Adakah Aku Tak Berhak Bahagia?

Salam semua, namaku Guli, umur 24 tahun. Maaflah seandainya cerita aku ini agak tunggang langgang dan sukar untuk difahami tapi aku akan mencuba sebaik mungkin untuk korang faham.

Aku adalah jenis wanita yang tak berapa suka untuk bercinta sejak umur aku kecil lagi, tapi tidak ketika aku menginjak usia 17 tahun.

Masatu aku dah start pandai bercinta dengan seorang classmate aku yang sama kelas dengan aku yang kuberikan nama Andy sejak umur 13 tahun lagi, jadi maksudnya kitaorang dah kenal sangat dengan diri masing2 dan decide untuk bercinta.

Sebenarnya tujuan awal aku bercinta dengan lelaki Andy ni atas sebab kerja kursus SPM aje sebab dia ni budak pandai. Dia banyak tolong aku dalam pelajaran dan kerja kursus sehingga keputusan aku masatu sangatlah meningkat.

Tanpa aku sedar, aku pun jatuh cinta dekat si Andy ni sehinggalah kami tamatkan zaman sekolah menengah. Malangnya cinta kami tak bertahan lama disebabkan dia curang dengan housemate dia sendiri yang lebih tua darinya.

Oh ya, mereka sekawan menyewa satu apartmen di mana dalam rumah tersebut bercampur lelaki dan perempuan. Aku punyalah frust dan susah move on sampailah tak bercinta hingga umur aku 21.

Masa umur 21 ni aku kenal dengan seorang lelaki semenanjung yang kukenali dari game online dan kuberikan nama Paku. Kami bercinta dekat setahun lebih tapi langsung tak pernah berjumpa.

Tak lama selepas itu kami pun putus disebabkan dia curang dengan perempuan lain yang dia kenali juga dari game online tersebut. Tapi yang lebih mengejutkan rupa rupanya dia banyak menipu aku selama ini.

Dia cakap dia ke negeri J untuk bekerja merantau tapi hakikatnya dia dibuang negeri dan ditempatkan di negeri J untuk pemantauan selama 2 tahun sebelum dilepaskan. Aku tak kisah dia bekas banduan atau apa sebab aku boleh terima cuma dia sangat banyak menipu aku.

Oh ya tidak lupa juga ex aku si Paku ni pun sangat toxic dan selalu memaki aku dengan perkataan2 yang tidak baik.

Dia juga banyak memanipulasi aku hingga aku sangat menjaga perkataan bila berkomunikasi dengan nya dan selalu menunding semua kesalahan kepada aku. Dia siap hina lagi negeriku katanya negeri orang b***h dan agama yang ku anut adalah tahyul.

Aku bersyukur kerana mengambil keputusan untuk putus dengannya dan dia pun kini selamat mendirikan rumah tangga dengan perempuan yang dia curang dahulu diaman perempuan tersebut sangat alim, berpurdah dan dari keluarga yang kuat agama.

Tak lama selepas itu pada tahun 2023, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang sama agama dengan aku yang kunamakan sebagai Roy. Aku berkenalan dengan Roy ni kerana dia adalah pelanggan tetap di kedai makan tempat aku bekerja.

Aku sering berjumpa dengannya di tempat kerja tetapi sebagai pelanggan dan pelayan kedai makan saja. Tapi aku baru perasan si Roy ni dia asyik pandangn dan senyum ke arahku.

Pada tanggal 04 Mei, si Roy ni pun chat aku dekat FB dan rupa rupanya kami dah lama menjadi teman di sana cuma tak perasan. Roy, mengajak aku berjumpa dan berkenalan. Tak lama selepas itu kami pun menjalinkan hubungan cinta.

Roy ni dia sangat baik di mata aku. Bijak mengambil hati aku, mulut manis, soft spoken dan mempunyai rupa paras yang hensem dan tinggi lampai. Manakala aku punya tidak berapa nak tinggi, bertubuh sederhana dan rupa paras yang agak cantik.

Sedar tak sedar dah dekat nak setahun aku dengan Roy ni bercinta, seminggu sebelum aku melanjutkan degree ke universiti, aku berjumpa dengan Roy untuk meluangkan masa bersama sama.

Masa dia ke tandas terkeluar di notification dia chat dari sayang, eh aku pelik la kan sebab aku tak chat dia pun. Aku dah mula berdebar debar dan tunggu dia masuk ke kereta untuk menagih penjelasan. Sampai di kereta Roy pelik kenapa aku tiba2 pucat dan aku terus tanya dia.

Hancur luluh hati aku tatkala dia bercerita sebenarnya dia bf orang dan hubungan mereka dah dekat 2 tahun. Selama kami bercinta aku tak pernah check telefon dia sebab aku hormat privacy dia tapi dia selalu saja check telefon aku. Patut dia kadang2 lama tak reply chat tapi online.

Malam tu terus aku lari dari kereta dan menangis nangis balik ke rumah. Roy berkali kali memujuk aku sampai dia datang ke rumah tapi aku langsung tak mengendahkannya.

Tapi semua ini tak berguna kerana aku tetap memaafkannya sehingga dia tak lama selepas itu putus dengan gf nya tersebut.

Aku terus melanjutkan pelajaran manakala Roy pun berhijrah ke bandar lain untuk mencari kerja yang lebih baik.

Hubungan kami pun tidak juga bertahan lama selepas dia pindah ke bandar baru itu kerana sudah 4 kali dia kantoi curang dan yang paling menyayat hati aku menangkapnya di bilik sewa kepada skandalnya yang ke 4 yang kunamakan sebagai Melia.

Aku chat Melia melalui fb dan dia ceritakan perkara sebenar tapi tak menyangka bahawa Roy adalah bf aku. Dia berjanji akan mengundurkan diri dan meminta maaf sepenuh hati kepada aku tapi janji hanya tinggal janji.

Melia block semua social media aku setelah dia dipujuk oleh si Roy kerana kata Roy dia memilih Melia. Aku terkesima kerana Melia sebagai seorang perempuan seharusnya faham hatiku yang juga sebagai wanita.

Selepas itu aku tersedar mungkin ini juga balasan kepadaku kerana dahulu bercinta dengan Roy ketika dia masih kepunyaan orang.

Pada fasa move on aku berjumpa dengan seorang lelaki yang 10 tahun tua dariku dan mempunyai pangkat dan pekerjaan yang bagus yang kunamakan sebagai S.

Kami lama berkenalan dan dia memberitahu aku bahawa dia masih bujang dan belum berkahwin. Tapi Tuhan itu maha baik, pada jam 7.30 malam aku makan ke mamak bersama S. Tiba2 aku terjumpa satu akaun Fb dengan wajah si S dengan seorang wanita dan 2 orang anaknya.

Kami bergaduh besar sebab disitu juga aku confront dia. Rupanya dia adalah seorang ayah kepada 2 orang puteri dan isterinya dan anaknya berada jauh di negeri lain.

Dan yang lebih mengejutkan, selain aku dia juga punya seorang gf di kawasan yang sama dengan aku dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki.

Malam itu aku last berjumpa dengannya dan aku bersyukur kerana Tuhan dan tunjuk sebelum aku pergi lebih jauh dengannya.

Kini, aku sekarang bercinta dengan seorang jejaka yang sangat aku cintai yang kunamakan sebagai D. Kami berkenalan ketika aku semester akhir di universiti dan dia telah bekerja. Dia sangat soft spoken, matang, tak terlalu beremosi dan sangat bijak.

Tapi sayangnya, kami LDR kerana aku pun sudah habis melanjutkan pelajaranku di negeri kelahiran D. Aku selalu menjenguknya ke sana sebulan sekali jika ada cuti. Malangnya walaupun kami LDR, tapi kami ada halangan yang jauh lebih tinggi iaitu perbezaan agama.

Aku takut dan aku sangat mencintai dia. Semoga hubunganku dengan D ini akan dipermudahkan kerana aku pun sebenarnya sudah lama belajar tentang agamanya. Doakan aku korang.

– Guli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *