Cinta Dalam Hati

Assalamualaikum semua. Saya perkenalkan diri sebagai Jemfo’eva. Wanita berusia pertengahan 40an. Saya perlukan sisi pandang pembaca budiman tentang libang-libu perasaan yang sedang dialami.

Saya dahulunya adalah seorang balu kepada arwah suami yang sangat baik. 20 tahun kami bersama mendirikan rumahtangga yang bahagia, tenang dan gembira. Kami juga dikurniakan 4 orang anak yang kini telah pun menginjak dewasa.

Arwah suami merupakan seorang lelaki yang penyayang dan mengamalkan komunikasi terbuka antara suami isteri. Sebarang pertelingkahan kerap didebat secara rasional. Setiap hujahan diambil kira dengan menolak penguasaan emosi berlebihan.

Amat jarang kami bergaduh panjang kerana selalunya suami mengajar saya meneliti kesan-akibat setiap perbuatan.

Sebagai perkongsian, arwah suami memegang jawatan tinggi dalam kerjayanya. Dia memang mementingkan ketepatan masa, integriti, dan sangat berpegang pada janji.

Pada masa yang sama, dia mempunyai tahap empeti yang tinggi. Keperibadian saya banyak terbentuk hasil didikannya, menjadikan saya lebih tenang dan teliti dalam bertingkah-laku. Pendek kata, banyak yang telah dicedok dan dipelajari sepanjang perkahwinan kami.

Arwah suami suka berbelanja. Hobinya adalah makan. Dan dia sangat suka belanja kami makan, termasuk kawan-kawan dan adik-beradik.

Disebabkan saya tak pandai masak, setiap kali tetamu berhajat datang ke rumah, dia akan mengajak makan di restoran atau kedai makan terlebih dahulu.

Setelah itu baru lah diajak ke rumah untuk minum kopi dan makan kuih-muih. Begitu lah maha baiknya Allah, kurniakan saya seorang suami yang baik.

Malangnya suami telah dijemput menemui Penciptanya. Maka tinggal lah saya bersama kenangan manis namun mencakar hati duka. Air mata terselindung di sebalik senyum tawa. Kerinduan tak terluah untuk dikirimkan kepada empunya badan.

Demi anak-anak, saya teruskan kehidupan walaupun hati terasa kosong dan sepi.

Ketika melihat barang peribadi peninggalannya, kesan terakhir calitan jari dalam bekas minyak rambut, tuala kegemaran yang sering diguna, tempat duduk khas-nya di meja makan, dan tempat tidurnya yang tiada lagi kesan kedutan di cadar….

Saya hanya mampu pejamkan mata, mengetap bibir menahan tangis. Apatah lagi jika terdengar lagu ‘Kelmarin’ (kau masih ada di sini…) Ya Allah… Sedihnya hanya Dia yang tahu.

Ketika itu saya sering mengikuti ceramah ustaz Zainul Asri bagi mengubat kedukaan hati. Perasaan sangat kosong, hambar tanpa sebarang rasa.

Sebulan pertama, tidur malam diisi dengan bermimpikan arwah suami. Dalam mimpi saya lihat dia pulang ke rumah.

Dengan gembira saya sambut dan berkata, “Abang, I mimpi you dah meninggal. Surat mati you pun dah ada. Jom kita ke JPN batalkan surat mati you!!! Dia tersenyum. Saya peluk dia. Rindu sangat”.

Tetapi tiba-tiba terjaga. Dan sisa tidur malam itu dihabisi dengan tangisan lagi.

3 bulan pertama saya tidak mengunjungi kubur suami kerana takut gagal mengawal emosi. Setiap kali ke sana, saya pastikan pergi bersama anak-anak. Supaya tidak melalut meratap memeluk batu nisan yang tertera namanya si suami yang sangat baik dan penyayang.

Kerap kali dalam doa, saya memohon agar Allah bantu pulihkan semangat. Tiada ayat panjang-panjang.

Saya cuma sebut, “Ya Allah, bantu aku. Bantu aku.” Mata pejam, sambil air mata berjuraian laju turun di pipi. Esak tangis saya cuba sorokkan dari anak-anak, yang pastinya terkesan dengan pemergian abah mereka.

Saya memohon agar selamat dari sebarang kufur maksiat kerana tahu jiwa saya benar-benar rapuh. Kehidupan ketika itu umpama mayat hidup, bangun pagi, pergi kerja, balik rumah, jumpa anak-anak dan masuk bilik tidur. Sekadar hidup.

Setiap saat hanya berdoa, “Ya Allah, bantu aku. Selamatkan aku. Jangan tinggalkan aku”. Saya sedar iman senipis kulit bawang mudah sahaja koyak dengan sekali lompat dari balkoni rumah tingkat 14.

Sebab itu saya rawat hati dengan mendengar kuliah sebelum/sesudah subuh dari Ustaz Zainul Asri. Sambil itu terdetik di hati agar Allah kurniakan bimbingan untuk selamatkan jiwa yang kian tenat.

Dipendekkan cerita, setelah sekian lama berjuang mengharungi jiwa yang meratap. Saya membuat keputusan untuk menerima pinangan seorang ustaz yang juga telah lama kehilangan isteri ketika bersama-sama menunaikan haji.

Tujuan perkahwinan semata-mata untuk keluar dari kenangan lalu, dengan niat meneruskan sisa kehidupan dalam iman dan taat kepada Allah. Sebulan sebelum itu, saya isi dengan solat hajat/tahajjud dan istikhoroh. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan baik.

Kehidupan bersama suami baru, sememangnya satu doa khusus yang Allah makbulkan.

Dia kini adalah pembimbing jiwa, dan pengubat duka-lara. Dia sangat baik. Sangat lemah-lembut. Bertimbang-rasa dan sentiasa berkongsi pendapat sebelum memutuskan sesuatu keputusan.

Sikapnya amat menyenangkan hati dan menjadikan rumahnya yang didiami kini seperti ‘rumahku-syurgaku’.

Dan di sini lah masalah baru muncul pula. Baiknya suami saya si-ustaz menyebabkan saya rasa ‘bersalah’ jika terasa rindu kepada arwah suami. Kadang-kadang hati dijentik rasa rindu kepadanya.

Ingatan kepada arwah suami menyebabkan saya tertanya-tanya “Tak apeke rindu kan arwah suami?” Dengan kata lain saya rasa serba-salah mengenangkan ada ‘cinta-dalam-hati’ sedangkan saya adalah isteri kepada si suami. Persoalan ini saya tak berani tanya kepadanya. Saya takut akan mengguris perasaannya.

Saya sudahi perkongsian ini dengan sebahagian lirik lagu ‘Kelmarin’.

Kelmarin engkau masih ada di sini,

Bersamaku menikmati rasa ini,

Berharap semua takkan berakhir,

Bersamamu.

Terima kasih membaca sehingga akhir.

– Jemfo’eva (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam tahniah dik. Acik baca ayat kamu sebelum suami memegang jawatan tinggi dalam kerjayanya pun sudah tahu arwah suami kamu dari golongan lelaki hebat.

    Bukan macam jantan tua kepam pendek macam sang Kancil tapi SOMBONG! Acik pi shopping pukul 2 petang tadi. Ya Tuhan terkejut acik lalu sebelah tempat pos dengar jantan tua mememik marahkan pekerja kurier.

    Acik ingat orang Bangi baik belaka pikiran helok. Hati bersih. Terkejut acik dik nampak jantan tua maki hamun pekerja.

    Dasar JANTAN TUA PENDEK KEPAM MISKIN. Takat hantar surat gomen pun angkuh nauzubillah jerit hina pekerja kurier. Acik lalu shopping perhati ja nampak jantan tua sombong keluar masuk kurier hujung.

    Dari kurier hujung patah balik kurier tengah. Dok maki pekerja pompuan diknon! Kalau anak acik memang acik lempang jantan tua kepam gitu.

    Oh kurier tengah pompuan suka hati dia maki hamun.

    Woit JANTAN TUA KEPAM PENDEK MACAM KANCIL BERLAGAK acik harap hengkau baca nah! Sila hadam

    Lelaki budiman TAK PERNAH BERKATA KESAT DENGAN PEKERJA TERUTAMA BAHAGIAN SERVICE.

    Kalo dok maki orang pandang orang bodoh LAKI TUH KAH MASYARAKAT KAMI SEMUA PANDANG HINA.

    TU dia baru 3 hari Bulan Ramadan dok tengking jerit maki anal orang. Nak pos surat ja pon nauzubillah!

    Acik perhati dari luar pendam rasa nak tampaq. Nasib bukan anak acik. Kalau tak.. Mati dah JANTAN TUA PENDEK BERLAGAK SOMBONG tuh.

    Pengajaran buat semua pembaca kalau ampa lelaki budiman ampa dah mati pon orang sebut kebaikan ampa.

    Jadi manusia mudah ja. Kalau dah TUA KUTUK TAPI SOMBONG pekerja DOUBLE STANDARD NAK DILAYAN MACAM orang bekerja dan berjawatan tinggi tapi takdak adab, panas baran. Orang keliling pandang hina dalam hati.

    Mulia lagi budak budak muda pekerja kurier rajin cari duit tak menipu scam pekerja gomen takar pos surat. Tapi nak ORANG SEMBAH DIA. Nabi Muhammad pun tak begitu.

    Jantan tua kepam dok maki pekerja kurier sampai acik dengar ampa dok jerit dari luar. Acik doakan semoga ampa hidup MENDERITA SAMPAI KIAMAT. Amin

    Sila buat sikap angkuh nak PEKERJA SEMBAH KAU PERANGAI KAREN NAK JUMPA MANAGER.

    Woi jantan tua kepam pendek tak sedar diri. Orang berpendidikan dan beriman dan ada class ada jawatan ada pangkat tak pernah maki hamun tinggi suara dengan pekerja kaunter! Dasar JANTAN LOW CLASS JERIT HINA pekerja kaunter nak sembah kau padahal bayar murah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

    Sedar diri nah. Acik rasa acik baya ampa ja jantan tua. Tapi a I’m ada class tak suka lihat pekerja dibuli. Acik pon ada pekerja. Tak pernah acik menangkan Customer.

    CUSTOMER TOXIC JAH LOW CLASS JERIT DAN HINA ORANG!

    Kahak hak hak tuikh dasar kepam! Kompom asal kerani cabuk ja tuh dah tua kutuk pon DOK MERANA DERITA PI POS POS SURAT GOMEN. Kah kah kah kah kah kah kah kah miskin tapi berlagak!

  2. masalah normal untuk perkahwinan kali kedua, perkara inilah yg berlaku, awak perlu taat kpd suami awak yang sedia ada ini, mengikut hukum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *