Muhasabah Buat Isteri Yang Tersakiti

Assalamualaikum wbt… Apa khabar semua di bulan mulia ni.

Asalnya nak buat tajuk, Bukan Salah Penyondol, tapi takut ada yang salah faham dan dimarahi admin.

Tajuk penyondol ni bukanlah positif sangat tapi sebab isu ni macam tak pernah putus, mengganggu fikiran aku maka aku nak kongsikan pandangan aku di sini.

Maaf ye admin, tajuk kisah rumahtangga bukanlah mewakili keutamaan page kesayangan ni, tapi masih diberi laluan. Aku pula kalau baca halaman ni memang suka tajuk yang ada isu masalah perhubungan..

Sepatutnya di bulan yang diberkati ni kita banyakkan berzikir, bertadarus dan solat sunat.. Doakan aku untuk memperbanyakkan amalan soleh daripada membuang masa menilai hidup orang..

Aku yang sebenarnya banyak dosa dan selalu menyesal seakan taubat kemudian buat lagi dosa…

Merasa malu dan sedih untuk muhasabah bahawa orang yang banyak buat salah atau dosa itu sebenarnya ada juga sisi baik namun kecundang kepada dosa itu disebabkan ada faktor yang mendorongnya, selain nafsu Syaitan.

Isu yang aku nak utarakan ni adalah tentang orang ketiga, kekasih gelap, penyodol kepada suami yang curang. Hakikatnya isteri yang curang juga ada sebab pernah berlaku kes cemburu yang membawa pembunuhan kerana isteri ada yang lain.

Pertama kenapa lelaki mahu cari yang lain. Benda ni yang aku nak kita nampak, adakah isterinya tak cukup baik atau cantik,

Bukan juga tetapi kerana lelaki ni fitrahnya begitu, hanya lelaki yang setia dan menghargai menyayangi isteri sebaiknya akan menahan diri daripada memikirkan kesedapan perempuan lain.

Sepertinya kita bila berpuasa, kita menahan diri daripada makan dan minum di siang hari termasuk perlu menahan diri daripada dosa yang lain seperti melayan hiburan atau mengumpat.

Namun jika buat benda yang termasuk tu tidaklah membatalkan puasa tetapi mungkin dosa dan mengurangkan pahala puasa tu.

Malah jika berlebihan dan membazir waktu berbuka juga makhruh, sudahlah lama bersabar tak makan minum bila berpeluang berbuka habis segala benda nak makan sedangkan matlamat asal puasa tu untuk insafi mereka yang miskin kelaparan.

Masalah makhruh tu tidaklah dosa seperti haram, tapi kurang baik.. Begitulah jika manusia ni berfantasi benda tak senonoh bukanlah haram terus sebab tak mudah nak kawal jika iman tak kuat untuk menjadi hamba Allah yang soleh.

Jadi aku merasakan agak normal lelaki tersuka perempuan lain sehingga terfikir nak… Nak dapat yang baru. Di situlah adanya kebenaran untuk lelaki ni berkahwin sehingga empat.

Bukanlah sepenuhnya melihat keharusan berkahwin ramai itu kerana nafsu semata kerana Nabi Muhammad SAW junjungan kita berpoligami kerana menjaga agama dan martabatkan kemuliaan wanita. Tidak juga keharusan ini diambil mudah untuk memiliki lebih andai tidak mampu.

Saya tidak hanya menilai kemampuan ni hanya dari sudut material sahaja, jika sunnah yang hendak dijaga, kemampuan itu lebih kepada melindungi dan memimpin.

Itu jika kita nak sentuh andai suami mahu mencari madu kepada isteri… Suami yang mahu yang lain. Berdosa ke, namun kenapa isteri sangat beremosi dan tak boleh terima untuk dimadu. Risikonya jika suami tu tak kahwin di seberang utara, dia berkhalwat. Atau berzina.

Sanggup ke biarkan suami tu buat maksiat terlaknat berzina daripada memberinya ruang untuk halalkan hubungan tu. Nampak anehkah jika seorang lelaki tu ada isteri pertama dan kedua.

Isteri… Mari merenung diri sendiri. Sangat sempurnakah kamu untuk melayan suami sebaiknya, menghormati dan taat padanya. Bila benda ni banyak kelemahan untuk mendapat lebih redanya berilah dia peluang untuk menambah ‘pembantu’ kepada kehendaknya.

Kau berlagak ada pendapatan sendiri tapi masih berkira tentang nafkah yang akan berkurang kerana berkongsi. Kau bangga kongsikan aurat dan kecantikan kepada pandangan lelaki lain tapi kedekut untuk benarkan perempuan lain berkongsi kasih dengan suamimu.

Andai kau seorang yang menjaga aurat dan pandangan sekalipun, bila suami nyatakan hasrat mahu menikahi perempuan lain kena sabar dan reda. Tak boleh melenting, tinggi suara dan minta cerai.

Bukanlah menilai terus isteri yang minta diceraikan ini berdosa. Allah yang Maha Tahu dengan penuh rahmahNya membenarkan untuk membubarkan perkahwinan andai ia tidak lagi mendatangkan kebahagiaan malah masalah bertimpa.

Isu yang aku cuba nak bawa adalaah, bukan sepenuhnya salah lelaki yang tercurang tu andai bercerai. Apakah faktor yang mendorong benda tu mudah terjadi.

Antara faktornya persekitaran, seperti seorang pelakon yang asyik berlakon jadi suami perempuan lain sampai terbawa emosi dan bersentuhan. Sangat mudah nak terjebak curang membawa penzinaan kerana laluan tu dah ada.

Satu lagi, si penyondol tu mungkin dengki melihat keromantisan yang selalu dipaparkan temannya maka dia juga mahu merampas secara rahsia.

Jadi janganlah suka sangat tunjuk nikmat yang ada kerana boleh mengundang riak dan cemburu. Termasuk tunjuk harta atau anak secara berlebihan kerana bukan semua orang ada rezeki sepertimu. Boleh hadam?

Begitu juga dosa penagih dadah, dia berada dalam kalangan kawan yang menghisap benda haram tu maka mudah untuk terjebak sebab berada dalam lingkungan tu.

Begitu juga si pencuri, keadaan mendesak dan tidak takut dosa membuatkan dia melakukan jenayah tu. Keadaan tu, kita yang tak duduk dalam keadaan tu tak boleh menilai mudah jahatnya dia.

Mereka yang pernah melakukan dosa hatta sehingga jenayah besar sekalipun,

Sekiranya Allah pilih untuk insaf dan bertaubat mereka lebih mulia berbanding orang yang banyak beramal soleh tapi hatinya keras untuk merasakan hinanya diri menginsafi dosa malah bongak menyebut salah orang dan menghukum secara kasar.

Menegur kepada perkara amar makruf nahi mungkar adalah satu kewajipan seorang muslim, untuk berpesan dengan kebenaran berpesan dengan kesabaran.

Lebihkan mendoakan yang baik daripada menghentam yang buruk. Kita semua ada kelebihan dan kelemahan masing masing, muhasabah tentang kehidupan dunia sementara ini. Banyak kisah yang ada pengajaran.

Akhir kata, tulisan ini hanya mewaki pemikiran aku sahaja. Kita tak tahu apa sebenarnya ujian dan perasaan orang lain.

Semoga kita diberi hidayah untuk menjadi lebih baik dan diredaiNya. Setiap yang berlaku ada hikmah untuk meyakini bahawa segalanya sudah tertulis sebagai qada’ dan qadar.

Selamat berpuasa dan beribadah. Sekian, wassalam.

Terima kasih. Al Fatihah.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. maap sis, pemikiran kita tak serupa, tak adil. Hatta, dia mmg pinjaman pada kita, tapi tak cukup ke cinta sepenuh hati? end up dia still suka, sayang org lain? and dia suka sayang tu hanya sebab nafsu? saya tak setabah sis utk share dgn org, apa tak ada jantan lain dalam dunia? kenapa harus menyondol?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *