Tak Semua Bahagia Dengan Apa Yang Kita Punya

Dunia sekarang makin canggih, bagi aku sosial media tu tak salah, memang ramai dah manusia guna benda tu, dari pelusuk negara senang cerita satu dunia lah.

Tapi ada juga yang memilih untuk tidak guna (aku ada kenal ramai juga di kalangan kawan-kawan yang tak heran pun IG/ Tiktok/ FB/ Twitter memang dia hidup bahagia dengan cara dia je.)

Sooo berbalik kepada tajuk. Lately ni aku ada lah nak cerita sikit berkenaan kehidupan seharian aku, hidup aku untuk 2024 ni alhamdulillah makin better, rezeki yang tak di sangka-sangka. Kiri kanan ada je rezeki masuk Allah nak bagi.

Tapi sekarang ni, aku macam ada bau-bau ada orang yang tidak selesa dengan apa yang aku punya. Come on! Kita ada firasat & of course kita rasa benda tu.

Even dengan family sendiri pun aku rasa ada perasaan dengki atau iri dengan apa yang kita ada.

Kadang-kadang tu sampai nak berlawan siapa paling senang/ siapa paling itu / siapa paling ini. Senang cita siapa yang paling “Terrrrrpalinggggggggg”

Aku pun lately ni banyak husnudzon dan cuba untuk menahan diri daripada post apa-apa yang berkenaan life aku.

Kadang-kadang aku just share tanpa sebarang niat. Bila aku tengok kejayaan orang aku selalu doa ya Allah jadikan lah rezeki aku macam dia, nak mcm tu juga. Then kita usaha lepastu Allah bagi la.

Tapi ada sesetengah yang pandang kita punya status tu dengan mata lalat. Mungkin dengki atau iri. Kita pun dapat tahu dan rasa daripada segi percakapan tu. Kadang-kadang cara respond cara reply.

Kadang-kadang share kat status wa je pun, aku pula jenis yg private, dekat contact wa aku tu berapa orang je yang boleh tengok status aku, paling2 family dan kawan2 terdekat je.

Kawan-kawan office memang aku hide habis hahaha. Pastu orang2 yang aku tak berapa rapat pun aku hide. Total hide aku nak dekat 500 contacts.

Tapi tu lah manusia kan, kadang2 orang yang terdekat pun kita tak boleh percaya. So aku dah belajar cara untuk husnudzon dengan keadaan dan tak kerap post apa-apa dah.

Bagi aku nak post apa-apa tu hak kita. Akaun kita ye dakk ? Kita just share apa yang kita rasa, share apa yang kita dah achieve. Tapi ada beberapa manusia yang respond sebaliknya.

So kesimpulan nya bulan puasa ni aku akan train diri aku untuk tidak aktif lagi di mana-mana sosial media. Demi ketenangan dan kesejahteraan hidup. Hahahha

Betul orang kata, kalau kau jadi mata lebah, maka yang baik-baik je yang kau akan nampak.

Lebahh selalu nampak yang maniss maniss macam madu. Tapi kalau kau ni sejenis mata lalat. Memangg taikk najiss sampah sarap je la ko nampak. Lahh tiber emo, hahaha.

Ok la korang tu je nak luah, selamat berpuasa dan menjalani ibadah semua!

Jaga diri jaga iman jaga hati,

Ikhlas dari,

– Mels (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Mels Mels kah kah kah kah kah gelak hakak baca dik!

    Hati mu bersih bayi baru lahir ke Mels?

    Perasan hengkau terpaling husnozon kah kah kah kah kah

    Dik kalo husnozon tiadalah hengkau confess orang tak bahagia dengan apa yang hengkau punya.

    Kompom hengkau tuh toxic diknon kalo yang boleh tengok status hengkau pon hengkau rasa tak disukai.

    Orang baik dikelilingi sahabat baik je diknon.

    Kalo sejenis perasan hengkau ja ada dan terpaling. Semak hati mu deknon.

    Salam Ramadan selamat bertaubat

  2. Better tak payah post apa-apa untuk mengelakkan penyakit ain. Penyakit ain sangat berbahaya. Bukan setakat dengki je, kalau orang takjub dengan you pun boleh jadi penyakit ain.

  3. Awak share stories dengan orang yang ada semangat nak berjaya mcm awak. Diorang suka tengok stories2 mcm ni, lagi bagi inspirasi. Orang mcm ni biasanya bukan org terdekat kita haha.

    Jaga2 jangan share stories awak dekat orang yang hidup dia tgh struggle, down, kehilangan. Kadang2 diorang pun dah cuba habis baik, tapi tulah xde rezeki lagi. Penyakit ain ni kadang2 orang yg bagi tu pun xde niat buruk

    Ye memang tu hak awak akaun awak. Suka hatilah kan nak post apa. Tapi tulah.. freedom of choice is not a freedom of consequence. Kalau boleh hadap orang2 toksik mcm ni, silakan lah nak post apa2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *