Aku Pernah Disitu

Salam & hai semua pembaca. Aku boleh kata silent reader tegar la kat page ni kan. Lately, macam few times aku terbaca luahan suami yang tak ‘dilayan’ isteri.

So, aku tertarik nak cerita kan kisah aku lah. By the way, aku single mom. Dah hampir 3 tahun berpisah.

Aku sangat sedih bila ada baca kisah yang macam ni. Sedih tu macam mencucuk je ke dada. Mungkin sebab aku pernah berada dalam situasi tu tapi versi isteri.

Sepanjang dalam tempoh perkahwinan aku, ex aku agak dingin dalam hubungan suami isteri ni. Aku yang meminta-minta dengan dia. Dingin tu dalam sebulan mungkin sekali je boleh dapat. Alasannya, letih kerja.

So, aku pun akur je lah. Kalau nampak dia macam tak penat baru aku mengendeng kat dia. Untung nasib, dapatlah.

Fast forward, setelah bertahun-tahun tertipu, baru lah aku tahu, rupanya dia ‘kenyang’ kat luar. Tukar2 perempuan sana sini. Patutla telegram ID tu asyik bertukar-tukar.

Aku yang naif ni pun tak syak apa-apa. Patutlah tiap kali sampai rumah letih katanya.

Aku pun bekerja juga. Balik rumah tak sempat duduk dah masuk dapur masak untuk makan malam, lipat baju, teman anak-anak buat keje sekolah. Elok je masih berkeinginan bersama.

Takdelah letih sampaikan masa untuk suami isteri tu tak ada feel langsung.

So, bukti pun ada & kukuh, aku berpisah secara fasakh. Merayu-rayu la dia, aku tak nak dah. Aku takut entah apa-apa penyakit pulak dibawanya nanti.

Lepas kegiatan dia terbongkar, aku buat check Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Sedih! Bila kau nak sangat-sangat, tapi dia pilih nak dengan yang haram. Aku yang berhak diberi nafkah batin ni, tak pulak dia bagi.

Jadi, nasihat aku pada isteri-isteri yang masih didamba, dirayu suami korang tu, layan la keinginan batin mereka. Mereka ada hak.

Sedih tau bila berkeinginan tapi tak dilayan. Tak tahu macam mana nak diterangkan. Aku pernah sampai menangis menahan rasa keinginan tu. Even until now.

Aku pernah puasa sebulan, sebab nak hilang rasa tu, adalah kurang, tapi masih berkeinginan. Hahahaha..

Kalau korang rasa tak bernafsu, jumpa doctor atau pun ikhtiar jamu-jamu @ supplement untuk kesihatan wanita yang diyakini selamat ya.

Kalau rasa letih, ambil lah B complex ke, pergi exercise untuk cergaskan badan. At least you do something.

Kalau korang rasa tak ‘seronok’ bersama suami korang tu, communicate lah. Bagi tahu je kau nak macam mana. Apa yang buat kau selesa atau tak selesa.

Contoh kau suka dia wangi-wangi, kau tak suka dia sendawa & kentut masa bersama. Kau suka dia layan macam mana. Bende ni both kene take part.

Aku nak nikah lagi, tapi aku takut tak dilayan dengan sepatutnya. Takut kene tipu lagi, dan macam-macam la aku fikir.

Doa kan aku berjodoh dengan lelaki yang baik, yang boleh berikan ketenangan zahir & batin pada aku. Dan yang paling penting boleh terima aku & anak2 aku seadanya.

– BungaKelabu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam. Hidup ni begini la. Syurg tu mahal kan. Saya baru melafazkan talak siang tadi. Allahuakbar. Selepas 10 tahun pertahankan rumahtangga ni. Sebak lihat anak2 saya yg masih belum kenal dunia, perlu hadap kisah perpisahan kedia org tua mereka

  2. Salam. Ya syurga tu mahal kan. Saya baru sahaj melafazkan talak di mahkamah hari ni. 10 tahun saya pertahankan rumahtnggga ni. Tapi khirnya, saya redha dengan takdir. Sebak mengenangkan anak2 yg masih belum kenal erti dunia ni. Perlu menghadapi kisah perpisahan ibu bapa sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *