Adakah Dia Lelaki Yang Baik Atau Tak?

Assalamualaikum, nama aku Elis (bukan nama sebenar), umur 28 tahun dan merupakan seorang perempuan yang masih mencari tujuan hidup.

Tujuan aku menulis dan meluahkan kisah hidup ni atas sebab-sebab aku rasa, aku terlalu memerlukan pendapat orang ramai untuk bantu aku buat keputusan.

Sebelum ni aku memang tak pernah terfikir pun untuk berkahwin sebab aku mempunyai kisah hidup yang tak berapa baik dengan lelaki.

Dari kecil sampai dewasa, lelaki yang aku jumpa semuanya tak guna termasuk ahli keluarga sendiri. Jadinya, aku memang tak terfikir untuk ada komitmen dengan lelaki.

Cerita bermula pada bulan 10 (tahun lepas), di mana aku bertemu dengan seorang lelaki ni dalam majlis tempat kerja yang sama.

Lelaki ni (Ash, bukan nama sebenar) menyatakan hasratnya untuk mengenali aku dengan tujuan untuk berkahwin sbb dia pun memang sedang mencari.

Dia berumur awal 30an dan kalau tengok daripada segi paras rupa pun memang nampak lelaki yang baik dan hitam manis orangnya.

Hampir 4 bulan juga sudah usia perkenalan kami, dan paling aku tak jangka, aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ni dan bercita-cita nak tamatkan zaman bujang kami pada tahun ni.

Bagi aku lelaki ni seorang yang sangat menjaga solat 5 waktunya dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ahli keluarganya. Anak yang baik lah kiranya. Nak dibandingkan dengan aku yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang baik.

Pengetahuan agamanya pun sangat baik, dan orang yang mengenalinya pun mengatakan hal yang sama.

Aku sangat selesa dengan lelaki ni sebab dia memang baik melayan aku, tak pernah sekali pun marah aku, selalu mengalah dan bertolak ansur dalam apa jua situasi, tak pernah berkira, suka belanja aku makan dan ajak aku berjalan.

Memang aku dilayan seperti permaisuri dan bagi aku tempoh bercinta kami setakat 4 bulan ni memang indah.

Kami pun baru sahaja pergi ke kursus kahwin, sebab bagi Ash lagi mudah jika dah ada awal sijil tu. Dia pun sudah berjumpa secara personal dengan ayahku untuk menyatakan hasratnya menikahi aku.

Bulan ni pun dijangka pertemuan dua keluarga akan bertemu untuk membincangkan proses seterusnya. Keluarga aku pun sangat menyukai Ash dan menantikan perkahwinan kami menjadi kenyataan.

Dalam tempoh 4 bulan ni pun, memang banyak kami berbincang dari segi financial dan kehidupan selepas berkahwin semua.

Tiada rahsia antara kami dan aku yakin dengan perkara itu. Memang aku nampak effort dan kepastian dia nak halalkan aku.

Tetapi yang menjadi kemusykilan dan keraguan aku sejak akhir-akhir ni, dia sudah mula menyentuh aku. Maksudnya kena berpegangan tangan, dan dia suka memeluk dan mencium pipi aku.

Aku tahu benda tu salah dan aku selalu mengingatkan dia bahawa perbuatan dia ni boleh menjadi asbab menghampiri zina. Jadi perlu dielakkan.

Dan selepas itu, dia pun meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Tapi setiap kali berjumpa dia lupa akan kata katanya dan suka memegang aku lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Katanya, setiap kali dia berjumpa aku, dengan cara itu adalah ‘love language’ dan ‘act of service’ dalam perhubungan bagi pendapat dia. Sampai satu tahap aku overthinking, dan aku rasa seolah-olah dia mahu mengambil kesempatan ke atas aku?

Aku yakin dia tahu itu berdosa kerana dia selalu memberi tazkirah dan mengingatkan aku tentang solat dan hal yang berkaitan agama.

Dia tahu semua tu salah tapi dia tetap melakukan hal tersebut. Hati aku seoalah-olah berkata “mulut kata sayang ikhlas, tapi action dia more to sayang kerana nafsu”.

Aku mahu meminta pendapat pembaca di luar sana, adakah lelaki kebiasaanya seperti ini dalam perhubungan atau hanya taktik dia untuk mempergunakan aku?

Yang benar,

– Elis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. red flag.. dia si narsis.. p study apa itu narsis, hya nk kan tubuh psgn, drjat atau pangkat, financial psgn..kaki curang. baik d mata org lain tp hya yg mangsa je tahu prangai dia. ptuskn sgera hbgn ni sblm khwin..dh khwin mnyesal x sudah. jga kehormatan diri sblm kwin, skli dh bagi, rhsia sis dlm ggaman dia. bila² mse je dia boleh bongkarkan. bt istikharah. Smg Allah selamatkan sis dr hbgn yg salah. dan digantikan dgn yg lebih baik.

  2. Elis, biasa atau tak biasa benda ni tetap salah dan berdosa ya. Allah dah larang.

    Akk nasihatkan Elis kena tegas ya. Tolong elak dan jangan layan dia bila dibuat begitu.

    Kalau Elis nak perkahwinan yang berkat, elakkan buat perkara haram sebelum kahwin. Semoga Allah kurniakan Elis kekuatan dan perkahwinan yang bahagia dan berkat.

  3. Mengarut saja bila dia kata perbuatan di tu “love language” dan “act of service”. Dia nak gaslight saudari.

    Semua orang boleh berlakon baik dan alim. Saudari tak duduk serumah dengan dia lagi, sebelum kawin semua orang boleh berlakon baik, bila dah kawin, barulah wajah sebenar kelihatan.

    Kalau dia betul2 baik, dia tak akan cuba cium saudari.

    Saya cadangkan saudari buat solat istiqarah 3 hari berturut2, minta Allah bagi petunjuk dengan jelas.

    Kalau dia bukan orang yang baik, lebih mudah untuk putuskan hubungan, berbanding cuba untuk bercerai selepas berkahwin

  4. ye marayu lah dekat dia. hahaha. ape lah awak ni. geram betul aku. GFFF dah di tipu tapi rela ditipu sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *