Birthday Aku Semalam

Hari ini minggu ke 5 aku praktikum di taska. Rasa tak semangat, lesu dan sedih. Aku rasa tak ke mana pun nanti bila selepas grad.

Aku Bipolar. Nak masuk keje taska @ tadika agak tipis disebabkan keadaan aku yang makin teruk. Aku pun tak tahu apa punca makin teruk. Dose ubat aku makin naik.

Suami ada cakap yang aku tak usah la keje. Buat je bisnes online. Aku tahu suami kesian dengan keadaan aku. Bayangkan, setiap malam aku rasa nak bunuh diri.

Aku ada whatsapp lecturer aku. Aku suka dengan ayat beliau.

“Mdm pon takde dari awal dengan awak, baru sem ni mdm tahu yang awak sakit. Madam nak tolong pon dah jauh, tapi madam sangat doakan awak habiskan praktikum dengan baik dan seterusnya kita biar Allah tentukan ye..”

Sekarang ni aku cuba jadi positive. Aku selalu nasihatkan diri aku supaya bersangka baik dengan Allah.

Aku kerap dekatkan diri dengan Allah walaupun hakikatnya aku nak bangun pun rasa tak mampu.

Harapan aku cuma satu, aku nak betul² berkhidmat untuk suami, family, aku nak mati dalam husnul khotimah.

Penyakit Bipolar ni memang membuatkan aku jadi lain.

Dulu aku seorang yang aktif, extrovert. Bila dapat sakit ni, semua benda aku stop. Sebab aku memang nampak tak siuman nanti.

Aku pernah waktu aku manic, aku terima semua jawatan. Apabila aku depressed, aku tak mampu pun nak bertanggungjawab dengan jawatan tu. Benda tu jadi fitnah semula pada aku. Haha.

Aku memang rahsiakan yang aku sakit ni. Aku tak nak orang tahu.

Aku tenang hidup dengan suami aku. Berjalan-jalan pun cuma balik kampung dan pusing2 kampung.

Semalam birthday aku. Aku sebak lak nak cerita. Suami aku tak suka aku expose sangat kebahagiaan kami di medsos.

Semalam suami aku belikan laksa (sebab dia tahu aku suka laksa) dan kek muffin coklat tu.

Suami aku kerja biasa ja. Memang aku terharu dapat suami yang baik soleh macam tu. Dia usaha bahagiakan aku walaupun kami serba cukup2 makan sahaja.

Sebelum ni, suami aku suka sangat stress. Dia kalau marah tu mesti tumbuk2 dinding. Aku dah la trauma macam tu. Aku dah cakap dah yang aku takut dia buat macam tu.

Last sekali, aku bagitahu dari psikitri yang aku tak ok suami aku marah macam tu. Dr pun nak jumpa suami aku untuk next appointment. Sejak tu la suami aku slowly berubah. Suami aku jarang marah-marah macam tu.

Aku ada tanya juga, kenapa nak marah2. Dia kata dia stress sebab dia tak mampu nak bahagiakan aku.

Sejak tu, aku selalu la puji dia nak bagi self esteem dia stabil. Dia paling happy bila aku puji dia hensem hakikatnya memang hensem pun. Aku bukannya tipu puji dia tu.

Dr pun tak sarankan aku ada anak sekarang ni dengan keadaan aku macam ni. Aku pun tak rasa mampu nak ada anak. Aku hanya ada anak sedara je untuk ubati rasa perasaan nak memilik anak tu.

Alhamdulillah la suami aku faham keadaan aku. Dia pun tak paksa-paksa nak ada anak cepat2.

Aku tulis di sini sebab aku memang peminat IIUM Confession ni. Aku harap korang doakan aku, suami dan hidup aku.

Aku akan grad bulan 12 ni. Aku tak sangka aku boleh memiliki ijazah dengan sakit turun naik macam ni. Banyak benda aku tak boleh cerita waktu aku manic dulu. Sangatlah aib ya.

Tapi alhamdulillah Allah beri aku suami yang sangat baik untuk temani aku jalani hidup aku sekarang ni.

Moga korang bahagia. Ingat je satu benda, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik. Allah ambil kesihatan aku, dan digantikan dapat suami yang soleh hensem sweet. Hehehe.

– Nono (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *