didalam hati aku dan hidup bersamaku. Buat Jakpar terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya.

Saya harap awak juga dapat lupakan hubungan masa silam kita dan teruskan hidup awak seperti biasa dan bahagia bersama orang tersayang. Terima kasih juga ambik kesempatan untuk luahkan perasaan awak terhadap saya dulu.

Kalau awak tak luahkan mungkin perasaan dan mimpi tu akan menghantui saya selamanya.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *