Aku Dikambinghitamkan Di Tempat Kerja

Tempoh hari aku ada baca confession “Workplace Trauma” (https://iiumc.com/workplace-trauma/), cerita dia memang lebih kurang sama macam apa yang aku hadapi sekarang ni. Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan dengan semua orang yang ada dekat office aku ni.

Memang bila aku baca pasal confession “Workplace Trauma” ni memang sama sangat dengan apa yang aku alami sekarang, rasa dan aku nak kena hadap.

Aku just nak cakap dekat sis/bro yang tengah alami benda sama ni banyakkan bersabar dan sentiasa positif walaupun aku tahu kau takkan boleh positif. Aku pun sekarang tengah process nak cari kerja lain sebab mental aku dah exhausted.

Bermula pada beberapa tahun lepas, aku ni kira masuk company ni pun atas dasar recommendation. Tapi aku tak sangka team aku sendiri which is lead aku boleh nak burukkan aku and team aku lagi 2 orang sampai kena tendang and teammate aku lagi sorang berhenti sebab dah tak boleh nak tahan dengan perangai ni.

Manusia wei kalau dah dapat harta, pangkat dan kepercayaan dari orang atas memang dia akan buat kau macam takde papelah. Padahal selama kerja dengan lead aku ni banyak benda yang kami buat untuk naikkan nama dia.

Kau bayangkan dalam masa setahun dia boleh naik pangkat dalam 2 kali tapi tu pun dia tuduh aku ni jeles dengan kawan aku lagi sorang tulah sebab boss-boss aku yang lain terpaksa naikkan pangkat kawan aku sorang ni. Aku macam tak percaya lagi lead aku ni boleh mengumpat aku sampai tahap macam tu.

Tu yang pertama, sebelum ni pun dah banyak kali dia gaslighting aku dengan sikap dia. Banyak benda wei.

Sampaikan dia kutuk aku cakap aku ni kaki gossip dekat boss-boss aku padahal dia yang kaki gossip lepas tu dia kambing hitamkan aku yang cakap semua benda apa yang dia cakap macam buruk-burukkan orang, kutuk-kutuk orang.

Tapi aku tak boleh nak buat apa sebab dia ni lead aku. Apa-apa aku kena follow jelah. Lama wei aku keje dengan dia ni. Makin hari, makin menyampah pulak aku nak tengok muka lead aku ni.

Bukan menyampah apa, menyampah sebab dia pandai nak korek-korek rahsia orang and bila dah tahu dia pegi sebarkan kat semua orang. Lepas tu kalau benda tu dah jadi worst dia tak nak ngaku dia yang cakap and sebarkan.

Aku ni masuk keje kat sini boleh dikatakan, dulu memang orang kepercayaan boss. Apa-apa kerja khas yang kena buat mesti takkan pecah dekat sesiapa. Kau bayangkan lah sekarang paling worst aku rasa sebab apa-apa tugas khas yang diaorang ni kena buat mesti kecoh.

Nak dipendekkan cerita, Lead aku ni naik pangkat 2x dalam masa setahun. Memang semualah orang akan buat baik dengan dia, ikut cakap dia walaupun lead aku ni kadang Ya Allah kebodohan dia tu kau rasa mcam lembu pun tak sebodoh itu.

Tapi aku yelah sebab dia lead kan and of course dia boss, so nak tak nak semua memang akan dengar and ikut cakap dia.

Baru-baru ni aku dikambing hitamkan sebab mulut orang yang cuba-cuba nak baik dengan lead aku ni. Takpelah aku tak pernah nak kesah pun dia nak baik ke apa sebab bila kau dah terkena dengan lead aku ni kau akan tahu kau bermain dengan siapa.

Aku dengan kawan aku dah lama back off walaupun kitaorang di bawa masuk dekat company ni bersama. Lepas kawan aku pindah aku dah tak heran siapa ke apa ke nak burukkan aku ke apa.

Aku pun memang tengah proses nak cari kerja lain sebab dah tak tahan nak tengok maksiat, rasuah dan kebohongan yang berlaku depan mata aku. Aku malas dan aku tak nak nanti aku yang dicop menyebarkan semua benda yang berlaku.

Dalam pada berhati-hati pun ada jugak nama aku naik. Yang paling tak sangka budak unit aku sorang ni tunjuk lagi whatsapp apa yang aku whatsapp kat dia selepas aku masuk untuk jumpa dengan boss atas kepada lead aku.

Tak sangka aku tahap dia nak menjatuhkan orang tu sampai macam tu. Sebelum ni ada jugak aku dengar cerita orang-orang lama kat office aku ni bercakap pada budak sorang tapi aku tak sangkalah dia tahap sampai ke situ dia berani nak jatuhkan orang.

Aku masuk jumpa boss memang aku mintk untuk aku keluar dari unit aku. Aku dah tak tahan nak layan drama kejap tegur, kejap tak tegur. Since aku dalam process nak sihatkan balik mental health aku ni makanya aku mintaklah keluar. Memang drama unit aku ni.

Pening kepala dan sampai kau sendiri pun tak boleh nak buat kerja. Mana nak layan drama bodoh diaorang ni, mana nak kena settle kan kerja yang berlambak-lambak and menimbun-nimbun. Hadoi.

Paling tak percaya sebab budak yang konon nak tuduh aku ni jahat suka buat mulut and banyak sangat bercakap pasal orang dia yang selalu kantoikan konon terlepas cakap kat orang lain pasal tugas-tugas khas yang dia buat.

Contoh, pasal boss aku nak sambung belajar mintk tolong dia buat assignment semua dia bebel-bebel konon tak suka kutuk boss aku. Bila depan boss tak nak plak cakap tak nak buat semua. Terpaling mengikut arahan. Lagi pun dulu time aku masuk keje sini pun boss-boss atas memang cakap orang lama kat sini tak boleh dipercayai.

Bagi aku sama je kat sini culture fitnah-menfitnah tu macam dah biasa. Bukan tu je kat sini kalau boss ada hal sikit je dengan kau habis semua orang ikut sama tak tegur dan kurang senang dengan kau.

Aku baru 10 tahun experience keje tapi tak pernah jumpa company seteruk ni culture diaorang. Masalahnya orang yang super senior tunggu nak pencen takde pun berperangai macam ni. Orang yang baru 10-15 tahun kerja ni yang besar kepala tunjuk macam kau lah terpaling senior.

Budak yang duk gemar sangat burukkan orang dengan tunjuk whatsapp semua ni kalau aku nak describe dia mesti korang takkan percaya dengan apa yang dia “portray” dia. Baik, lemah lembut, konon cakap pun kadang mcm tak dengar suara.

Orang duk cakap aku menonjol padahal dia ni yang menonjol sebab dia memang kejar nak naik pangkat. Dia pernah cakap kat aku iye. Yang dia buat and akur apa sahaja lead aku suruh sebab dia nak naik pangkat and of courselah dengan perwatakkan dia orang takkan percaya dia jahat, buat cerita.

Orang akan nampak aku ni pulak yang jahat yelah aku ni jenis loud dan yang paling penting aku jujur dan tak pernah nak buat cerita pasal orang.

Aku pendekkan cerita lah, sekarang ni memang dia kaw kaw tengah mengampu lead aku ni. Memang apa sahaja dia sanggup untuk jadi kuli batak. Iye wei, sampaikan kalau pergi mana-mana orang akan confuse siapa PA lead aku ni dan orang akan ingat dia ni PA padahal jawatan dia benda lain.

Aku dah nampak sangat perangai dia ni jenis suka amik tahu hal orang Tapi dia suka buat-buat blur kalau depan orang lain. So nampak lah dia tu naif.

Kalau orang tuduh dia memang tak masuk akal lah sebab dia memang menjaga imej dia konon baik, pekak, rabun so dia tak nampak apa yang orang buat and dia tak dengar apa yang orang mengumpat. Padahal Ya Allah dia terpaling kecoh kalau apa-apa benda yang berlaku kat unit aku.

Contoh, ada satu kes dia sendiri yang pulaukan ada sorang unit aku ni. Aku yang di tuduh jadi ketua untuk pulaukan budak tu. Padahal aku takde kena mengena langsung dan time situasi tu aku takde wei. (unit aku ni banyak kena pergi outstation).

Aku dah pelik apasal pulak balik-balik outstation semua orang mcam tak nak bercakap dengan budak ni. Rupanya dia dah pulaukan budak tu, aku yang tak de kena mengena dan tak tahu menahu ni aku yang dituduh. Kau nampak tak punyalah nak dikambing hitamkan aku. Sampai macam tu eh.

Takpelah aku redha je aku harap kau puas hatilah dengan apa yang kau fitnah aku. Sebab aku tahu perangai kau jenis macam tu, kalau nama dia naik dekat boss aku pasal kes sebarkan info bagai mesti dia dah gelabah nak cari mangsa nak persalahkan.

Kat unit aku bahaya betul, kau buat pape sikit nanti terus orang salah tafsir and bila sampai kat boss-boss atas jadi lain. Ni pun kes aku ni macam-macam lah orang dah cakap aku ni itulah ini lah. Padahal kan aku ni banyak dah kena. Smpai satu tahap aku rasa macam aku terancam kerja dekat sini.

Orang record video aku berbincangan dengan partner aku pastu cakap aku bergaduh sampai partner aku nak pukul aku lah apa bagai. Padahal takde pun wei. Tapi kes video tu aku yang dipersalahkan.

Boss aku cakap, aku saje nak cari gaduh dengan orang lain. Kau nampak tak? Walaupun dia tahu aku jadi mangsa tapi yang tetap akan dipersalahkan adalah AKU.

Aku rindu team aku yang dulu. Kitaorang memang menjaga sesama kitaorang. Apa sahaja yang diperkatakan hanya mati dan terkubur di antara kami bertiga sahaja. Tak pernah sampai dekat orang lain.

Budak unit aku ni sial. Ada yang sekor tu siap berlakon nages-nages jumpa lead aku cakap aku sekat tak bagi aku kawan dengan orang lain lah apalah. Ya Allah aku ni tak kesahlah langsung kau nak kawan dengan siapa sekali pun sebab at the end of the day kau nak mati kea pa bukan urusan aku.

Pegi matilah kau nak kawan dengan siapa sekali pun. Tapi disebabkan budak unit aku yg lagi sorang ni (yang konon lemah lembut, baik) semua orang lah percaya cakap dia. Dasar budak kampung. Menyampah pulak aku dengan dia ni.

Konon lemah lembut tapi di ani memang aku red flag betul bila dia duk suka kutuk-kutuk pasal hal family laki dia kat office. Contoh adik ipar dia pemalas. Korang yang mana kat office suka mengutuk ipar duai korang tu ketahuilah bahawa manusia macam ni pandai cakap je, bila suruh cakap depan-depan tak berani. Ha sama macam dia ni.

Elok lah suami dia dapat isteri macam ni. Jenis sembang depan-depan baik jer kemain belakang-belakang duk kutuk, maki hamun ipar duai. Hahaha. Semoga satu hari nanti kantoi yang kau ni suka buat mulut pasal orang sebab aku dah penat nak tanggung semua kesalahan yang aku tak buat dan kau letak atas aku.

Buat masa ni, keje aku kena freeze yelah sebab of course lead and boss-boss aku dengar cakap perempuan ni. Tapi aku okay jer. Sebab aku tahu aku tak takut langsung untuk cakap benda yang betul. Kau tu lah yang takut sebab banyak sangat putar belit cerita..

Doakan aku tau korang semoga Allah luaskan rezeki aku, sebab aku on the way nak cari kerja baru sekarang.

Yang benar,

– Asilah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *