Maafkan Mama Sayang

Aku Dee. Umur 25 tahun. Aku dah berkahwin dan dikurniakan seorang zuriat lelaki pada tahun kedua perkahwinan kami. Aku nak confess about pospartum depression yang aku alami,

Tapi aku tak rasa apa yang jadi sampai sekarang ni is about postpartum depression sebab aku pernah dengar yang seorang yang aku rapat dan jugak one of Dr psikatari cakap about one of pesakit dia yang alami pospartum depression, dia cakap postpartum ni jadi selalunya tak lama.

Mungkin apa yang jadi kat aku ni pun berkait dengan masalah mental health aku yang lain.

Aku berkahwin dengan suami atas dasar cinta semata-mata, tapi suami aku sebaliknya, dia kahwin dengan atas dasar cinta, amanah, dan tanggungjawab.

Mungkin dari segi tu aku dah salah sebab aku kahwin semata-mata untuk dicintai oleh suami aku, tapi bila benda tu aku nampak seakan hilang sedikit demi sedikit,

Aku mula jadi tak tentu arah padahal dia masih dia dan masih mencintai aku sama seperti dulu cuma layanan kini diberikan lebih kepada anak kami.

Dulu masa aku tahu aku pregnant, sejujurnya aku rasa yang more kepada sedih daripada bahagia and aku pernah terlintas kat fikiran nak gugurkan kandungan atas sebab aku takut dan tak bersedia untuk jadi ibu kepada anak aku nanti.

Bagi aku pada masa tu, aku ni banyak impian yang aku nak kejar, banyak komitmen belum terlangsai, dan bila ada anak tu aku jadi macam anak ni jadi penghalang untuk semua benda yang aku perjuangkan.

Walaupun pada masa tu anak aku belum lahir, aku dah rasa macam tu, dan terlalu tertekan sampai aku alami macam-macam komplikasi semasa mengandung dan akhirnya effect kepada anak aku.

Anak aku, dia patutnya lahir sebagai seorang baby yang periang tapi sebabkan emosi aku masa pregnant tu terlalu keruh, jadi bila dia lahir, dia jadi macam kerap meragam sampai ada one of Dr ni bagi tahu yang baby aku ni jenis high need baby.

Bukan tu jer, kondisi anak aku masa aku bersalinkan dia pun jadi oje of factor why dia macak tu which is anak aku ni premature, dia dipaksa lahir melalui pembedahan sebab kebodohan aku.

Cerita why anak aku terpaksa lahir melalui czer adalah sebab aku yang terlalu fadeup dengan situasi pregnant. Aku tertipu dengan halusinasi aku sampai aku tertekan dan anak aku stop berkembang selayaknya.

Tak cukup dengan tu, masa Dr suruh aku refer ke hospital untuk check selanjutnya, ada benda yang aku buat sambil lewa iaitu kira tendangan bayi.

Anak aku pada waktu tu aktif jer, scan dari Dr pakar waktu tu pun tunjuk anak aku aktif, siap Dr tu boleh cakap aku boleh balik and tunggu pne or two weeks lagi even baby aku tak berkembang tapi dia aktif, tapi….

Aku tak tahu setan apa yang berbisik kat minda, aku kerap bagu alasan untuk segerakan kelahiran tu walau macam mana pun like “Dr tapi saya rasa anak saya dari tadi tak bergerak”.

And yaa atas sebab risiko pada kandungan, Dr terpaksa bawa aku ke Dr seterusnya untuk consider operasi czer.

Dari elok-elok czer ikut masa yang ditetapkan jadi emergency czer sebab tumpah darah. Tumpah darah yang aku alami bukan petanda aku nak melahirkan but more kepada kandungan aku terlalu tertekan macam tu.

My baby premature, tapi tak lah kurang berbulan-bulan. Just one week awal dari 37 minggu jer.

And after emergency czer tu aku dipisahkan dengan anak selama two weeks sebab anak aku ada masalah pernafasan and demam kuning, then after that baru anak aku discharge dari hospital. Aku di discharge 2 hari lepas bersalin, tapi….

Tapi dalam masa 2 hari masa discharge tu aku diuji lagi dengan rasa kekesalan, ditambah pulak dengan masalah tak reti teknik menyusukan anak and susu tak ada masa tu.

Dalam 2 hari tu aku berperang dengan emosi, setiap kali aku nampak mak-mak yang breastfeed anak dia, jiwa aku seakan meronta mahu menyusukan anak aku segera lagi-lagi bila fikir kondisi anak aku yang kurus dan halus”.

2 minggu anak aku warded, family aku lah yang banyak support aku dari segi emosi. Kakak aku, dia lah yang paling banyak membantu even cara dia agak tegas yang mana 2 minggu tu dia paksa aku untuk cuba bekalkan susu badan untuk anak aku.

Bagi dia susu ibu ni patut sampai kat anak even apa yang jadi, berbeza pandangan dia dengan aku yang masih bertarung dari segi mental dengan fikiran aku sendiri yang menafikan tittle aku sebagai ibu dan anak aku tu ada hak untuk dapatkan perhatian dari aku.

Aku berpantang kat rumah ibu aku, kakak-kakak aku selalu pantau aku begitu juga ibu. Suami aku pulak selalu ulang alik ke rumah ibu untuk make sure keperluan anak apa semua cukup. Dan start tu emosi aku jadi macam berperang.

Nak kata aku tak sayang anak, aku cuba yang terbaik untuk dia jugak dalam masa aku tengah putus asa dengan hidup, aku bangun setiap kali anak nangis, nak susu, tukar lampin, meragam apa semua.

Tapi… Tapi dalam masa yang sama fikiran aku dan hati aku tak selaras. Dalam fikiran banyak terlintas rasa yang aku nak “nyah” kan anak aku, tapi hati berbisik yang “ini zuriat amanah Allah. Dia berhak dapat yang terbaik”.

Dan sekarang, bila anak aku makin besar, perhatian aku semakin berkurang untuk dia. Aku tak tahu kenapa. Aku jadi kerap marah, aku jadi selfish, aku jadi nak memberontak jer dan kadang tu aku rasa anak aku ni cuba rampas suami aku. Gila kan?

Kadang tu aku nangis sorang-sorang sebab aku rasa anak aku tak layak dapat ibu macam aku, dia layak untuk ibu yang lebih baik.

Aku ibarat menafikan hak dia which is rasa sayang seorang ibu, rasa selamat dengan ibu, rasa difahami, dan macam-macam lagi. Aku mungkin tak dera dari segi fizikal, but mentally ye.

Kadang ada orang perasan benda tu dan tegur aku cara lembut, but aku sekeras-kerasnya menafikan. Umur anak aku sekarang dah dua tahun. Badan dia kadang naik kurap sebab aku jaga dia sambil lewa. Perkembangan dia jadi slow down sebab aku selalu abaikan dia.

Bila dia meragam, aku adalah pujuk tapi tak lama lepas tu aku biarkan jer dia menangis. Bila dia tak makan, aku marah-marah dia macam orang besar padahal dia budak. Bila hari hujan dan sejuk, aku biarkan dia hanya berpampers semata-mata.

Bila dia lapar, aku hanya bagi dia susu sedangkan yang dia butukan waktu tu sesuap nasi dari suapan ibu. Aku nak dia berdikari tapi tak kena tempat.

Aku cuba bagi dia makan sendiri and elakkanndiri dari terlibat dalam beberapa perkara tapi sebenarnya ia mengeruhkan keadaan.

Bila suami aku bersuara dan bertegas dengan aku soal anak, aku jadi nak mengamuk. Aku tahu aku salah, tapi fikiran aku kata aku betul sebab anak tu bebanan buat aku tapi hati berbisik “he need you so much”.

Ada benda aku cuba ubah untuk jadi ibu yang baik untuk dia, tapi fikiran aku seakan bertentangan. Kadang tu tertutur dalam hati yang aku…

Aku nak dia mati tapi aku resetkan balik kata hati biar berpegang bahawa anak aku ni amanah yang aku kena pikul, kunci rezeki dan syurga aku.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *