Alang Ku

Saya Comel. Nak cerita kisah 45 tahun yang lalu yang tiada closurenya. Betul sangat, bila tiada penyudahannya memang kita akan tertanya tanya sampai kini.

Sesekali akan menyelinap ke ingatan atau termimpi masa tidur. Sedih pilu dan tertanya tanya. Teringat ingat sampai kini, walau dah 45 tahun berlalu. Tapi life goes on.

Saya kenal Alang masa zaman persekolahan. Saya di tingkatan 2 dan dia ditingkatan 4. Kami bersekolah yang berlainan, dia all boys school saya CoEd. Jumpa memang susahlah. Selalunya hanya berutus surat dan memang saya tunggu tunggu sangat. Happy je dapat surat dia.

Alang taklah handsome sangat. Biasa biasa sahaja. Anak penoreh getah dan saya anak orang ada ada juga.

Tapi saya selesa dengan Alang sebab dia pandai dan sweet! Iye saya cepat tertarik dengan orang yang pandai dan bijak. Yang boleh berkomunikasi dengan saya secara ilmiah dan juga santai santai.

Kami tidak pernah meluahkan apa apa perasaan sayang atau cinta. Tapi kami tahu yang kami selesa bersama. Dia faham saya dan saya faham dia. Itu sudah cukup membahagiakan.

Saya masih ingat pertama kali keluar dengan dia setelah beberapa lama berkawan ialah menonton wayang. Saya tak ingat title of the movie tapi saya ingat sampai sekarang lagunya. My Sweet Lady by John Denver.

Itulah yang pertama dan akhir kami berjumpa. Selebihnya kami berutus surat atau sesekali dia menelefon ke rumah.

Kakak saya yang masa tu telahpun bekerja sering juga berjumpa Alang di bandar tempat kakak bekerja, dia dengan girlfriendnya kata kakak masih berbaju sekolah. Tapi saya tak pernah kesah atau cemburu sebab kami hanya berkawan.

Dan dia masih menghubungi saya dan kami enjoyed just being friend yang rapat. Mungkin masa tu saya belum faham bab cinta ni sebab muda baru 15-16 tahun. Saya cuma seronok ada kawan untuk bercerita.

Tahun 1979 Alang melanjutkan pelajaran ke UK. Sebelum pergi Alang ingin berjumpa tetapi sebab masa tu bulan puasa dan saya masih bersekolah ditingkatan 4 saya rasa macam tak cukup masa untuk saya travel ke bandar untuk berjumpa.

Alang meluahkan rasa kecewanya sebab saya tidak dapat berjumpa dia sebelum terbang ke UK. Cuma dia tidak tahu yang saya juga rasa sangat kecewa.

Masa berlalu, Alang macam merajuk. Tiada surat dari UK yang saya terima. Saya perlahan lahan moved on tanpa mengharap apa apa komunikasi lagi dengan Alang.

1980, saya melanjutkan pelajaran ke Uni. Sibuk dengan suasana yang baru bagi saya dan berjumpa kawan kawan baru serta sibuk dengan lectures,

Alang saya cuba lupakan tetapi tetap muncul dalam ingatan sesekali dan saya merindui surat suratnya. Tertanya tanya khabar beritanya.

Semasa cuti semester, saya menerima surat dari Alang. Seronok sangat. Dia bercerita tentang kehidupan dia di sana dan tentang kebakaran hostel uni tempat dia belajar.

Saya membalas surat dan maklumkan saya berada ditahun pertama diuniversiti. Selepas surat itu tiada lg saya terima apa apa surat dari Alang.

Cuti semester yang berikutnya tiada juga surat yang sampai dari UK. Tapi saya menulis surat dan mengirimkan surat itu melalui seorang kawan DF yang juga mengenali Alang. Dan tiada mendapat apa apa balasan dari Alang.

Cuti akhir semester, DF maklumkan kepada saya yang Alang sudah bertukar universiti dan tidak dapat nak memberi Alang surat yang saya kirim. Ok saya faham kenapa tiada balasan dari surat saya itu. Saya moved on.

Saya then bertemu jodoh 3 anak then bercerai. Terdengar juga Alang balik ke Malaysia berkahwin dan bercerai juga. Kami pernah sekali berhubung melalui telefon, itulah sekali sebab saya faham adab saya yang telah bersuami dan Alang telah beristeri.

Cuma Alang ada menyebut “orang tu sombong, kita nak dia tapi dia tak nak kita” saya hanya ketawa.

Mustahil saya menolak kalau Alang usaha mencari saya dan berterus terang perasaannya kepada saya semasa itu. Tapi tak kesahlah. Semua sudah berlalu. Tiada kesalan dihati saya.

Saya remarried dan Alang pun dengarnya remarried. Happy for him.

Hari ini hari ke 2 ramadan saya tertidur selepas subuh, saya bermimpi seseorang memberi saya phone nombor Alang. Tapi nombornya tak jelas.

Saya telah bersuami dan saya rasa Alang pun bahagia dengan keluarganya. Tapi terasa sedih juga sesudah puluhan tahun ingatan saya kepada Alang muncul kembali.

Doa saya semoga Alang sihat sihat sahaja. Kami sudah sama sama dalam usia emas, sekiranya dia telah pergi ke alam abadi saya doakan dia aman di sana.

Saya sayang Alang kerana Allah. Cuma kami tiada jodoh. Dia kekal dalam ingatan sebagai kawan saya dunia akhirat.

Lagu My Sweet Lady dan Sunshine On My Shoulder by John Denver always remind me of my Alang.

– Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sweet sgt, penulisan yg bersahaja dan terserlah penulis seorg yg berfikiran luas dan bijak.

  2. What a lovely story….memang benar, setelah meniti usia emas, banyak memories silam akan menjelma…
    Cinta tak mesti bersatu. Semoga jumpa disyurga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *