Rindu Arwah Kakak

Assalamualaikum wbt semua. Nama aku Siti, aku nak bercerita dan meluah berkaitan arwah kakak aku. 

Akhir-akhir ni aku selalu terkenangkan arwah kakak aku. Dalam keluarga, hanya aku dan arwah kakak belum berkahwin.

Aku bersyukur akhirnya aku dapat juga aku habiskan Ijazah dan dapat kerja tahun ini. 

Ayah aku bekerja sebagai pemandu teksi dan ibu suri rumah. Kami hidup dalam suasana miskin dengan adik beradik seramai 7 orang. Ada seorang ja lelaki yang selebihnya perempuan dan aku anak bongsu. 

Arwah kakak merantau bekerja dari umur 23 tahun bekerja di Syarikat Oil and Gas.

Dari awal arwah kakak bekerja dia banyak membantu keluarga. Bermula dengan keperluan dapur, keperluan mak dan ayah dan kami adik beradik.

Terutamanya bila tiba musim perayaan. Pasti arwah kakakku aku beria sediakan semuanya. Ada saja set pinggan mangkuk, perabot, perhiasan di sediakannya.

Tak lama lagi kita akan menyambut ramadhan lagilah membuatkan aku rindu arwah kakak aku. Sayu nya hatiku ini Ya Allah. 

Banyak lagi kebaikan kakak tidak pernah berkira. Dan menjadi kebiasaan arwah kakak aku menggalas semuanya. Ayah hanya tampung sikit-sikit. 

Ayah aku besar juga pendapatannya dari hasil sewa ladang tanahnya oleh sebuah syarikat menjadi sumber pendapatan ayah dan ayah juga tidak lagi bekerja sebagai pemandu teksi sejak kakak aku mula bekerja.

Aku bersyukur sepanjang aku menuntut di universiti, adik beradik lain sudah tidak bersekolah dan telah berkahwin. Yelah aku kan anak bongsu, hihi.

Jadi fokus kewangan ayah hanya membiayai pelajaranku di Universiti dan arwah kakak ada untuk membantu menanggung kos perbelanjaan rumah pada masa itu. 

Kakak aku juga banyak membantu dan menjaga ayah ketika ayah stroke dulu. Kini ayah telah pun sihat.

Oh ya. Arwah kakak dah tak bekerja di perantauan sejak isu covid dulu. Dan tinggal bersama Ibu dan Ayah. 

Cuma yang aku sedih sebelum arwah kakak pergi ada saja pertelingkahan antara ayah ibu dan arwah kakak. 

Selalu juga Ayah dan Ibu tidak mahu bertegur dan berbual dengan Arwah kakak sebab mereka terasa hati dengan kata-kata arwah kakak. 

Arwah kakak aku ini seorang yang pemurah tapi jenis yang lantang menegur dan kasar juga jika ada yang tidak berkenan dengan sesuatu isu.

Contoh nya isu semasa menjaga ayah sakit dulu, arwah kakak pernah persoalkan giliran menjaga ayah terutamannya giliran anak lelaki, abg kami kenapa tak pernah jaga ayah, datang pun hanya menjenguk sejam dua.

Belum lagi bab menghulurkan wang ringgit lagi lah mengelat. 

Ibu dan Ayah banyak tidak bersetuju dengan kakak dalam banyak hal. Tapi pada aku kakak aku betul. Cuma Ayah dan Ibu tidak mau menerimanya.

Banyak lagi kejadian-kejadian yang tak mampu nak diceritakan satu-satu. 

Aku pun tertanya-tanya selama ini, arwah kakak dah buat macam-macam untuk keluarga namun ayah dan Ibu terlalu mudah membencinya walaupun kerana kesalahan yang kecil. 

Kakak pergi pada umur 38 tahun. Allah lebih menyayangi arwah kakak. 

Doakan arwah kakak aku tergolong dalam kalangan yang beriman ya. Rindunya.

Semoga kebencian Ayah dan Ibu tidak menyukarkan urusan kakak di Sana.

Semoga syurga tempatmu Kakak. 

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *