Ada Bini Pun Bala III

Untuk part I, (https://iiumc.com/ada-bini-pun-bala/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/ada-bini-pun-bala-ii/).

Ikutkan memang malas nak sambung. Cuma terpaksa sambung bila netizen pertikai bini pregnant. 

Hari tu pertikai aku tak sembahyang subuh. Padahal yang pertikai tu macam tak pernah tidoq lepas subuh. 

Kalau yang confess tu laki, asyik nak cari salah aku ja kan. Tapi kalau perempuan, semua benda dia saja betul. 

Kalau bini aku yang confess. Buat drama sikit, mesti hangpa tetap kata dia betul. Sebabnya hanya kerana dia wanita. 

Aku kahwin baru 8 bulan. Cara korang judge aku macam anak aku dah berderet 10 dah. Macam aku tak dak kerja lain pulak kan. 

Aku ni lelaki sejati.. Bukan darai. Bukan gay. Malam pertama mesti la aku sentuh bini aku. Lagipun tu tanggungjawab aku. 

Tak kan la sehari kahwin terus benci tanpa sebab. 

Awal2 kahwin walaupun tak selesa dengan sikap dia, tapi aku cuba untuk terima.. Cuba untuk sayang. Aku fikir masih baru. Masing2 nak sesuai diri. 

Aku sentiasa cuba bersabar dengan perangai dia. Tapi lama2 memang aku muak dah.. Dah makin benci. 

Ikutkan tak boleh cerita semua ni. Tapi aku cerita jugak la. For the last. 

Selama hidup dengan dia, rasanya tak sampai 10 kali aku bersama dia.. Tu pun sebab dia kerap mintak, dan sebab aku dah tak berjaya untuk tolak. 

Asal dia rasa nak, ada la dia cakap baik2 sikit. Whole day dia akan cakap manja2 lentok2 ja. Kan aku kata, time dia nak tido dia akan diam. So masa tu la dia akan goda aku. 

Biasanya permulaan ayat dia,

‘Abang saya nak mintak maaf. Saya marah2 sebab saya sayang. Saya memang susah mau berhenti leter. Tapi saya nak kita bahagia. Abang tolong maafkan saya, tolong bercakap dengan saya.. Saya sangat2 cintakan abang. Jangan diam’. Macam2 lagi la..

Sambil cakap sambil dia mengoda. Yang dah kahwin mesti faham kan. 

Lagipun cara orang Indo ni lain. Dia memang pandai bab2 tu. Sebelum kahwin mak dia dah train dah cara nak layan suami. 

Dia pernah cakap, adat depa, layan suami sampai suami tak mampu nak bayangkan perempuan lain. Biar sentiasa terkenang2 gitu. 

Sebab aku pernah cakap, cara layan macam banyak pengalaman ja. Padahal dia dara ja. Biasa perempuan kan nerd sikit. Tapi dia lain. 

Hah, satgi hangpa tuduh aku ada pengalaman dengan perempuan lain pulak. Kononnya sebab tu aku tau beza layanan Indo dan orang tempatan. 

Aku pun ramai kawan, ramai ja suka cerita pasal layanan2 bini tempatan yang tak pro la apa la. 

Kawan2 yang ada skandal sana sini, layan gro pun ada ja. Depa suka banding2 kan. Ada jgk yang skandal dengan minah kilang Indo. Ramai sebenarnya.. So memang depa cerita orang Indo ni tip top. 

Kalau perempuan tempatan, awal2 beriya nak, lepas tu senyap biar laki ja take over. Tu tak cerita pasal selekeh, suka tolak, tak bersih. Macam2 lagi la yang kawan2 cerita. 

Tapi orang Indo dia lain. Dari awal sampai finishing dia buat kerja. Kononnya sama2 kerja. Macam bini aku pun, memang setiap masa kemas, bersih. Kalau bab2 tu memang aku no komen la. 

Aku pun bukan orang tabligh nak kata baik sangat. Aku geng kilang. Yang kerja kilang mesti faham circle dia. 

Tapi aku dengar2 macam tu ja la. Dari situ aku faham banyak perkara pasal hal batin2 ni. 

Macam aku kata tadi, aku lelaki sejati. Bukan mati pucuk. Dah dia merayu2 mintak.. Mana ada kucing tolak ikan. Kadang2 time aku tengah tido, hmmm hangpa faham2 sendiri la. 

Tapi masa tu aku masih boleh tolak ansur dengan dia, sebab tu masih boleh on. Time tu rasa sayang ada jugak la sikit2. 

Sebab dia rajin bagi bekal kan.. Masak pun sedap. Tak tau la kot2 dia manderam sekali. Sebab tu ada rasa sayang kot. 

Tapi lepas2 tu aku memang makin tawar hati dengan dia dah. Aku dah tak tidoq kat bilik. Aku tidoq kat kusyen. 

Dia mintak pun aku sengaja balas dengan sakitkan hati dia supaya dia turn off. 

Lepas tu kami akan gaduh, sebab dia sakit hati dengan ayat aku. Mana nak fikir bersama dah. 

Tapi lepas dia kata dia mengandung, memang dia jarang minta dah. 

So aku pun dah tak ingat bila last aku buat dengan dia. So jangan la tuduh aku macam2. 

Aku terpaksa balas sebab aku tak boleh terima orang tuduh aku gila sex. Ni nanti mesti akan ada yang fikir, kata layanan dia terbaik. Kalau berpisah, mesti aku nak benda tu. 

Sedangkan aku tak macam tu. So jangan tuduh aku macam tu. Aku ada maruah. Rezeki anak Allah yang bagi. Kita bukan tau masa bila nak melekat. 

Ada benda kita boleh diam, lantak orang nak kata apa.. Ada benda kita kena defend diri kita. 

Sejak bapak dia tegur hari tu. Dia dah diam sikit dah. Dah kurang2 bebel. Kalau cakap pun elok2. 

Tapi aku dah tawar hati.. Aku tau tu semua pura2 ja. Still bab2 duit ni dia dok tanya walaupun secara lembut. 

Aku memang nekad nak ceraikan dia lepas bapak dia balik. Ya la, ambik anak orang cara baik, hantar pun dengan cara baik la. 

Semalam dia mesej, dia kata ada turun darah sikit. Dia mintak aku bawak pi klinik. So aku pun balik half day bawak pi klinik. 

Masa rawatan aku tunggu kat luar. Lepas tu doktor panggil masuk. Doktor cakap isteri mengandung jangan buat isteri stress. Nanti effect kandungan. Kena selalu bahagiakan isteri. 

Aku dalam hati tau dah.. Mesti dia cerita macam2 kat doktor. Mesti nak kata aku buat dia stress. Tak habis2 nak malukan aku. Tak pernah langsung nak jaga air muka suami. 

Tapi doktor kata kandungan ok ja. Kadang2 awal kehamilan memang ada turun darah. Tapi sikit ja. Entah kenapa, aku terdetik dalam hati, kan bagus kalau dia gugur ja. 

Aku tau berdosa aku fikir macam tu. Berdosa sangat2. Tapi aku tak mau ada apa2 sangkut dengan perempuan ni lagi. Aku stress gila dengan dia. 

Aku tau, kalau baby ni lahir pun.. Still dia akan ikat aku sampai aku papa kedana. Memang dasar mata sss.. 

Kalau la boleh putar masa, rela bujang dari kahwin. 

Baru aku sedar. IC tak menggambarkan peribadi. Cuma lambang kerakyatan ja. Tapi tetap darah yang sama mengalir. 

Menyesal.. 

– Mi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Bang, apa purpose kau kahwin sebenarnya? Kalau belum ready nak galas tanggungjawab, kenapa kahwin?

    • Bang, bini kau orang jawa ke bugis? Dia mesti takde pelajaran kan? Asal sabah ke dia? Ke johor?

      Asal aku rasa bini kau ni related sangat dengan kerabat aku ha? Family aku keturunan indo, 3rd generation kitorang semua dapat IC biru dah. Mak ayah je certain ada PR. 3rd generation (sepupu² aku) mostly takde education 😅 and diorang takkan keluar dari kepompong tu. Nasib baik mak ayah aku jenis pentingkan education. So kat sekolah aku mmg selalu nombor satu, form 1 je dah masuk SBP, lepas SPM masuk UM plak. So aku boleh katakan tak terjebak dgn tradisi kaum aku sbb aku byk habiskan masa remaja kat tempat orang educated.

      Yang aku ohserve psl family aku ni, sebijik mcm confessor ni cerita. Lelaki akan kerja, bini akan urus duit. Laki dapat gaji @ pendapatan, 100% akan bagi bini simpan. Laki akan mintak rm10-20 mcm tu je utk beli rokok.

      Lepastu, makcik2 dan sepupu2 aku ni masing2 berlumba rumah siapa paling cantik, paling besar, siapa yang paling besar dan banyak emas kat tangan kat leher, jam pun nak yang brand rado (warna emas). Set sofa wajib SET JATI ye. Yg dari indo tu. Mak aku je takde semua tu sebab kitorg tak berduit sgt.

      Bila ada kerabat kitorg yg kawin dgn org luar (org melayu etc), mmg mak ayah dia akan ajar something utk tundukkan suami.. supaya suami tunduk, dgr cakap. Mcm tu. Masa aku kawin pun mak aku pesan suh baca something masa akad nikah, tapi sebab aku educated, aku tak buat semua tu. Aku baca doa je semoga Allah jaga hati suami aku… Orang indo ni, biasa akan request ikan mahal2 bukan sebav demand tau.. tapi sebab dari kecik mmg biasa makan ikan mcm tu.. since most of them ayah keje sebagai nelayan mmg biasa makan ikan mahal2. Aku waktu kecik dlu makan ikan bawal dgn ikan merah tu biasa je. Sotong, udang ,ketam, lobster.. biasa je bagi aku. Bila aku dah merantau ke KL dan kawin ngn laki aku, susah skit nak makan ikan yg aku biasa makan sbb kt sni mahal gila. So aku jrg dah makan ikan sbb sini mahal.

      Aku bukan temberang tau nak kata aku educated, tp fakta. Mmg dlm keturunan kitorg aku ngn sorg sepupu aku je ada degree. Yg lain2 semua kawin ngn nelayan kay kampung tu juga. Memang hidup diorg mcm bini confessor ni. Duit laki diorg kumpul, pastu buat beli emas besar2. Beli perabot mahal2 sbb nak tunjuk kat jiran 😅.

  2. teruk benor dah ni. pi jela mahkamah cerai. dpt apa mengadu domba kat sini? kalau dah kata jantan ada maruah, haaa pi la cerai. yg dok seksa diri dgt pasaipa. ayoooo

  3. Lari cepat2 brooo!! Dia baik sekejap je tu sbb dia belum dapat apa yg dia nak. Mati hidup semula pun perangai dia tetap sama.
    Hidup kita ni akan berubah bila kita ambik tindakan, bukan bila kita bercerita. Lari!!!!

  4. Mengada-ngada yang tukang adu ni. Normal la isteri macam tu tambah2 dia mengandung. Salah dia cuma p tanya HR tu je. Benda tu boleh setel laki bini. Kalau ikut cerita tukang adu ni ckp dia biasa2 tapi bini cantik. Sedarlah diri tu sikit kami byk kekurangan. Isteri kurang sikit2 tu tegurlah baik2. Mental sangat suami jenis gini

  5. Kalau betul2 dah tawar hati, cerai je la dengan cara baik. Cumanya anak tu kalau boleh awakla jaga sbb awak kena bg nafkah kat dia. Kalau suruh perempuan tu jaga silap2 dia minta sekali nafkah untuk diri dia. Mempergunakan anak pulak.

  6. Tak setuju dengan komen yang kata dia tak ready tanggung jawab bagai la.

    Saya baca dia dh cuba sehabis baik tunaikan tugas suami, tapi isteri dia macam tak memahami situasi dia (contoh suami balik dari keje shift pagi2, apahal pulak ko nk suruh dia bangun lagi pergi pasar??),

    lepas tu asyik push2 suami dia, beli hadiah emas kt anak orang lain la. Nak sangat bagi hadiah emas kumpul la sikit2 dari duit 1.5k & 600 duit kerja pengasuh tu.

  7. sy xnk ulas cuma nk bagitahu je sebab sy pn diceraikn suami cerai ta’liq …sebab abg sndri da tulis nekad nk ceraikn isteri lepas bapak die blik malaysia..saranan sy pg la mahkamah utk pengesahan cerai..sebab kes sy mcm ni juga..dan lepas je ape yg suami sy ckp tu mmg jatuh talak…dan skrg sy masih dlm eddah..better pegi ye mahkamah..kalau x abg kne saman kalau lmbt2 kan hehehhehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *