Dates From Dating Apps

Hi, aku Niagara. Umur 30. Aku menyewa seorang diri, jauh dari kampung halaman.

Pergi kesana kemari sendiri, makan sorang, nak pergi shopping/ jogging ke semua sendiri, hari minggu lagi rasa kosong sebab tenung siling sambil nangis, kalau bukan pasang tv tengok drama.

Dan bila isnin, mula kerja balik. Rasa hidup macam robot. Rasa lonely, tapi aku belajar juga rasa senang dengan cuma ada diri sendiri. Sampai pemujuk hati cuma, “nanti dalam kubur kan sorang2 juga”.

Sambil2 tu aku start dating apps & berjumpa beberapa.

1) Pertama yang aku kenal, handsome. Bagi nama dia Aidil. Tinggi sikit dari aku, jenis jaga fizikal & active lifestyle. Nampak pembersih & selalu wangi. Sampai 8 kali dating sebab dia tinggal berdekatan.

Tapi last2 kata “kita kawan kan” dengan takde perasaan. Pelik sebab kebanyakannya pun dia yang ajak jumpa.

Aku tak expect sangat membuang masa & emosi aku hampir 6 bulan tu. Kami tak rajin call/ mesej pun. Dua minggu sekali baru kami jumpa.

Lepas cakap macam tu, dia masih je ajak aku keluar jogging sama. Dia ingat aku main dating apps cari kawan ke? Tapi takpe la, dengan berat hati aku jauhkan juga diri.

Dari pengalaman dating tu pun aku nampak dia tak menjaga solat. Aku doa dia berubah, sebab banyak tips dari jogging & running yang dia share dengan aku (padahal aku benci running.)

2) Yang kedua ni dia tinggi, fizikal macam basketball player. Bagi nama dia Ejoy. Aku siapkan list benda aku nak tanya dia waktu dating tu, tak nak la borak merapu. Tapi ada dia comment rasa macam kena interview.

Benda dating online ni menakutkan pada aku, ye la mana tau dia perogol ke, penyamun perompak ke. Tapi aku ambil precaution la, jumpa bila terang benderang & tempat ramai orang.

Ejoy ni nampak normal, dengar soal background dia pun ok. Educated, middle class working man. Sehingga lepas satu jam berbual baru aku perasan yang dia ni sangat… Gersang.

Tiba2 luar konteks perbualan dia mention “6 inci” lepastu ketawa.

Bila aku tanya background family, tiba2 pusing “melayu punya tak besar kan” “yang besar tak turn on ke” & banyak lagi.

Aku terpaku. Geleng kepala, sambil aku tahan nangis dengan sebelah tangan tutup dahi & mata. Aku takut, menggeletar tangan.

Dalam kepala aku fikir, lelaki ni gila seks ke? Macam mana kalau apa2 jadi dengan aku?

Aku minta diri, cuba nampak cool. Alhamdulillah aku berjaya lock pintu kereta & halang dia ikut aku masuk kereta. Katanya nak suruh aku hantar ke motor dia. Tuhan je tau apa dia mampu buat waktu tu.

Balik tu aku nangis. Mandi, solat taubat. & rasa sedih kenapa susah nak jumpa lelaki yang baik.

Jauh sudut hati ada juga rasa, mungkin lebih baik sendiri, dari hidup dgn lelaki macam ni.

Doakan aku jumpa dengan lelaki soleh yang nak sama2 ke syurga. Thanks for reading.

– Niagarafalls (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dating apps ni sangat bahaya. Apa kata cari guna kaedah dulu2.. berkenalan cara kawan atas kawan ke, sepupu punya kawan ke, sedara mara jauh ke, at least bila di recommend, kurang sikit risiko manusia pelik2 dlm dating apps.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *